Thursday, May 14, 2009

Kraftangan Daripada Putung Rokok

Salam. Bila terbaca entry AmirFX pasal rokok 2 3 hari lepas, aku terpikir samting. Rasanya dah lama kita tak buat kelas kraftangan, kan. So aku disaided untuk buat kraftangan lagi untuk entry kali ni - 'Mari Membuat Kraftangan : episod 2'. Aku cenderung menggunakan barang2 terbuang, jadi kali ni kita akan buat kraf ringkas daripada putung rokok. Bahan senang dapat.

Bahan asas : Putung rokok.



1. Ambil putung rokok, buang pembalut sehingga tinggal bahagian 'filter :
.





2. Panaskan salah satu bahagian hujungnya :

.

3. Buat pecahan pada bahagian hujung yang satu lagi sehingga membentuk kelopak :

.

4. Panaskan setiap hujung kelopak sehingga kelihatan runcing sedikit :

.

5. Guna kreativiti anda untuk membuat gubahan sendiri, sama ada untuk kad, gubahan, hiasan dinding atau apa saja. Aku prefer yang ringkas cam ni :

.

.

.

.

.

.

Tadaaaaaa......

.

.






Tacap2 sikit :






Pandai2 la tambah aksesori. Untuk sample kat atas tu, aku guna batang cangkul yang dipotong. Aku mintak belas ikhsan deripada makcik sebelah rumah.

Boleh dibuat hadiah harijadi atau cenderamata sempena selesai berkhatan.

Selamat Mencuba...

Thursday, May 7, 2009

Alkisah Cinta 4 Segi - Episod 2 : Isot vs. Kiah

Sedutan episod lalu : Sila rujuk last entry, senang cita..




* * *




Masa : 5 petang

Lokasi : Poh Nyan Kopitiam


Meriah. Hingar bingar. Pemandangan daging2 merah bergantungan di hadapan Kopitiam Poh Nyan itu tambah merimaskan Isot.

"Maka banyak gik kedei minum rah pasa tok, kedei tok juak dimaok leh Udin.." Isot merungut sendirian.

"Salah ku mpun juak. Yang aku tek alu maok, sapa nyuruh.." fikirnya lagi. Dia terus menunggu, keseorangan di suatu sudut.

Dan keboringan itu membuatkan Isot mula berfikir tentang Pawi. Kerana Pawi, Isot mencari lelaki bernama Udin. Demi Pawi, Isot gagahkan juga tenaga wanitanya menjejaki Udin sehingga ke kampung Kelupis.

Dan pencarian itu berakhir semalam, jam 5 petang. Isot memperbodohkan diri seumpama perempuan gila menahan Udin di jalanan. Semuanya demi Pawi.

Hari ini, juga jam 5 petang, Isot menunggu Udin. Demi Pawi lagi? Begitulah sepatutnya.

Tapi terasa ada sedikit kelainan di jiwa Isot. Apakah dengan hanya jarak masa 24 jam itu mampu menjadikan segalanya berbeza? Selemah itukah jiwa seorang wanita? Perempuan jenis apakah aku ini? Bukankah 24 jam yang lalu, aku dengan segenap keyakinan melafazkan pada Udin, betapa cinta dan sayang seorang wanita itu tidak akan beralih arah biar ribut taufan yang melanda?

Apakah hati ini sudah mula melupakan Pawi, untuk beralih arah kepada Udin? Tidak! Aku tetap menyayangi Pawi. Kenangan2 bersama Pawi sentiasa segar, tak pernah susut.

Tapi... semua kenangan itulah yang sedang membunuh perasaannya saat ini. Perlahan, tapi amat berbisa. Isot terasa sebak.

Udin tidak juga muncul. Isot terus melamun.

Apakah Udin memang tidak akan muncul? Mungkinkah janji Udin semalam hanyalah untuk 'melepaskan diri' daripada terus diganggu oleh desakan2 dari Isot?

"Bagus juaklah Udin tok sik datang. Pa guna mun sekadar molah kenangan baru. Aku juak makin merana kelak.." Monolog Isot seakan merajuk.

Terus menunggu...
.
.

Isot cuba berimajinasi, menghibur hati. Bagaimana andai Udin pula melamarnya selepas ini? "Well, Udin pun OK juak". Kalau dibuat perbandingan antara Udin dan Pawi memang sukar untuk menentukan siapa yang benar2 juara. Serba serbi setanding..Andai Pawi adalah Ji Hyun Woo, Udin pula Ahn Yong Joon. Isot tersenyum sendirian. Tapi, itu dari segi luaran.
Dalaman?

Ada satu kelebihan dalam diri Udin, yang tidak dimiliki Pawi. Tapi Isot tidak pasti apakah itu sebenarnya. Adakah pada sikapnya? Atau cara pertuturannya? Kalaulah Isot mengenali Udin sebelum Pawi..
"Ah.. apa yang aku tauk pasal Udin ya..? Baruk sekali jumpa. Ya pun sik sampei 10 minit bekelakar."

