Wednesday, December 22, 2010

Aktiviti Balit Kampung

Salam. Duak kali ujung minggu ya tek usu balit kampung di Betong. Selain ngabas mak bapak & sekalian anak buah, sempat usu raon2 sorang dirik ncarik ilham. Best jak rasa tekayo-kayo sorang dirik. Minda rasa rilek jak.
.
.
Tok puncak Bukit Gerasi. Gerasi maksudnya 'gergasi' lam bahasa Iban. Giant bah. Mun ngekot lagenda, di bukit tok dolok marek ada 'antu gerasi' diam. Kinek tok dah dipolah kompleks kerajaan sia. Mun rajin, boleh pegi ke depan sikit, baruk nampak full view bandar Betong. Usu gi sia sorang-sorang, ya lah ada cuak kit nak explore. Nie lah kita tauk, 'antu gerasi' ya target anak teruna :P
.
.
Tok salah sekok pusak umah mek urang di Betong. Namanya 'Lai-Yin'. Macam tauk-tauk jak nya kita nak nyenap, alu betapok debah meja. Ciri speselnya ada pada matanya. Mata belah kanan wana biru, belah kerek wana kunin-ijo. Nya paling sik suka paparazi ngambik gambanya. Alu molah muka jaik.
.
.

Aktiviti paling merindokkan usu di kampung adalah acara mutit bunga durian. Tok lah sayur feberet usu dari kecik. Nyaman digoreng tumis ngan belacan. Asal pagi jak ada lah usu kayo-kayo lam kebun ncarik bunga durian. Kedong musim nya bebunga bah. Kebun ya sik jaoh, sebelah rumah jak. Selain durian, ada juak pokok ngkalak, jerin, dabei etc.

.

Mun tokrang ada gi Betong, sudi-sudi lah singgah umah mek urang, tanpa sedikit pun rasa segan silu, k. Boh takut, urang2 sia sik makan urang.

Monday, November 29, 2010

Anakku Sanusi




"Ko nak gi sine ya? Aku lom gik abis klakar!"

.

"Boring ku nengar ceramah kitak ya. Bagus ku gi main umah sebelah."

.

"Kacak bahasa ko klakar ngan aku kinektok ho.. Sine ko blajar? Betuah nya anak.."

.

"Seumur idup aku, baruk aritok lah ku nengar kitak nunggah ku anak. Lamak2 tok sekda pun kitak peduli."

.

"Dah yaa.., kau nang anak aku. Nunggah sik nunggah, kau tetap anak aku."

.

"Aku anak mak!"

.

"Aook!! Kedonggg..! Mun mak ko sik belaki aku, dapat nya beranak kau?"

.

"Nang benaa..."

.

"Yaaahhh... kakya??"

.

"Sejak ku lahir, ku nyusu ngan mak bah. Sekda ku nyusu ngan kitak."

.


(diam)

.

"Masa ku gik lam kandungan mak dolok, kitak gago ngan mpuan lain"

.


"Ginei ko tauk?? Maka kau tek lam kandungan."

.


"Mak madah!"

.

"Hmmm... Mak ko ya ko dengar ko.."

.

(duak-duak diam)

.

"Tapi eh, sigek ku eran. Walaupun kitak dah kira super-kasanova, mak slamber jak, pak o... sekda nya nak ngerepak kah, nak ngamok kah.. Rilek jak nya."

.

"Bencik ku klakar ngan kau! Lari nun, sebelum kau ku geramus!"




.

Sebagai anak remaja yang sedang meningkat dewasa, jiwa Sanusi (lakonan Gangsta) sering memberontak.

.



Sang ibu (lakonan Mimie - calon Anugerah pelakon harapan wanita 2010) yang sentiasa slumber.

Thursday, November 25, 2010

Dah Abis Tempoh Bertenang



HUUUUUUUUHHHHHHHH................!!!!!!!! Lelah nyawa ku! Asa nak leput. Ndak alah2 gago usu tokrang tok koh. Dari bulan posa riya, sampei raya aji ya tek, ada2 ajak nak dipolah. Tapi, lelah2 pun, bebaloi juak lah. Lelah sik sia2. InsyaAllah lepas tok, kraf2 replika rumah nk dipolah usu ya akan boleh dilihat di kedei2 tertentu di sekitar Kuching. Dan kali tok, dengan penampilan baru yang lebih kecil tapi lebih detail.
.
.
Tadaaaa....
.
.
Replika Rumah Baruk Bidayuh. Sorry, snap gamba k hp jak, sik brapa clear. Sekda kamera canggih. Sesungguhnya, aku ini bukanlah Rudy maupun Kaljis.
.
.

Rega? Rm 105.00 (market). Mun direct ngan usu mpun, ada rega spesel lah. Dalam Rm 65, un'tawar'able.

Ermm.. usu ada janji apa2 ngan tokrang kah?? Rasa2 nya ada nak..!! Aaaaaaaa.... sik usu lupak bah. Tapi saba lok k. Gik ada masalah teknikal nak molah entry pasal 'sesuatu' ya. Sebab nya melibatkan proses forensik, scan & mendapatkan maklumat. (tang pelik jak bunyi nya nak ooo...).

K lah, usu nak main game 'Tekken' online lok. Mun sapa2 minat game ya, boleh kita molah perlawanan persahabatan kelak. Usu suka main makei 'Yoshimitsu' ngan 'Leo'.

Chaow lok! Salam.

Thursday, September 16, 2010

Sesuatu..

Salam. Time tok usu masih kat kampong di Betong. Gik gago juak dengan macam2 urusan di sitok. Insyaallah, ari Ahad tok usu balit Kuching. Ada samting usu nak post lam next entri kelak. Ada 'sesuatu'. Time tok usu tengah giat ngumpul 'sesuatu' ya lah. Pakei ngkah lam entri kelak. K tanggar tokrang. K, usu mupok lok. Tunggu aaaa.... Salam.

Wednesday, August 11, 2010

Clash of the Kumpulan Samseng...

