Showing posts with label replika. Show all posts
Showing posts with label replika. Show all posts

Friday, May 21, 2010

Telanjor Antu

Salam. Alhamdulillah. Last2 sempat juak usu ngemaskini blog tok. Macam biasa lah, bizi molah tempahan kraftangan replika rumah tradisional. Kali tok, nk ngoder ya urang semenanjung, tapi bebini ngan urang lokal. Nama glems nya Bang Zul. Diam rah kem batu kawa.

Dipendekkan stori, kraf replika ya pun siaplah sudah. Tapi, awal-awal gik Bang Zul dah mesan, mun dah siap, nya sik maok usu nganta ke rumah. Sak lelah mekduak betemu rah Azreen Café rah Satok sia. Bagei sidak Mafia bejual dadah bagei.

“Bang Zul saja ja tak nak bagi Kak Ita (bininya) tengok, sebab nak buat kejutan. Kak Ita memang minat rumah2 kecik mcm ni. Mana2 dia pegi, benda pertama dia carik, yang macam ni la. Dalam bilik memang penuh dengan koleksi dia. Err.. ni kategori rumah Sarawak?” Katanya sambil tersengih-sengih.

Dengan tenang dan konfiden, usu pun eksplen, “Model ni sebena nya gabungan ciri2 rumah Sarawak dengan Semenanjung. Sesuai lah dengan abang dan Kak Ita, kan? Bang Zul orang Semenanjung, Kak Ita orang Sarawak.”

Tersenyum2 jak Bang Zul tek nengar usu madah camya. Matanya malar jak tertilit-tilit ke dalam rumah cute ya. Macam lah ada urang dara lam ya..


Hakikat sebenarnya…

Masa diskas ngan bang Zul time nya nak ngorder dolok, nya ada nanyak rumah apa juak biasa dipolah usu. Usu madah ngan nya, usu molah replika rumah2 tradisional Sarawak. Masa tok ada molah rumah panjang Iban, rumah baruk Bidayuh ngan rumah Melayu Sarawak. So, nya madah polah rumah Melayu jak.

Dalam keghairahan usu molah rumah ya, koatan nak molah stylo tek konok, ginie kah pandei telanjur antu molah atapnya jadi camtok :




Ya dah kira stail atap rumah urang Semenanjung. Rumah Melayu Sarawak asalnya nie da dizaen atap kedak ya, nak?

Mun nak dibukak balit, sayang. Banyak keja. Muang masa juak. Lagikpun, mun dibukak balit atap ya, takut menjejaskan kekukuhan struktur keseluruhan rumah. Janji pun dah due. Pecah palak mikei.

Tapi, bila diingat2 balit, sekda pun bang Zul tek madah nyuruh molah ‘rumah Melayu Sarawak’. Nya Cuma nyebut ‘rumah Melayu’. So, sik timbul lah soal rumah Melayu negeri nie, nak? Kira sekda lam kontrak lah.

Jadi, untuk ‘kaver’ dirik daripada ‘kesilapan besar’ ya, maka timbul lah dialog yang usu dah sediakan awal2 sebelum jumpa ngan nya..-> “Model ni sebena nya gabungan ciri2 rumah Sarawak dengan Semenanjung. Sesuai lah dengan abang dan Kak Ita, kan? Bang Zul orang Semenanjung, Kak Ita orang Sarawak.” Hehe..

Dan untuk menyempurnakan lagik ‘penggabungan ciri’ ya (tek konok), maka ditambahkanlah ukiran rah tepi atap ala rumah semenanjung :






Yang penting, kastemer tok dah berpuas ati. Senyumnya sampei limpas telinga, becantum balit rah belakang palak. Semoga bininya bena2 terkejut dengan kejutan nya ya kelak.

.

.

.


The latest one, niru design nk Bang Zul ya juak (atas permintaan kastemer), tapi design atap jak lain. Baruk siap divarnish, sebelum di'frame' lam kaca.

.

.

‘Next project : Molah replika rumah panjang nk disuruh blogger Ms. Tikot ariya.'

Sunday, May 24, 2009

The making of...Replika Rumah Panjang


Salam. Korang ingat lagi tak salah satu entry pertama aku sekitar januari dulu? Yang pasal kraftangan replika rumah2 tradisional Sarawak. Bagi yang tak pernah baca, boleh cek dalam older post.

Dulu aku buat sebagai hobi masa lapang. Skarang ni, itulah salah satu aktiviti utama aku. Belum lagi sampai ke tahap full time, tapi aktif. Siap ada bilik khas lagi, kira kedak galeri lah tek. Member2 aku cakap 'lab'. Boleh kata tiap2 petang & malam aku abiskan masa dalam lab tu, sampai kurang masa untuk berblog. Itulah sebenarnya yang membizikan hari2ku.

Projek terbaru aku adalah menyiapkan sebuah replika rumah panjang, ditempah oleh seorang bekas setiausaha sulit seorang menteri Sarawak. Kali ni aku nak ngeso secara ringkas replika rumah panjang yang latest aku buat.







Ini rumah yang dah siap separuh jalan :







Kena buat patisyen & bilik2, sebab kastemer kraf ni cerewet2. Diorang akan belek2 sambil nilit2. Kalau bahagian dalam dibiarkan kosong tanpa bilik2, diorang akan ngerepak.
Dah siap keseluruhan, tinggal nak buat atap & tangga :






Kehadiran pusak adalah satu masalah lazim, kerja2 'pembinaan' terpaksa dihentikan sementara waktu. Ini baru sekor, kalau dia dah nunggah geng, lagilah poblem :



Supervisor tengah ngecek projek!



Sebelum dibuat atap, kena divarnishkan dulu, bahagian luar dan dalam. Peringkat ni lah yang paling merindokkan, sebab pada tahap ini kita akan melihat serinya naik. Mungkin macam tu lah perasaan mak andam bila menyiapkan 'sentuhan' ke muka pengantin.









Dah siap, pok! RM350.00. Merdeka! Lepas ni boleh la aku berblog semula..








Kadang2 aku akan buat kraf replika untuk jualan, thru sorang kawan yang juga bergiat dalam bidang sama. Tapi kalau untuk dijual open, itu adalah jenis souvenir biasa, harga pun tak la tinggi :






Tau kat mana? Semestinya, Kuching Waterfront.. Ada satu area dipanggil 'Craft Colony'. Dibuka every wikend (Fri, Sat n Sun), dari tengahari sampai malam. Banyak lagi kraf2 lain kat situ :









Datanglah beramai2, jangan supan. Bersama kita majukan industri kraf negara. Kalau anda bertuah, kat situ anda akan jumpa jejaka ini :












Dan dia adalah...... Su iJamm yang peramah.

.

.