Showing posts with label pantun. Show all posts
Showing posts with label pantun. Show all posts

Wednesday, August 3, 2011

Mari Berpantun Edisi Ramadhan

Orang Johor shopping kat Melaka,
Sampai di Melaka panasnya terik,
Pemegang Mohor dah anounce puasa,
Bermulalah musim penyakit gastrik.

Pakai baju berlipat-lipat,
Seluar pula berkilat-kilat,
Langsir raya dah bertingkat-tingkat,
Ibadah Ramadhan yang tak meningkat-ningkat.

Kasim Selamat orangnya loded,
Siti Zubaidah memasang kabel,
Baju oversea kasut pun branded,
Zakat fitrah bila nak setel?

Negeri Sarawak aweknya cun cun,
Taknak beli terubok, beli je lah pasu,
Kreatifnya bebudak modified mercun,
Teringin ke nak pakai kaki palsu?

Anak zirafah bermain terup,
Bermain terup di tepi denai,
Bisnes kek lapis baru nak meletup,
Tauke Golden Churn pulak buat perangai.

Nak potong kobis pakailah pisau,
Lepas dipotong pegi lah cuci,
Yang dah order kek lapis, janganlah risau,
Tahun ni punya, dijamin suci.

Alangkah elok si kurma rotab,
Elok lah lagi si kurma ajmal,
Alangkah elok ko baca kitab,
daripada mengumpat tak tentu pasal.

Mintak bauhulu, sebijik pun cukuplah,
Aku nak bagi pada sang badak,
Setakat ni dulu, aku nak stop lah,
Puasa aku ni pun entah sempurna, entahkan tidak.

SEKIAN. SELAMAT BERSAHUR DAN 'BERSUNGKEI'

Monday, July 19, 2010

: ( Kenari : )


Burung kenari terbang sekawan
hinggap seekor di atas batu
termenung sendiri di malam rawan
resah jiwa tidak menentu
: (
Hinggap seekor di atas batu
ditangkap 'nak raja pulang berburu
resah jiwa tidak menentu
bunga kupuja mawar sembilu
: (
ditangkap 'nak raja pulang berburu
sangkar emas kini belenggu
Bunga kupuja mawar sembilu
pada siapa harus mengadu
:(
Sangkar emas kini belenggu
puteri menyaksi hiba dan sayu
pada siapa harus mengadu
terdetik di hati pesannya guru
: o
Puteri menyaksi hiba dan sayu
sangkar diselak bertalu-talu
Terdetik di hati pesannya guru
ingat Al Khaliq zat nan Satu
: |
Sangkar diselak bertalu-talu
riang kenari terbang ke sarang
Ingat Al Khaliq zat nan Satu
nescaya hati menjadi tenang...
: )

ijamm
18 July 2010