Suasana di Masja malam itu agak lengang. Yang terasa hanya angin malam bertiup lembut. Sekali sekala kelihatan beberapa anak muda bermotosikal, meluru laju dengan pelbagai aksi.
.
Amir Kapak masih menunggu dengan sabar. Nekad. Dia sudah cukup bersedia dengan apa jua kemungkinan yang bakal dihadapi.
.
Amir Kapak yakin, Pejal Tukul akan setia pada janji. Pertemuan one-by-one, tanpa senjata, tanpa pengikut.
.
Siapa tak kenal Pejal Tukul. Tegap. Perkasa. Penuh wibawa.Tangkas dan lincah dengan teknik hikmat tamparan singa meruyan, warisan turun temurun sejak zaman berzaman. Kadang kala bengis, sadis dan kejam. Itulah Pejal Tukul, ketua Kumpulan samseng Seri Penyaram.
.
Setelah menunggu agak lama, kelihatan kelibat Pejal Tukul dari kejauhan. Motosikal EX5 dengan gear automatik miliknya perlahan-lahan menghampiri. Setelah parking betul-betul di hadapan batang hidung Amir Kapak, Pejal Tukul dengan tergesa-gesa turun dari kenderaannya.
.
"Aku tauk kau mok setel secepat mungkin, sikmok muang masa lamak-lamak. Aku pun sama. So...?" Pejal Tukul berkata sambil termengah-mengah lantaran kekenyangan setelah pulang dari moreh.
.
"OK. Benda petama-tama skali ku nak clear nektok adalah hal pembahagian kawasan. Bukankan kita riya dah sama-sama stuju hal tok? Kitak urang Kumpulan Seri Penyaram handle area Kuching Barat, dan mek urang kontrol area Kuching Timur. Tapi, urang-urang kau ada kelihatan menjalankan operasi rah area mek urang! Jdi, aku nak tauk kenak benda camtok boleh belaku." Tanya Amir Kapak dengan tenang.
.
"Aku dah agak mesti tokrang akan nimbul isu tok. OK, ko ingat sik ngan Atil The Serati Slayer?" Pejal Tukul kini berbicara lebih lancar setelah senak perutnya hilang sebanyak 50%.
.
Sebaik mendengar nama itu, riak wajah Amir Kapak berubah serta merta. Nama itu mengingatkannya pada peristiwa kepong mengepong di Taman Pustaka Negeri tahun lepas. Peristiwa itu menjadi saksi gugurnya nyawa 12 ekor itik kesayangan Amir Kapak di tangan Atil The Serati Slayer.
.
Atil, bukan calang-calang wanita. Dengan sokongan rakan sekutunya, Aerol The Thong Hin Master, kedudukan Atil sebagai Ketua Kumpulan Samseng Naga Betandak begitu kukuh dan sukar digugat. Kumpulan yang wujud hasil gabungan 3 kumpulan samseng wanita itu kini mula menempa nama di persada persamsengan tanahair.
.
"Cis! Rompuan ya.. Kenak ngannya? Apa kaitannya?" Soal Amir Kapak yang masih blur.
.
"Kumpulan Naga Betandak ya dah makin berani tauk ko..! Sia sitok daknya dah beroperasi. Rah area aku daknya bisnes, lam area kau pun daknya dah stat bertapak. Jadi, urang-urang aku nektok betungkus lumus memantau dan mengkaji strategi daknya di semua tempat. Boh ko bingong, aku sik akan motong jalan kau. Operasi bisnes aku dalam area aku ajak."
.
Amir Kapak mengangguk-angguk perlahan. Dia cukup berpuas hati dengan penjelasan Pejal Tukul itu. "Brapa igek sample barang ko mbak tek?" Amir Kapak meneruskan perbincangan.
.
Pejal Tukul segera mengambil beg ala James Bond nya. Setelah dibuka, dengan perlahan dan berhati-hati dia mengeluarkan dua bungkusan.
.
"OK, tok sample kuih basong pulut. Sigek tok popia besimpul. 2 igek item tok ajak ku dapat supply pakei jual rah bazar ramadhan area kau." Jelas Pejal Tukul.
.
"Aih!! Penyaram nya nie?" Soal Amir Kapak lagi. Kali ini dengan nada lebih tinggi.
.
"Mir..! Survival kumpulan Seri Penyaram begantong penoh ngan bisnes penyaram. Ya ku sikpat supply ngan urang lain taun tok, temasok kau. Penyaram aku untuk area aku pun ajak taun tok. Sori Mir."
.
Amir Kapak terdiam, menahan perasaan.
.
Melihatkan Amir Kapak yang masih membisu, Pejal Tukul bersuara, "Turn kau gik. Nie item kau? Sik saba ku nak nanggar."
.
"Nah! Tok kuih bongkol 1 Malaysia. Resepi terbaru aku." Kata Amir Kapak sambil menyerahkan satu bungkusan, tanpa memandang sedikit pun ke wajah Pejal Tukul.
.
"Sigek jak? Sik adil lah camtok. Ya, apa lam bungkus sigek ya? Kuih perauk nak?" Pejal Tukul cuba mengintai-intai isi bungkusan di tangan kiri Amir Kapak.
.
"Tauk pun kau. Kuih perauk lah tok. Resepi kuih perauk tok jak dapat ngalah resepi sidak Naga Betandak. Tapi, aku sik akan merik ngan kau, kecuali mun kau stuju supply penyaram kau ngan mek urang. Tekit, or livit..!" Amir Kapak memberi kata dua.
.
Dipendekkan cerita, Amir Kapak bersetuju membekalkan kuih perauknya kepada Pejal Tukul. Dan sebagai imbalan, Pejal Tukul akan memberikan hak ekslusif kepada Amir Kapak untuk menjadi pengedar tunggal penyaramnya di kawasan Kuching Timur.
.
Moral dari cerita ini adalah : Bazar Ramadhan di Kuching sungguh meriah. Kawal-kawallah diri dari membazir, kerana orang yang membazir itu adalah saudara rapat sidak semandin.
.
.
Selamat beposa!

Monday, July 19, 2010

: ( Kenari : )


Burung kenari terbang sekawan
hinggap seekor di atas batu
termenung sendiri di malam rawan
resah jiwa tidak menentu
: (
Hinggap seekor di atas batu
ditangkap 'nak raja pulang berburu
resah jiwa tidak menentu
bunga kupuja mawar sembilu
: (
ditangkap 'nak raja pulang berburu
sangkar emas kini belenggu
Bunga kupuja mawar sembilu
pada siapa harus mengadu
:(
Sangkar emas kini belenggu
puteri menyaksi hiba dan sayu
pada siapa harus mengadu
terdetik di hati pesannya guru
: o
Puteri menyaksi hiba dan sayu
sangkar diselak bertalu-talu
Terdetik di hati pesannya guru
ingat Al Khaliq zat nan Satu
: |
Sangkar diselak bertalu-talu
riang kenari terbang ke sarang
Ingat Al Khaliq zat nan Satu
nescaya hati menjadi tenang...
: )

ijamm
18 July 2010

Friday, June 11, 2010

Anda Bertanya, Pakar Menjawab...

