Friday, June 11, 2010

Anda Bertanya, Pakar Menjawab...

Ruangan ini khusus bagi para pembaca majalah Mingguan Gerek yang bermasalah dalam percintaan. Soalan-soalan dari para pembaca akan dikendalikan oleh ‘Doktor Cinta’ (DC), seorang yang berpengalaman dan berpengetahuan luas dalam masalah percintaan.


Soalan 1 :
Tuan Doktor Cinta, saya pemuda bekerjaya tetap dan berpendapatan agak stabil. Saya masih bujang, dan akan mengahwini tunang saya setelah dia menamatkan pengajiannya di Institut Penorehan Getah Malaysia (IPGM). Masalah yang timbul sekarang adalah kerana kami tinggal berjauhan antara satu sama lain. Saya tinggal di Lorong Simpor No 1, manakala tunang saya itu tinggal di Lorong Simpor No 2.
Saya pernah mendesak ibubapa tunang saya itu supaya berpindah ke Lorong Simpor No 1, Namun bapanya hanya menyatakan kesanggupannya untuk berpindah ke Lorong Simpor No. 1A. Itu bagi saya masih jauh dan tidak memadai.
Saya mengugut untuk memutuskan pertunangan kami jika mereka anak-beranak masih enggan berpindah ke Lorong Simpor No. 1. Tetapi bapanya bertindakbalas dengan mengugut untuk berpindah ke Lorong Simpor No. 3 pula jika saya bertindak memutuskan hubungan. Saya rasa sangat-sangat susah hati. Fikiran saya buntu. Tolonglah saya, Doktor Cinta.

Pemuda Angau,
Petra Jaya

Jawapan :
Saudara Pemuda Angau, kalau anda ajukan soalan ini kepada orang awam, tindakan saudara itu mungkin boleh mengundang bahaya, yang mana anda berkemungkinan akan kena libas dengan talipinggang, atau sekurang-kurangnya makan penampar jepun.
Namun, bagi seorang doktor cinta seperti saya, ianya tetap ada penjelasan tersendiri. Saudara sebenarnya mengalami ‘Kanggaroo-Aspirin-Long-Journey-Internal-Syndrome’, atau ringkasnya K.A.L.J.I.S. Ianya timbul apabila orang yang dicintai tinggal sekampung atau se’area’. Apabila aura dari kedua-dua pihak ini bertembung, ditambah dengan rangsangan dari pancaran ultra-ungu dari mentari senja, maka akan mewujudkan rasa kurang selesa apabila kekasih terlepas dari pandangan mata.
Untuk penyelesaian, saudara perlu mengambil langkah berani dengan berpindah dari Lorong Simpor No. 1 ke Lorong Tan Liew, off Jalan Kuching - Serian.
DC - Lebih baik merasa kesusahan awal, demi kesenangan berpanjangan.

Soalan 2 :
Saya seorang wanita berusia 27 tahun dan bekerja di sebuah syarikat swasta. Saya mempunyai kekasih yang tiga tahun lebih muda dari saya. Kami merancang untuk berkahwin dua tahun lagi. Kami tiada masalah berkenaan usia. Cuma yang merunsingkan saya, kekasih saya itu kadangkala berperangai dan berfikiran kebudak-budakan. Saya perlukan nasihat daripada Tuan Doktor Cinta, bagaimana saya harus ber’slow-talk’ dengannya, tanpa menjejaskan perhubungan kami. Terima kasih.

Gadis Runsing,
Kpg. Gita.

Jawapan :
Saudari Gadis Runsing, saudari tidak perlu terus menerus berasa runsing. Saudari berusia 27 tahun dan kekasih saudari tiga tahun lebih muda, barmaksud dia sekarang berusia 24 tahun. Pada saya, tidak ada apa-apa yang pelik atau ganjil jika lelaki seusia itu masih berperangai kebudak-budakan, kerana hakikatnya dia memang budak.
Lagipun, anda berdua merancang untuk berkahwin dua tahun dari sekarang. Ini bermakna usia kekasih saudari ketika itu sudah menjangkau 26, dan ketika itu dia sudah tidak menjadi budak lagi.
Jika dia masih lagi berperangai begitu pada usia 26 tahun, saya cadangkan agar saudari putuskan saja hubungan. Setelah itu, saudari cuba jalinkan hubungan dengan Pemuda Angau, kerana ketika itu dia dijangkakan sudah memutuskan hubungannya dengan kekasihnya yang tinggal di Lorong Simpor No. 1 itu.
DC - Sesuatu kegagalan itu biasanya akan didatangi ‘short-cut’ untuk kejayaan yang lain.


