Showing posts with label onggon. Show all posts
Showing posts with label onggon. Show all posts

Wednesday, April 8, 2009

Teknik2 Merungkai Misteri

Salam. Dua tiga hari ni, aku agak bz dengan macam2 aktiviti. Tambah2 lagi aku sedang dalam proses mengapgredkan rekaan replika rumah tradisional yang aku buat skarang. So, kalu kualiti dah up, dah tentu price pun boleh up, kan..
Tapi dalam bz2 tu, sempat jugak la jenguk2 khairul onggon yang balik bercuti ke Sarawak, walaupun kedatangan dia kali ni penuh dgn kesibukan (kesibukan yang mungkin dibuat2).
Ok, kita kembali ke tajuk asal - Teknik2 Merungkai Misteri. Anda selalu berdepan dengan masalah kawan2 bermisteri? Sudah bosan dengan misteri di sekeliling anda? Mari kita belajar teknik2 merungkai misteri dengan kaedah 'pukau muka sposen'.

Teknik pertama adalah untuk meneka nombor rahsia. Ini boleh digunapakai bila seseorang enggan memberitahu sesuatu maklumat berkaitan angka, seperti umur, tarikh lahir, nombor rumah etc.

Contoh : Walaupun telah didesak beberapa kali oleh SyFazidawaty aka Ojie, Odio tetap enggan memberitahu umur sebenar itik peliharaannya. Maka Ojie pun meng'apply'kan teknik pukau muka sposen yang dituntutnya daripada usu kesayangannya, iaitu Su iJamm.

Ojie pun menyediakan 6 keping kad (lebih pun boleh) tertulis angka2 berikut :









Dengan muka sposen, Ojie berkata kepada Odio "OK lah Bro Odio, camtok jak. Kamek nak maksa kitak pun sik guna juak. Biarlah usia itit kesayangan kitak ya jadi rahsia kitak. Biarlah rahsia, kata Siti Nohalija. Tapi kamek ada sigek permintaan. Boleh sik kitak padah ngan kamek, dalam kesemua 6 igek kad tok, kad ne nok ada tercatit umur itit ya?"

Maka, sebagai seorang jejaka macho yang penuh dengan sifat2 keibuan, Odio pun dengan rela hati bersetuju. Pada fikirannya, kalau hanya dengan menyatakan kad mana ada tertera angka rahsia itu (umur itik), mana mungkin Ojie dapat detect.

Setelah puas membelek2 kad, Odio pun menjawab "Umur itit kamek ya ada dalam kad nombor 1, 2, 4 & 6."

Setelah itu, Ojie pun melihat kad2 nombor 1, 2, 4, & 6 yang ditunjukkan oleh Odio tadi secara seimbas lalu. Dengan senyuman kegirangan, Ojie berkata "Owh.. jadi umur itit kitak ya 43 taun lah hoh..!"

Odio yang terkejut kuda terus tercengang seraya berkata "Aih! Camne tak boleh tauk..?"

Rahsianya : Ojie hanya perlu menjumlahkan angka2 sudut atas kiri bagi setiap kad yang ditunjukkan oleh odio, iaitu kad no. 1, 2, 4 & 6 :

.

kad nombor 1, angka sudut atas kirinya ialah 1

kad nombor 2, angka sudut atas kirinya ialah 2

kad nombor 4, angka sudut atas kirinya ialah 8

kad nombor 6, angka sudut atas kirinya ialah 32


Maka dijumlahkanlah : 1 + 2 + 8 + 32 = 43. Maka jawapannya adalah 43!


p/s : Ketika anda membuat pengiraan, jangan menampakkannya kepada rakan anda. Guna kreativiti anda supaya dia tak perasan yang anda sedang mengira. Pesongkan perhatiannya tanpa memesongkan aqidahnya..