Ruangan ini khusus bagi para pembaca majalah Mingguan Gerek yang bermasalah dalam percintaan. Soalan-soalan dari para pembaca akan dikendalikan oleh ‘Doktor Cinta’ (DC), seorang yang berpengalaman dan berpengetahuan luas dalam masalah percintaan.


Soalan 1 :
Tuan Doktor Cinta, saya pemuda bekerjaya tetap dan berpendapatan agak stabil. Saya masih bujang, dan akan mengahwini tunang saya setelah dia menamatkan pengajiannya di Institut Penorehan Getah Malaysia (IPGM). Masalah yang timbul sekarang adalah kerana kami tinggal berjauhan antara satu sama lain. Saya tinggal di Lorong Simpor No 1, manakala tunang saya itu tinggal di Lorong Simpor No 2.
Saya pernah mendesak ibubapa tunang saya itu supaya berpindah ke Lorong Simpor No 1, Namun bapanya hanya menyatakan kesanggupannya untuk berpindah ke Lorong Simpor No. 1A. Itu bagi saya masih jauh dan tidak memadai.
Saya mengugut untuk memutuskan pertunangan kami jika mereka anak-beranak masih enggan berpindah ke Lorong Simpor No. 1. Tetapi bapanya bertindakbalas dengan mengugut untuk berpindah ke Lorong Simpor No. 3 pula jika saya bertindak memutuskan hubungan. Saya rasa sangat-sangat susah hati. Fikiran saya buntu. Tolonglah saya, Doktor Cinta.

Pemuda Angau,
Petra Jaya

Jawapan :
Saudara Pemuda Angau, kalau anda ajukan soalan ini kepada orang awam, tindakan saudara itu mungkin boleh mengundang bahaya, yang mana anda berkemungkinan akan kena libas dengan talipinggang, atau sekurang-kurangnya makan penampar jepun.
Namun, bagi seorang doktor cinta seperti saya, ianya tetap ada penjelasan tersendiri. Saudara sebenarnya mengalami ‘Kanggaroo-Aspirin-Long-Journey-Internal-Syndrome’, atau ringkasnya K.A.L.J.I.S. Ianya timbul apabila orang yang dicintai tinggal sekampung atau se’area’. Apabila aura dari kedua-dua pihak ini bertembung, ditambah dengan rangsangan dari pancaran ultra-ungu dari mentari senja, maka akan mewujudkan rasa kurang selesa apabila kekasih terlepas dari pandangan mata.
Untuk penyelesaian, saudara perlu mengambil langkah berani dengan berpindah dari Lorong Simpor No. 1 ke Lorong Tan Liew, off Jalan Kuching - Serian.
DC - Lebih baik merasa kesusahan awal, demi kesenangan berpanjangan.

Soalan 2 :
Saya seorang wanita berusia 27 tahun dan bekerja di sebuah syarikat swasta. Saya mempunyai kekasih yang tiga tahun lebih muda dari saya. Kami merancang untuk berkahwin dua tahun lagi. Kami tiada masalah berkenaan usia. Cuma yang merunsingkan saya, kekasih saya itu kadangkala berperangai dan berfikiran kebudak-budakan. Saya perlukan nasihat daripada Tuan Doktor Cinta, bagaimana saya harus ber’slow-talk’ dengannya, tanpa menjejaskan perhubungan kami. Terima kasih.

Gadis Runsing,
Kpg. Gita.

Jawapan :
Saudari Gadis Runsing, saudari tidak perlu terus menerus berasa runsing. Saudari berusia 27 tahun dan kekasih saudari tiga tahun lebih muda, barmaksud dia sekarang berusia 24 tahun. Pada saya, tidak ada apa-apa yang pelik atau ganjil jika lelaki seusia itu masih berperangai kebudak-budakan, kerana hakikatnya dia memang budak.
Lagipun, anda berdua merancang untuk berkahwin dua tahun dari sekarang. Ini bermakna usia kekasih saudari ketika itu sudah menjangkau 26, dan ketika itu dia sudah tidak menjadi budak lagi.
Jika dia masih lagi berperangai begitu pada usia 26 tahun, saya cadangkan agar saudari putuskan saja hubungan. Setelah itu, saudari cuba jalinkan hubungan dengan Pemuda Angau, kerana ketika itu dia dijangkakan sudah memutuskan hubungannya dengan kekasihnya yang tinggal di Lorong Simpor No. 1 itu.
DC - Sesuatu kegagalan itu biasanya akan didatangi ‘short-cut’ untuk kejayaan yang lain.


Soalan 3 :
Saya sudah beristeri, mempunyai 2 anak, 2 abang ipar dan 2 mertua. Selain menjadi seorang ahli binabadan sepenuh masa, saya menyara hidup dengan pekerjaan sebagai bouncer di sebuah syarikat pemberi pinjaman. Jika ada masa lapang pula, saya akan mengisinya dengan menganyam bakul.
Masalah saya timbul bila saya mula kehabisan makanan kesihatan pembina otot. Saya cuba mencari alternatif dengan menggantikannya dengan produk-produk kesihatan isteri saya seperti ‘susur perut’ dan ‘sari perapat’. Akibatnya, saya mula mengalami kitaran bulanan yang tidak teratur, selain masalah keguguran bulu dada.
Apakah yang harus saya lakukan sekarang, memandangkan masalah saya ini semakin serius?

Sangat Ganas
Pending

Jawapan :
Saudara ‘Sangat Ganas’,. Saya tidak ada penjelasan dalam hal ini, kerana ianya di luar bidang pengkhususan saya. Tapi saya mencadangkan agar saudara merujuk kepada pakar sakit puan, pakar sakit tuan dan pakar sakit tuan2 dan puan2. Itu saja yang boleh saya katakan.
DC - Lain kali, jangan bertindak sendiri, dan kalau buntu, carilah pakar yang boleh diharap.

Jika anda ada sebarang kemusykilan dan masalah berkaitan percintaan, sila kemukakan masalah anda itu ke ruangan ini tanpa segan silu.
.

Monday, May 31, 2010

Sungguh Misteri Orang Itu...

Pada suatu petang yang panas membara, aku dilanda keboringan yang amat dahsyat. Oleh kerana tidak tahu apa yang hendak diperlakukan, aku pun menekan-nekan button hp, mencari-cari calon mangsa untuk diajak bermeseg.

Tiba-tiba aku ternampak nama salah seorang kawan lama aku. Sudah lama aku tidak mengontek beliau. Oleh itu, aku pun mempermesegkan lah akan dia itu, yang bernama Rodi. “Hai..” begitulah bunyi meseg ku.