Soalan 3 :
Saya sudah beristeri, mempunyai 2 anak, 2 abang ipar dan 2 mertua. Selain menjadi seorang ahli binabadan sepenuh masa, saya menyara hidup dengan pekerjaan sebagai bouncer di sebuah syarikat pemberi pinjaman. Jika ada masa lapang pula, saya akan mengisinya dengan menganyam bakul.
Masalah saya timbul bila saya mula kehabisan makanan kesihatan pembina otot. Saya cuba mencari alternatif dengan menggantikannya dengan produk-produk kesihatan isteri saya seperti ‘susur perut’ dan ‘sari perapat’. Akibatnya, saya mula mengalami kitaran bulanan yang tidak teratur, selain masalah keguguran bulu dada.
Apakah yang harus saya lakukan sekarang, memandangkan masalah saya ini semakin serius?

Sangat Ganas
Pending

Jawapan :
Saudara ‘Sangat Ganas’,. Saya tidak ada penjelasan dalam hal ini, kerana ianya di luar bidang pengkhususan saya. Tapi saya mencadangkan agar saudara merujuk kepada pakar sakit puan, pakar sakit tuan dan pakar sakit tuan2 dan puan2. Itu saja yang boleh saya katakan.
DC - Lain kali, jangan bertindak sendiri, dan kalau buntu, carilah pakar yang boleh diharap.

Jika anda ada sebarang kemusykilan dan masalah berkaitan percintaan, sila kemukakan masalah anda itu ke ruangan ini tanpa segan silu.
.

18 comments:

  1. Wakakakakaa!!~~...nang antapp laa doktor cinta tok ekekekeek...

    ReplyDelete
  2. Haha... Dokter CInta.. Kedak lagu indon jak.. haha...

    ReplyDelete
  3. FnFnF>
    Mesti tokrang dah tauk sapa doktor ya nak?

    Amirfx>
    Tok doktor dari s'wak.

    ReplyDelete
  4. yer nyaa..hahahaha..nang stedeyyy lah doktor cinta tok..kakakakkakaka!

    ReplyDelete
  5. wakakakakka waka waka..eh eh..

    ReplyDelete
  6. sikpat dipakeylah doktor tok.. ancor

    ReplyDelete
  7. Lebih baik merasa kesusahan awal, demi kesenangan berpanjangan<---mena ya dokter cinterrrrr....

    ReplyDelete
  8. Doktor love <---ingat sik sapa kita gelar tok!

    Mun ada masalah jumpanya jak...

    ReplyDelete
  9. Adohhhh bahaya nar juak Dr Cinta tok eh.

    ReplyDelete
  10. Baruk nak nanyak soalan juak ngan Dr. Cinta. Tapi bila baca jawapan, lu pk 2 3 kali. Pa ndak ka di jawab nya pakey soalan kmk? Jangan jak polah mek jadi makin biol.. Haihhh...

    ReplyDelete
  11. arifah>
    ktk lah urang prtama madah camya.

    rudy>
    pa kenak ko dy..?

    felicia>
    mun terdesak, beguna koh..

    khaisha>
    tau takper... macam tauk2 jak...

    abd. razak>
    yeahh... 'doktor love' ya lah di arap2 kita pakei ngagih duit hibah kelak. Lamak mek sik nanggar nya.

    ms. tikot>
    sekda nya bahaya. nya jujur & berterus terang.

    Queen>
    Tingkat 4, atas klinik gigi mount elizabeth, jln gambier. agak tak sia nektok.

    kaljis>
    err... tang kebetulan jak nama ya hoh..

    amni>
    Nie ktk tauk..? blom tanyak blom tauk.

    ReplyDelete
  12. haha..lamak sik maca blog su ijam lekak berpindah ke blog baru tuk [thekomedian.blogspot.com]..enjoy :)

    ReplyDelete
  13. kenak kamek sekpak komen via hp ow...boring alu jak, paksa juak mukak pc, alu abis jak tetak mek ...hisshhh

    (haaiihhh alu pulang ke manass...boleh???)

    :D

    ReplyDelete
  14. ken>
    patutlah lamak sik nampak. ok, akan ku folow blog baru mu itu, ken.

    farid>
    blog tok spesel kit bah, sikpat bukak k hp.
    selain pc, nya hanya dapat bukak k tv, peti ais n periok karan.

    ReplyDelete
  15. hahahahaha.. danger doktor tok boleh mendatangkan huru hara... hehe

    ReplyDelete
  16. hahahahaha......perey ku lokkkkkkkk!!!!

    ReplyDelete

kOMEN JE..