Bagaimana kalau maklumat yang bukan berbentuk nombor, seperti nama seseorang? Di bawah ini Su iJamm perturunkan teknik kedua yang dimodifaid dari teknik pertama. Teknik kedua mungkin agak rumit sedikit berbanding yang pertama kerana melibatkan huruf2 yang perlu ditukarkan kepada angka. Jika anda tidak gemar menghafal, anda memerlukan jadual mudah ini :


Jadual Urutan Huruf :

A = 1, B = 2, C = 3, D = 4, E = 5, F = 6, G = 7,

H = 8, I = 9, J=10, K=11, L=12, M=13, N=14,

O=15, P=16, Q=17, R=18, S=19, T=20, U=21,

V=22, W=23, X=24, Y=25, Z=26



Contoh : Suatu hari, ketika sedang menikmati shisha di Ah Nyan Kopitiam, terjadilah perbualan berikut di antara Zatil & Kerol Antasha :
.
Zatil : Sapa hero kitak ya, Kak Keroll??
.
Kerol Antasha : Rahsia!!
.
Zatil : Lewat wak kitak tok Kak Keroll.. Kita kan sama2 belaja kat institut kanak2 bermasalah dolok, sikkan dah lupak.. Kamek kan junior kitak, ingat sik??.. padah la kak..!!
.
Kerol Antasha : Rahsia!!
.
Zatil : Sik pa lah kak keroll, Kitak sik mok madah pun sikda hal. Sik mek nanyak agik. Tapi boleh sik mun kitak madah ngan kamek huruf2 namanya ada lam kad ne.."

Maka Kerol Antasha pun tidak keberatan untuk memberitahu kerana pada sangkaannya, adalah mustahil Zatil boleh tahu rahsianya dengan cara sedemikian. Seperti nasib Odio, Khairul Antasha pun sebenarnya sudah terpukau. Dia sudah termakan pujuk rayu wanita sihir bernama Zatil itu.

Zatil mula bertanya bermula dari huruf pertama dan seterusnya. Dengan tersipu2, Khairul Antasha memberi jawapan berikut :
Huruf pertama ada dalam kad nombor 1, 2, 4

Huruf ke-2 dalam kad nombor 1

Huruf ke-3 dalam kad nombor 1, 4, 5

Setelah mencatit jawapan2 yang diberikan Khairul Antasha, Zatil pun kembali ke rumahnya dengan gembira. Sesampainya di rumah, Zatil pun memulakan langkah merungkai misteri.

Caranya :

Langkah 1 : Tukarkan huruf2 di sudut atas kiri kepada nombor, berdasarkan jadual urutan huruf.

Langkah 2 : Untuk setiap jawapan yang diberi, gunakan cara yang sama seperti teknik pertama (kes Odio vs. Ojie), iaitu menjumlahkan angka2 sudut atas kiri.

Langkah 3 : Untuk jumlah angka tersebut, rujuk kembali jadual urutan huruf dan anda akan mendapat jawapan sebenar!

Langkah seterusnya : Lu kira lah sendiri...






SELAMAT MENCUBA........

Thursday, March 5, 2009

Fire! Fire!

Slamat dinihari! Arimarek nang banyak benda sik kenak ngan aku. Ku pun sik tauk kenak.. Start pagi hp ku berolah. Mun urang call, aku dapat nengar sora, tapi caller ya sikpat nengar sora aku. So, mun ada urang call aku tepaxa 'menjemput' daknya main sms ajak lah.

Petang ku aher kuar dari tempat keja. Tempat keja ku ya area masjid jamek, sik jauh dari tempat AmirFX asa ku. Bila nanggar keluar, terpaku kejap ku ngan member ku nanggar asap bekepul-kepul di ruang udara Kuching. Mun ditanggar dari arah mek duak, macam area pasa ajak angus ya. So, mek duak member ku pun pegi lah ke pasa ..

Sampei kat pasa area open air, baruk lah ku tauk rupanya asap tadik datang dari kampung seberang. Ku sik pasti gilak kampong nie, tapi 'animal instinct' ku madah ya kampung Sungei Bedil.

Ku pun dengan bangganya coba nak ngeluar cam ku dari beg. Tapi alangkah kecewanya aku bila ku sedar cam ku tertinggal di opis! Yang ada cuma kabel pakei nyambong rah komputer. Kei apa..