Selang beberapa minit selepas itu, Rodi membalas meseg : “sapa ni??”

Wah! Ini sudah cukup bagus, fikirku. Sudah tentu si Rodi itu tidak ada menyimpan nombor aku lagi, dan inilah peluang yang amat baik untuk menyakat dan memporak porandakan fikirannya.

“Bekas gerek kitak. Rodi! Ktk sine tok?” Aku mula masuk gear satu.

Lama jugak ku tunggu respon. Then, ku terima jawapan : “U salah no.” !

Adoii.. Jawapan itu benar2 mengecewakan aku. Tersalah nombor rupa2nya. Aku serta merta menjadi hampa dan malu kedirik.

Tapi sebagai seorang jejaka yang macho dan haloba, aku cuba bangkit dari kekecewaan itu. Dan setelah aku berjaya mengumpul segenap kekuatan yang ada, dengan tenang aku pun menghantar meseg ini : “Owh.. Sori. Dulu kawan saya guna no ni.” Fuhh.. lega. Lega setelah aku meng’ending’kan semua ini dengan baik.

Aku pun meneruskan pekerjaanku mencari nafkah. Tapi, dengan tidak semena2, aku terima lagi satu meseg, dari nombor Rodi tadi. “It’s ok. U dari mana?”

Laa.. ingatkan dah tutup kes. Ada lagikk. Aku tak tahu orang Malaya manakah dia ini. Dan aku tak pasti sama ada dia ni lelaki, pempuan, atau dot dot dot. Tapi, sebagai seorang jejaka berjiwa penyayang dan berjiwa satu Malaysia, aku pun layan jugak lah..

“Kch, S’wak. U?” Balasku.

“Labuan. R U she or he?

“I m a male. & U?

“Ok. I ingatkan u fmale. Kalo bgitu we should stop msg’. Coz I dah engaged. Thanks.”
Itulah yang berlaku beberapa minggu yang lepas. The end.

The end?? No!

Pada suatu hari di antara banyak2 hari yang berlalu beberapa hari yang lepas, aku terima lagi sms dari no yang sama!

“Hai. U ingat ingat saya kan?”

Malas rasanya nak respon.


“Sory kalau ganggu u. I cuma ingin luahkan kesedihan i. My fience baru ja putuskan prtungn kami. X tau lah knapa I rasa mau britau u.”

Lama aku berfikir lepas terima msg ni. Aku kira dia nak melantik aku jadi pakar motivasi. Dia yang aku tak pernah jumpa, hatta nama pun aku tak tau, nak cerita pula hal peribadi dia.

So, untuk memulakan kajian, aku pun sent msg to member2 pempuan : “Salam. Kmk nak nanyak pandangan ktk ajak. Andaikata lah, mun apa2 jadi lam idup ktk, adakah ktk akan besadu ngn urg yg ktk x knal? Yerrr…”

2 of them r bloggers; Khairul Antasha n Katie Bunga.

Jawapan Khairul Antasha : “…call or jumpa urg ya..Yerr…”

Jawapan Katie Bunga : “Sik.. kmk akan call.. kenak… Yerrr…”

Pasya panjang berjela2 jak msg mekduak Katie Bunga, kedak lam Dewan Rakyat. Sampei berempas tepon indah arum bulak tek. Last2 nya merik konklusi “…tp coba ktk pk, mun nya mok besadu, knk nya x besadu ngn kwn. X kan nya xda kwn. Knk mesti ktk yg nya xknl?...”

Hmmm… ntah lah. Bak kata lagu kumpulan Wings, ‘Biarkan berlalu’. Nanggar lah, lam duak tiga ari tok, ada x nya msg agik…

.

.

.

.

.

.





Dis is Gangsta, my 'Bujang Sigat' yang dah besa panjang dan gagah macam tuannya. Gangsta juga tidak mahu ketinggalan untuk mengucapkan 'Selamat Ari Gawai, Gayu Guru Gerai Nyamai' kepada bloggers yang meraikannya.


Friday, May 21, 2010

Telanjor Antu

Salam. Alhamdulillah. Last2 sempat juak usu ngemaskini blog tok. Macam biasa lah, bizi molah tempahan kraftangan replika rumah tradisional. Kali tok, nk ngoder ya urang semenanjung, tapi bebini ngan urang lokal. Nama glems nya Bang Zul. Diam rah kem batu kawa.

Dipendekkan stori, kraf replika ya pun siaplah sudah. Tapi, awal-awal gik Bang Zul dah mesan, mun dah siap, nya sik maok usu nganta ke rumah. Sak lelah mekduak betemu rah Azreen Café rah Satok sia. Bagei sidak Mafia bejual dadah bagei.

“Bang Zul saja ja tak nak bagi Kak Ita (bininya) tengok, sebab nak buat kejutan. Kak Ita memang minat rumah2 kecik mcm ni. Mana2 dia pegi, benda pertama dia carik, yang macam ni la. Dalam bilik memang penuh dengan koleksi dia. Err.. ni kategori rumah Sarawak?” Katanya sambil tersengih-sengih.

Dengan tenang dan konfiden, usu pun eksplen, “Model ni sebena nya gabungan ciri2 rumah Sarawak dengan Semenanjung. Sesuai lah dengan abang dan Kak Ita, kan? Bang Zul orang Semenanjung, Kak Ita orang Sarawak.”

Tersenyum2 jak Bang Zul tek nengar usu madah camya. Matanya malar jak tertilit-tilit ke dalam rumah cute ya. Macam lah ada urang dara lam ya..


Hakikat sebenarnya…

Masa diskas ngan bang Zul time nya nak ngorder dolok, nya ada nanyak rumah apa juak biasa dipolah usu. Usu madah ngan nya, usu molah replika rumah2 tradisional Sarawak. Masa tok ada molah rumah panjang Iban, rumah baruk Bidayuh ngan rumah Melayu Sarawak. So, nya madah polah rumah Melayu jak.

Dalam keghairahan usu molah rumah ya, koatan nak molah stylo tek konok, ginie kah pandei telanjur antu molah atapnya jadi camtok :




Ya dah kira stail atap rumah urang Semenanjung. Rumah Melayu Sarawak asalnya nie da dizaen atap kedak ya, nak?

Mun nak dibukak balit, sayang. Banyak keja. Muang masa juak. Lagikpun, mun dibukak balit atap ya, takut menjejaskan kekukuhan struktur keseluruhan rumah. Janji pun dah due. Pecah palak mikei.

Tapi, bila diingat2 balit, sekda pun bang Zul tek madah nyuruh molah ‘rumah Melayu Sarawak’. Nya Cuma nyebut ‘rumah Melayu’. So, sik timbul lah soal rumah Melayu negeri nie, nak? Kira sekda lam kontrak lah.

Jadi, untuk ‘kaver’ dirik daripada ‘kesilapan besar’ ya, maka timbul lah dialog yang usu dah sediakan awal2 sebelum jumpa ngan nya..-> “Model ni sebena nya gabungan ciri2 rumah Sarawak dengan Semenanjung. Sesuai lah dengan abang dan Kak Ita, kan? Bang Zul orang Semenanjung, Kak Ita orang Sarawak.” Hehe..

Dan untuk menyempurnakan lagik ‘penggabungan ciri’ ya (tek konok), maka ditambahkanlah ukiran rah tepi atap ala rumah semenanjung :






Yang penting, kastemer tok dah berpuas ati. Senyumnya sampei limpas telinga, becantum balit rah belakang palak. Semoga bininya bena2 terkejut dengan kejutan nya ya kelak.

.

.

.


The latest one, niru design nk Bang Zul ya juak (atas permintaan kastemer), tapi design atap jak lain. Baruk siap divarnish, sebelum di'frame' lam kaca.

.

.

‘Next project : Molah replika rumah panjang nk disuruh blogger Ms. Tikot ariya.'

Tuesday, April 20, 2010

Again,... Craft


Salam, bro & sis! Bagi yang mengikuti blog tok dari last year, mesti ingat ngan gamba di atas ya. Ya gamba dari salah satu entry kraftangan usu. Lamak dah sik mukak kelas kraftangan ngan tokrang o..
Kali tok, entry usu pun hal kraf juak, tapi bukan kraf dipolah usu. Tokrang ada sik nengar ada sorang blogger ya offer nak merik hadiah free? Mun lom, coba tokrang cek artiviancraft.blogspot. Pi ada syarat lah. Mun mok tauk syarat2nya, masok jak blog ya k. Giveaway ya dipolah nya mpun katanya. Camtok lah upa nya tek...
.
.
.




Usu siktauk lah apa pandangan tokrang ngan benda ya. Tapi bagi usu, nang kacak, artistik & ekzotik. Mun nya sudi lah merik benda ya ngan usu, sik pandei lah nak madah betapa terujanya ati tok. Usu tok suka ngumpul2 barang jadi koleksi. Mun dapat smua benda nak dikoleksi. Contoh :


Koleksi stem, coin, duit kertas & bookmark.



Koleksi tiket2 macam tiket nanggar main bol Sarawak lwn Brunei final taun 1999, tiket zoo negara, tiket menara KL, tiket konsert nasyid dll.


Kesimpulannya, usu tok jenis urang berjiwa sentimental dan menghargai sejarah, yerrr... Selain koleksi nk di atas ya, ada gik hobi lain : ngumpul sovenir dari urang. Usu sik pandang lah hadiah ya mahal kah, murah kah, simpel kah, semuanya usu simpan k kenangan. Yang penting bukan rega, tapi nilai persahabatan & kenangan dari sorang kawan. Tok sebahagian nya :


Hadiah kenangan dari sorang staf mpuan, sebelum nya brenti keja. Sik tauk lah kenak nya merik barang kedak tok. Ada makna tersirat kali..




Bekas perfume bebentuk keta, hadiah dari sorang cikgu Skolah Khas, Batu Lintang. Lamak dah sik jumpa nya agik. Antara duak lah, sama ada nya dah mukak kilang perfume, ataupun dah jadi dealer keta.




Sovenir dari kawan keja rah Hilton KL.



Koleksi topi & cap, pemberian dari bekas gerek. Nya nang minat topi. Coba lah skali skala nya merik kopiah raihan dolok.






Tok smua pemberian kawan2 juak, tapi.... setelah dirayu2 lah, hehe..



Sovenir dari sorang kakak nk sama2 molah pameran kraftangan rah waterfront masa Rumah Terbuka Gawai 2009. Stall nya sebelah stall mek urang jak. Nya mesan, "Anang mancal, jang"



Set 'aroma theraphy burner' yang dah ilang bahagian atas nya. Sikit gik nak dibuang, tapi usu madah "Bagus ko merik aku, boh dibuang!"
"Sik pat pakei agik. Nk atasnya dah ilang" katanya.
"Sekda hal. K kenangan. Kacak bah."
Last2 maok juak kawan usu ya merik..



Arap2 lah giveaway Vivian ya dapat menyerikan agik meja kraf usu yang sentiasa ngarei tok :



Ada persamaan sik ngan pekakas Vivian?


Err.. beza nya, pekakas usu berciri 'maskulin' kit lah..


Projek rumah tradisional Melayu tok gik terbengkalai, gara2 gik ilang mood. Mun lah dapat kraf Vivian ya, baruk lah datang balit heng molah keja. Bila lah nya nak merik ngan usu o...



Friday, April 2, 2010

Mari Belaja Bahasa Betong


Salam..

Aaaaaaa…. Kali tok usu nak mukak kelas belaja bahasa ibunda usu : bahasa Betong. Tauk sik tokrang Betong ya siney? Mun tokrang sik tauk, tanggar jak map debah tok :





Pengenalan

Dialek Melayu Sarawak secara kasar nya tebahagi kpd 3, iaitu :

i. Dialek Utama. Tok dialek Melayu Sarawak majoriti, nk dipakei tokrang seharian, lam entry2 tokrang ya, temasok lah blog tok. Dialek tok dipakei secara meluas dari Bahagian Kuching sampei Miri.

ii. Dialek Sarawak Utara. Dialek tok kurang lebih sama ngan Dialek Melayu Brunei. Bunyinya macam sidak Sabah sikit2. Ditutur leh Urang Melayu di Daerah Limbang ngan Lawas.

iii. Dialek Melayu Pesisir. Nama lain nya, Ranto Laut. Area nya meliputi seluruh Bahagian Betong temasoklah Spaoh, Pusa, Debak, Saratok, Roban dan Kabong. Inkluding juak area Sebuyau dan sebahagian besar Bahagian Samarahan.

.


Tutur Betong

Betong adalah sebahagian ranto pesisir @ ranto laut. Secara asas, dialeknya nang lebih kurang jak ngan ranto pesisir lain, walaupun ada perbezaan kecik. Daerah2 di ranto laut masing2 ada ciri2 dialek nya mpun, walaupun tokrang nengar macam sama jak. Tutur Betong tok senang jak nak paham.

.

1. Bunyi ‘A’ di ujung perkataan

Huruf ‘a’ di ujung perkataan dituka jadi ‘o’.