So, ku rakam juak gamba ya makei hp ku nok berolah ya tadik. Hp antik keluaran taun 1868 (arum bulak).., cam nya sik sampei 2mp. At least ada juak pakei tanggar urang lain, nak.. Sikpat ku ngambik dari dekat. Bukan kerana takut kenak bahang api, tapi besesak2 dengan urang rami & kenderaan.

Alhamdulillah, dak bomba dengan 5 igek kenderaan bomba dah dapat madam api ya dari merebak. Sekda kemalangan jiwa.

Tringat ku ngan rumah dak abah khairul onggon di Sungei Bedil. Tapi mun ngekot 'animal instinct' ku agik, rumah ya jauh kit dari area nok angus ya.

Kawan2 esp. yang berada di Kuching, harap2 bersedialah untuk menderma mun diperlukan kelak. Sik derma duit, derma kain baju pun dah cukup bermakna..

Salaamm..

Thursday, February 26, 2009

Mari Menghafal Lirik : Puteri Santubong

Salaamms.., korang mesti pernah dengar pasal lagenda Putri Santubong yang memang sinonim dengan Negeri Sarawak kan? Siap ada lagu dia. Kalau kat Sarawak lagu 'Putri Santubong' ni memang femos. Kitorang memang dari besar sampai ke kecik dah biasa dengar lagu ni. Korang mesti pernah dengar gak lagu ni kan... Mungkin masih ramai yang tak faham atau hafal. Jangankan orang luar, orang Sarawak sendiri pun ada yang dah tak hafal lirik dia, especially yang duduk kat luar Bumi Kenyalang. Contohnya oon, minah saleh sorang ni cuma hafal lagu 'London Bridge Is Falling Down' ngan 'Baa Baa Black Sheep' je. Audio terer bawak lagu 'Wahid ithnein' yang popular di kalangan kanak2 di Dubai. Fadli kalau disuruh nyanyi lagu rakyat Trengganu 'Ulek Mayang' memang boleh tahan. Tapi kalau lagu Puteri Santubong, berpeloh diorang ni nak ingat lirik. So, Bagi yang kurang hafal & kurang faham maksud lagu tu, Apa kata kita nyanyi sama2, sambil cuba memahami dan menghayatinya :



Puteri Santubong
.

Putri Santubong Putri Sejinjang
Penjaga gunung Negeri Sarawak
Manis sik ada dapat dilawan
Anak dak dewa turun kayangan

.

Puteri Santubong & Puteri Sejinjang ni penjaga gunung, walaupun tak bekerja dengan perhutanan. Kedua2 nya memang cantik sangat2, keturunan dewa dari kayangan

.

Ooh.. Santubong Putri...

Bertenun kain siang...

.

.

.

.


Putri Santubong Audiowani : keayuannya dikagumi zaman berzaman.







Ooh.. Sajinjang Putri...

Menumbok padi malam...

.

.

.

Putri Sejinjang Onggonsari : sifat2 kepahlawanan tidak melenyapkan ciri2 ketimurannya.
.

Satu hari nya duak kelaie
Beranok-ranok sik renti-renti
Sorang madah dirik bagus agik
Sorang sik kalah walau sampei ke mati

.

Suatu hari diorang gaduh, gaduh mulut la.. non-stop punya quarrel. Puncanya bila masing2 rasa diri lebih cantik. Pastu dua2 tak nak mengalah.

.

.

.



Kedua2 puteri sedang khusyuk berkelaie menurut gambaran pelukis
.

Udah lejuk nya duak kelaie
Lalu betukuk nya duak puteri
Sejinjang mengayun aluk ke pipi
tebik Santubong sampei isok ari

.

Dah puas gaduh2, kedua puteri ni pun bercakaran la plak, dah sampai tahap 'body contact'. Sejinjang yang tak tahan sabar bantai Puteri Santubong dengan alu yang dia slalu guna untuk tumbuk padi tu. Kena pipi dia tapi kira teruk jugak la Santubong ni injured.