Contoh :

‘Nama’ jadi ‘namo’

‘Apa’ jadi ‘apo’

*Tapi, bunyi ‘a’ yang asalnya ‘ar’ tetap dikekalkan bunyi ‘a’

Contoh :

Besar disebut besar, bukan beso

Nanggar tetap disebut nanggar, bukan nanggo

.


2. Bunyi ‘L’ di ujung perkataan

‘al’ di ujung perkataan dibunyikan ‘ai’

‘ul’ di ujung perkataan dibunyikan ‘ui’

‘ol’ di ujung perkataan dibunyikan ‘oi’

contoh :

‘mahal’ disebut ‘mahai’

‘betul’ jadi ‘betui’

‘bol’ jadi ‘boi’

*temasoklah nama urang,

Contoh :

‘Pejal’ akan jadi ‘Pejai’

‘Sepul’ jadi ‘sepui’

‘Kerol Antasha’ akan jadi ‘Keroi Antasha’

.


3. Perkataan ‘SIK’

Mun di Betong & kawasan sekitarnya, perkataan ‘sik’ selalunya akan menjadi ‘ndak’

Contoh :

‘sik maok’ menjadi ‘ndak maok’

‘sik besar’ menjadi ‘ndak besar’

‘sik tahan’ menjadi ‘ndak tahan’

*Kecuali ‘sik ada’, jangan disebut ‘ndak ado’, tapi ‘sik ado’.

.

Membina ayat

So, daripada apa yang kita belaja ya, kita akan belatih molah ayat. Contohnya, kita nak trenslet ayat tok :

Pejal Odio nyuruh Kerol Antasha nesah karpet kereta nya, tapi Kerol Antasha sik maok sebab nya gik nak main bol.

Ayat ya akan menjadi :

Pejai Odio nyuruh Keroi Antasha nesah karpet kereto nyo, tapi Keroi Antasha ndak maok sebab nyo gik nak main boi.

Yaaahhh… Senang sik? Tok pelajaran basic jak lah, tapi cukup pakei tokrang komuniket ngan urang area ya. Sik tokrang payah klakar romputeh agik.

Abis dah pelajaran petama. Mun usu ada mood kelak, usu mukak kelas agik untuk pelajaran siri 2. Bah, mupok lok aaa…



Monday, March 22, 2010

Tiba-tiba Rindu..

Tengah asyik bermesej-mesejan ngan ehem2, tiba2 usu pandei rindu ngan sambadi else. Bukan niat usu menduakkan ehem2, tapi rindu tok lain. Si ehem2 pun tauk usu salu rindu ngan sorang tok, pi nya sik kesah. Nya paham.

Macam biasa, bila rindu hadir, ubatnya sik lain : nengar sora nya, ilang lah rindu. Mun sik klakar ngan nya, nanggar rakaman bidio nya pun dah cukup menghiburkan.


video

Nama nya? Imtinan Nurfaqihah. Seksi nya owh... kedak usu nya juak bah..

Friday, March 12, 2010

Balada Siti Jabedah



O tedah Siti Jabedah
Anak dara begetah, kloga urang susah
Tapi idup sentiasa nak mewah
Sik nya duli susah payah bapak keja di sawah, mak molah bakul ngambik upah

O tedah Siti Jabedah..
Koatan tek nak idup mewah
Sanggup nya ngekot si Dolah, urang laki nk ntah dari sinie ntah
Keta tiga empat buah, sia sitok meli rumah
Perabot sekda murah2, smua dari Saadiah Indah
Minum pagi makan udang galah, sik main lah stakat mi lee fah

O tedah Siti Jabedah..
Bila urang nasehat, ko sik endah
Bagus manis urang madah, urang ya ko sumpah seranah
Dak jiran sebelah menyebelah, abis kenak rusah
Mana nok sik tahan, alu pindah
Kinektok..
Nie tuju si Jijah?
Nie tuju si Pe’ah?
Sinie lari si Senah?
Semua dah blaaahhh…

O tedah Siti Jabedah..
Bila reta dah melimpah ruah
Alu anyut makin jaoh dari sunnah
Ada anak tapi sik penah diajar reti ibadah
Apa dimintak semua diserah, nak enjoy tandah

O tedah Siti Jabedah..
Anak bujang dah besa dah
Belaja tinggi2 sampei UUM kat Kedah
Arap2 jak pat jadi pakar bedah, pi last2 kenak tangkap ngedar dadah
Sik nya tauk dadah ya membawa padah, cegah sebelum parah
Bak kata urang Malaya “ntah apa ke jadah..”

O tedah Siti Jabedah..
Anak mpuan ko si Saodah
Urang lain lam bilit darjah, nya ponteng ndak alah2
Depan cikgu Latipah, sopan jak beunipom skolah, pi di pasa makei dedah2
Miak kinek tok susah kita nak madah..

O tedah Siti Jabedah..
Lain olah anak, lain gik laki ko Dolah
Rasa dirik tek kaya gilak lah, banyak projek arum bulak segenap daerah
Sik cukup opis di Sekamah ngan Malihah, ada cawangan agik di Mukah
Mun sik salah, ada projek baru di Sabah ngan Kola Pilah
Bulan depan nengar2 nak expand sampei ke Jeddah, pasya Kaherah
Nak ngalah Ting Pek King nya madah
Maka jak bejual rempah

O tedah Siti Jabedah
Dolok bodi cute kedak Siti Sarah, nektok dah sama besa ngan gajah
Ya lah pakei alasan Dolah berolah ngan ompuan area Batu Kawah
Bini di rumah nang sik ubah kedak tong sampah, sukati nya molah
Lelah-lelah bini masak lempah, nyedia k juadah, aek panas ko simbah
Ada skali ya kenak terajang sampei bedarah-darah, alu masok Normah
Ya pun lelah berpapah
Sambil tenangis-nangis sempat gik nya ngembak lagu Stacy penyanyi dari Sabah, “kenapa bah, kau berubah..”

O tedah siti Jabedah..
Bila dah sik tahan agik, tepaksa ko turun nait Mahkamah Syariah
Last2 dapat juak ko mintak fasakh
Si Dolah, sik nya susah
Apa jawabnya bila ditanyak leh Ngah..? – “Ada ku kesah??”
Ya ngah nyawab.. “tulaaahhh”.

O tedah Siti Jabedah..
Cerita tok sekadar kesah, nang sengaja dipolah2
Tapi mun sipi2 terkenak, telan ajak lah, boh diludah
Dalam kesah ada sikit ceramah, ewah.. ewah.. ewah..
Iboh terlalu mengejar mewah
Sik salah idup mewah, tapi biarlah berhikmah
Idup sederhana pun dah cukup indah, bahagia rumahtanggak macam Fezal & Fashitah
Terbiut ndak alah-alah
Mun sik cayak tanyak ngan Dukunlintah, nya tauk semua bah..

OK, usu nak chow lok lah
Mun ada free boh malu singgah
Usu sayang ngan tokrang sekalian anak buah
Muah..! muah..! muah..!

Monday, February 22, 2010

my-X, my-Cayang






Cerita ini hanya rekaan, tapi tidak bermakna ianya tiada kaitan dengan yang masih hidup atau telah mati. Bagi pembaca yang lemah jiwanya, sila lengkapkan diri anda dengan tisu, saputangan, tuala, atau apa-apa saja bahan yang mampu menyerap cecair. Slamat membaca...


1 message received from my-X
Read?
Smekom, bang..

reply
Wkmslm. Apa lgk?? Kita dh xda pa2 k.
Sent to my-X
Message delivered

1 message received from my-X
Read?
Mek tauk ktk msh mns ngn kmk. Kmk ngakuk slh. Xkan xda sikitpun ruang kemaafan utk kmk bang..?

Reply
Dh lmk kmk maafkan ktk. Antara kmk ngn ktk dh xda pa2 lgk, phm x?
Sent to my-X
Message delivered

1 message received from my-X
Read?
Demi Iqmal bang. Nya beraie ngn bpk nya. Kesian nya bang. Masa dpn nya..

Reply
Baruk nektok ktk nk mikir masa dpn Iqmal? Lps jatuh talak baruk ktk sedar hal anak?
Sent to my-X
Message delivered

1 message received from my-X
Read?
Bang. Kmk tauk smua ya nang slh kmk. Kmk tlalu ngekot ati. Tiap mnusia ada molah silap. Cam ya juak kmk. Tp kmk nektok coba nk betolkan smua ya. Tlg lh kmk bang. Ktk jak dpt bimbing kmk utk berubah. Plz. Kmk nk blaja dr ksilpn. Nang slh kmk salu maksa abg melepaskan kmk. Tp bang, sejak kita dh putus tok, kmk mula rasa rindu ngn ktk. Bila dh xda agik dpn mata, baruklah mek trasa kehilangan sesuatu yg amat brhrga.
Kmk rindukn sentuhan abg. Kmk slalu tringt kehangatan pelukan abg. Abg ingat x, … (ayat2 seterusnya telah dipotong oleh sidak Kementerian Kesihatan).

Reply
Wahai bekas isteriku.. Ktk pun tauk kmk tok jenis open. Direct to da point. Kmk dh coba slmtkn r/tggak kita. Dh 2 taun kmk brsbr. Dgn kerenah & pghinaan dr ktk. Mntg2 kmk dr kloga miskin. Kmk xmampu nk merik kmwhn. Kmk cuma mampu merik ksh syg.
Bulak mun kmk mdh kmk xpnh rindu ngn ktk sjk kita cerei. Kmk mena2 rindu ktk. Rindu ngn Iqmal. Tp demi mrwh kmk, & kloga kmk, kmk coba atasi smua ya.
4 ur info, ktk dh ada pggnti lam idup kmk. Roboh istana lmk, kmk akan bina istana lain.
Kmk dh berik pghrpn besa ngn nya. Mustahil utk kmk kecewakn nya. Trimk lh hkikat k.
Sent to my-X
Message delivered



1 message received from Cyg
Read?
Aslmkm, abg d umah?

Reply
Wkmslm. Aok. Abg tgh besilat.
Sent to Cyg
Message delivered

1 message received from Cyg
Read?
Dgn xwife agik? Upa gaya tok, nya mena2 mok blt ngn ktk. Bincg bgs2 ngn nya bang. Boh beperang indah.

Reply
Ng bena abg beperang. Abg beperang ngn jiwa abg mpun.
Sent to Cyg
Message delivered

1 message received from Cyg
Read?
Bunyi mcm abg dh tebukak ati nerimak nya blt.

Reply
Bunyi mcm urg mrajuk jak..
Sent to Cyg
Message delivered

1 message received from
Cyg
Read?
Bkn mrjuk bang. Tp kmk mdh dgn ati ikhlas. Kmk tok ompuan. Kmk phm prsaan ompuan. Kmk rasa bks bini abg ya lbh prlukn abg. Alang2 ktk 2 dh prnh idup besama, ikhtiar agik bina msjid baru. Tapak gik ada. Msh ada masa utk tak 2.
Kdong Iqmal ya gik lom tauk apa2, mun dpt boh nandahnya membesar dlm situasi kurg smpurna. X kdk anak urg lain.

Reply
Abg malas nk cita benda sama. Abg pun dh xplain byk kali ngn syg nk? Syg pun dh tauk dr A smp Z. Xda apa lgk yg abg tapok dr syg. Mmg abg msh sygkn Shila smp ari tok, tp abg nk bukak cita baru. Biar lh ya jadi kesah silam. Iqmal ttp anak abg, w/pun dijaga nya.
Sent to Cyg
Message delivered


1 message received from Brahim
Read?
Pok! Stok itit dh smp. Nk bincang ngn kau hal rega baru tok. Free kh pok?

Reply
Ilek lok pok. Ku gik kamboh ngator hal dunia tok. Klk2 kit kita diskas hal itit ya k.
Sent to Brahim
Message delivered

1 message received from Cyg
Read?
Bang. Kmk bkn x mghrgai lamaran abg. Kmk tauk abg urg bait2. Kmk pun sygkn abg. Kmk xkesah w/pun abg brstatus duda brnk sorg. Kmk xpndg smua ya. Dan kmk pcayak abg mampu mimpin kmk mun kita jadi suami istri.
Tp ada prkra lain lbh pnting. Tiap urg brhak dpt pluang ke-2. Jgn abg trus mnrus ngukum Kak Shila. Tragedi lam idup slalunya akan merubah sikap & pmikiran ssorg.
Ttg kmk, abg boh bingong. Mun dh xda jodoh kita, tlg doakn kmk akan dpt jodoh yg sebagus abg. Skali skala kita knk bkorban juak dmi urg lain. Moga ada kbrkatan & ketenangan lam idup.