.

Tapi Santubong membalas juak
Lalu ditikam batang belidak
Sampei tekenak Sejinjang kepalak
Hingga betabor jadi Pulo Kerak

.

Bila dah kena, Santubong ni apa lagi. Diambik nya batang kayu belida, dia baling kat Sejinjang. Kena kepala dia sampai bertaburan. Asal usul wujud Pulau Kera tak jauh dari Gunung Santubong tu daripada serpihan kepala Sejinjang tu lah. Itu kalau ikut lagenda la..

.

.

.

.


Santubong nikam batang belidak rah Sejinjang. Yaaaaahhhh....


.

Kesah Santubong kesah Sejinjang
Asal bekawan jadi musuhan
Kinek tok tinggal jadi kenangan
Pakei ingatan sepanjang zaman
.
Itulah kisah Puteri Santubong & Puteri Sejinjang. Diorang asalnya best friend, tapi last2 gaduh. Crita ni zaman dulu punya scene, tapi masih diingati sampai skarang.

.

.

So, camana?? Dah boleh hafal??

Sunday, February 22, 2009

Onggon oh Onggon..!

Salaaam.. kamboh kita sari duak tok leh penutupan secara misteri & tiba2 'Blog Ngerepak Onggon'. 1st of all, aku bukan lah bemaksud nak jadi jurucakap Onggon atau sapa2. Tapi sebagai sorang yang nang dah kenal lamak ngan Onggon, aku tegerak ati ajak nak molah entri tok, skada tatapan tak urang yang ngkali rindu ngan nya.

Onggon tok nang jenis urang yang cepat molah decision. Sukar diramal. Kadang2 mudah berterus terang, kadang2 penuh misteri. Mun ekot tafsiran kitab lamak, nya tok ada unsur-unsur api, ada pengaruh unsur-unsur aik (bait2 tak urang..!). Aku tok jenis lambat molah keputusan, dan memiliki unsur aik sepenuhnya. Part2 selain ya, nang ada beberapa pesamaan lah.

Dipendekkan cita kita tok, lepas ku nanggar entri Onggon madah nak nutup blog ya, maka ku pun sms nya pagi Sabtu ya juak, nanyak apa cita tang ada nak ngundur dirik indah. Nya jawab simple jak, dah tiba masa ngundur dirik!

Sik puas ati ku ngan jawapan ya. Pasya bertubi2 soalan ku tanyak, apa problem, apa dalil nya nak nutup blog. Tapi sigek msg pun sik dilayan! Sian ku ngenang ku mpun, betepok sebelah tangan..

Malam minggu, ku coba nasib agik :

Baruk lah ada respon :

Jawapan nya dah capei target ya makin lah ku sik pat terimak. Pasya ditambah lagik ngan 'soal idup mati'! Apa jak lah kerol tok..!! Tapi, at least dah ada klu. That's mean nang bena lah ada something...


Sesi pujuk memujuk pun bermula lah :


Tapi mangsa pujuk tok nang ada liat sikit :

Maka dipendekkan lagik cita kita nok udah pendek ya, sepanjang ari Minggu tadik, bersambong lagiklah sesi besoal jawap, sesi mujuk, sesi kaunseling, sesi besepak terajang dan berbagai sesi lagik lah. Kepak jarik bersms, kaka lam tipon. Kepak betipon, bersms. Arum bulak hp ku dah menjus muka ngan aku.

Ada beberapa pekara lah nok sik dapat ku publish ngan masyarakat antarabangsa, atas sebab2 tertentu. Sukor juak nya maok beterus terang. Cuma yang dapat ku padah sitok, Onggon dah pikir balit keputusannya nak bersara dari blogging :

Soalnya nektok, adakah khairul onggon akan tepati janji nya ya...?? Dan sejauh nie 'kekesalan' nya ya tek?? Sama2 kita nanggar. Ku arap bena lah. Malas ku nak nanyak nya "Bena Tuk Pok?"