Menu
Message
Write new message
Syg.. Abg mtk maap atas apa2 mistake abg, sjk kita diijabkabul smp kita bepisah. Abg mohon ngn syg, tlg berik abg peluang ke 2 utk jadi suami yg bena2 berperanan sbg ketua kloga. Abg mok kita sama2 bsrkn Iqmal. Blh x syg?
Sent to my-X
Message delivered

1 message received from my-X
Read?
Kmk hrp abg serius. Mun abg mok nerimak kmk blt, kmk pun xkesah idup brmadu bang. Yg pnting bg kmk nektok, kmk akan cukup bhgia ada abg sbg suami ksygn kmk, & bpk kpd Iqmal. Kita berik pluang ke-2 ngn Iqmal.

Reply
Syg, boh bgkitkn agik soal ompuan ya. Cukuplh abg mdh yg abg brsykr dpertemukn dgn nya. Nya lh yg byk mndorong abg utk pikir blt kptsn abg. Nya dgn rela ati narit dirik.
Sent to my-X
Message delivered

1 message received from
my-X
Read?
Nk bgs mun nya jadi penyeri idup abg juak, di smping kmk. Bkn mudah nemu urg mcm ya zaman tok. Bkn apa, bgs juak mun abg nerimak nya drpd urg lain nk xtentu. Mun dgn urg mcm ya, kmk reda bang. Mgkin dgn ada nya, akan ada kebaikan utk kita 3 Iqmal. Abg dh coba nyk nya?

Reply
Abg dh mdh boh cita gik hal ya. Abg bebini sorg pun dh klam kabut. Besa tgjwb bepoligami syg oii. Di dunia ng nikmat. Syg xtauk btp besa seksaan di akhirat bg suami yg xbrlaku adil ngn bini2nya. Mun dh konfiden ngn kmampuan dikmpun ya lain cita lh. Bg abg, cukuplh sorg.
Syg bila free? Pat kita diskas agik. Lmk dh kita xbesama owh. Abg pun… (ayat2 seterusnya pula terpaksa dipotong demi keselamatan Negara).
Sent to my-X
Message delivered


TAMAT


Pengajaran dari cerita ini adalah, kurangkan bercakap melalui hp, sebaliknya gunakan SMS, kerana :

1. Bercakap melalui hp terlalu lama boleh meningkatkan risiko tumor otak.

2. Berbincang melalui SMS mampu membendung marah dan mengawal emosi.

3. SMS lebih jimat.



INGAT!



ADA X, ADA SEGALANYA...

Tuesday, February 2, 2010

Mummy The Return

Salam, guyz… Lamak dah usu tuk menyepi. Rindu ngan tokrang. Lamak dah sik berblog. Bukan stakat blog, email & fesbuk pun gik sik tekaber nak handle time tok. Gago beserta kamboh lam sebulan duak ya tek koh. Mok tauk kenak? Baca kesah debah tok :


Kamboh No 1

Suatu pagi, seorang pegawai atasan bertugas di Pejabat Pelajaran Kuching, Jln Demak Baru, turun untuk membreakfastkan dirinya. Kantin yang terletak di tepi bangunan pejabat itu baru beroperasi untuk hari pertama bagi tahun 2010. Sebaik sampai di kantin, beliau disambut mesra seorang pemuda yang pemalu tetapi kelihatan agak cerobeh.


Pemuda : Selamat pagi Cikgu! Minum pa tek?

Pegawai : Pagi..! Owhh.. Kitak lah urang baru ya tek? Tahniah, dapat tender.

Pemuda : Bukan kamek. Kakak mek. Kamek tok nulong nya time tok.

Pegawai : Jadi, dirik tok adik Kak Zahrah lah?

Pemuda : Aok.. Kak Zahrah ya sulung. Kamek bongsu.

Pegawai : Owh.. Camya.. Pa nama dirik?

Pemuda : Kamek Ijam.

Pegawai : Ooo.. Ijam... Bifo tok tokrang berkantin sinie?

Pemuda : Sekda, tok festime. Kakak mek ya coba2 ajak mintak tender riya, sik sangkak terus dapat. Ya lah kamboh gilak lehnya. Kamek pun emejensi juak ditunggahnya pakei nulongnya sitok.

Pegawai : Baguslah. Nak nama rezeki nak.. Kopi gelas sigek!


Kamboh No 2

Suatu petang, sekumpulan kanak2 sekitar usia 8 tahun sedang bermain2 bola di lorong C14, RPR Fasa 2 Jln. Astana. Tanpa disengajakan, bola tiba2 terkena cermin tingkap rumah bernombor 2112 di lorong tersebut. Nasib baik lantunan bola tersebut tidak sampai memecahkan cermin tingkap. Kumpulan kanak2 itu pun dengan hati yang nerves menghampiri rumah itu seraya memberi salam. Serentak itu juga, dari pintu rumah muncul seorang pemuda dengan wajah penuh innosen.


Kanak-kanak 1 : Bang. Sori bang aa.. Mek sik sengaja tek.

Pemuda : Ya lah tokrang.. bla bla bla…

Kanak-kanak 1 : Errr… Boleh mek ngambik bol ya bang? Sik hal kah mek masok lam gate tok?

Pemuda : Masok laaah. Tokrang nak masok lam umah pun boleh.

Kanak-kanak 2 : Menakah bang? Ihh… Best eh. Juh.. kita masok juh!


Maka, kumpulan kanak2 seramai 7 orang itu pun menyerbu masuk ke dalam rumah tanpa rasa segan silu, sambil bertanya itu ini.


Kanak-kanak 3 : Pa nama kitak bang?

Pemuda : Bang Ijam..

Kanak-kanak 3 : Dolok sik penah mek nanggar kitak, bang o.. Kitak baruk pindah sitok nak..?

Pemuda : Aoook…

Kanak-kanak 4 : Kitak diam ngan sapa, bang Ijam? Diam ngan kakak nok ariya kah? Lamak dah mek sik nanggarnya.. Ni nya nie?

Pemuda : Ehh..! Diam ngan ompuan indah..! Nie da rompuan umah tok. Ya urang nok nyewa dolok dipadah kitak ya. Tok umah bujang. Abang diam ngan kawan 2 orang. Mek urang bok nyewa sitok stat duak tiga ari tok.

Kanak-kanak 5 : Oooo… Tauk mek. Rimarek ada mek nanggar. Sorang kedak muka Pezal Tahir. Sorang gik nok rambut kedak rambut Naruto, nak bang..? Nya ya nak?

Pemuda : Terer kitak owh. Nya balit lak abang madah ngan nya kitak nganok rambutnya kedak Naruto.

Kanak-kanak 5 : Ergh..! Err.. rambut kitak stail bang o.. Kedak Zamani SLAM.

Pemuda : Mena kah? K lah.. Sik jadi abang madah.


Aaaa…, sebab ya lah usu lamak menyepiiii… Bah, mupok lok.