Dalam keriuhan Poh Nyan Kopitiam, Isot terus tenggelam dalam lubuk kesunyian dan kesayuan diri..
.

"Kali dah nasib aku camtok. Sampei bila lah ku terus dibulak olaki ... Aku jak ngegeh2.." Isot semakin sebak.

.

Menunggu lagi...

.

.

"Kedak urang bodo jak ku tok eh.. Udin tok nak datang kah sik??"
.





* * *





Masa : 5 petang


Lokasi : Berhampiran Poh Nyan Kopitiam


Sambil langkah dihayun, sesekali Udin mengimbas pertemuan dengan Isot semalam. Sungguh, pertemuan itu mengundang berbagai rasa. Marah berbaur kagum.

Kenapa harus ditanya lagi tentang Kiah? Betapa bencinya Udin bila mendengar nama itu. Setelah sekian lama nama itu cuba dihapus, sedikit demi sedikit, bersama terhakisnya sekian banyak memori silam, kehadiran Isot bagai menghancurkan ketenangan yang baru hendak bertapak kembali di hati Udin. Bagaikan kota yang dibina berabad2 lamanya, kemudian runtuh dalam beberapa saat. Begitulah kegagahan, keegoan dan keperkasaan insan bernama lelaki. Akan lemah juga bila dihadapkan dengan cinta wanita.

Cemburu. Betapa dalamnya perasaan Isot terhadap Pawi. Kalaulah Kiah sesetia Isot... dan kalaulah Udin mengenali Isot sebelum Kiah... atau.. kalaulah diri ini adalah Pawi yang memiliki Isot..,

"mena2 kagum ngan kitak, Isot!" Itulah kata hati Udin kala ini. Di mata Udin, Isot seorang gadis selamba. Itulah salah satu ciri gadis idamannya.

Ah Nyan Kopitiam kini berada hanya beberapa meter di hadapan. Udin terus menghayun langkah. Dan ketika Udin berada betul2 di hadapan pintu masuk kopitiam...

"Bang Udin..." Telinga Udin menangkap suatu suara yang memanggilnya. Melilau mata Udin mencari2, lalu terpandanglah...

"Kiah..?"

.


* * *


"Pa kaba kitak tek?" Udin mula menyapa, dengan suara seakan berbisik.

Kiah hanya tersenyum, menggetap bibir manisnya. Matanya memandang ke arah lain.

"Kamek OK jak. Sihat. Mmm.. biasa2 jak." Jawab Kiah, seakan tergagap2.

Senyap.

"Sapa ngan kitak tek?" Soalan Udin seperti dipaksa2.

"Mek.. sorang jak." Kiah masih tergagap.

Senyap.

Kiah tertunduk. Udin terus memerhati Kiah. Seri wajah Kiah tetap seperti dulu. Udin tiba2 terasa kaku dan kelu.

"Ehemm..!" Kebuntuan Udin dan Kiah bagai disergah seseorang. Keduanya serentak menoleh..

"Betelor naga mek nunggu rah dalam, kat luar tok nya duhal.. eh, ada sitok ko tek Kiah? Ne Pawi ne?"

Kiah terpinga2. Udin hanya terdiam.

"Err.. Kiah! Tok Isot.. Nya..."

"Bekas gerek Pawi!" Isot mencelah, melengkapkan ayat Udin.

"Owh..Bekas Gerek Pawi... Sama lah kita.." Balas Kiah ringkas.

Udin kembali merenung Kiah. Sekali lagi Kiah menundukkan wajah.

"Jadi, kitak ngan Pawi...?" Udin menuntut kepastian.

.
Kiah terdiam, namun itu sudah cukup untuk memberikan jawapan kepada soalan Udin.

"Mungkin tok balasan bagi kamek, Bang Udin. Terlalu besar mistake mek tok. Kitak... sudi maapkan kamek?" Terketar2 bibir Kiah. Langsung tidak memandang Udin.

"Best eh.. Kira nak balit agik lah tek.." Isot mencelah dari jauh.

Terganggu dengan reaksi itu, Udin segera mendapatkan Isot yang berada jauh sedikit daripadanya dan Kiah.

"Isot! Tok antara kamek ngan nya. Kes kita duak dah setel, ok..! Ingat apa dikelakar kita rimarek? Kitak cuma maok Kiah ngan Pawi separate, nak? So, kitak dah dapat apa dimaok kitak. Antara kitak ngan kamek, dah sekda apa2 urusan agik. Clear enough..?" Udin bersuara.

Isot tersentak. Umpama baru tersedar dari mimpi. Matanya dipejam, lalu kelihatanlah aliran jernih dan halus di pipi. Terasa dunia gelap tiba2. (kerana matanya terpejam?).

Isot tidak mampu lagi menahan perasaan. Lalu, sepantas kilat dia berlari, beredar meninggalkan Udin. Isot terus berlari dengan gerakan slow-motion, sesuai dengan alunan muzik. Berlari tanpa tahu arah destinasi. Hanya itu yang mampu dilakukannya kini ...



* * *


.

...T A M M A T...
Moral dari kisah ini : Jangan makan atau lepak di kedai makan yang diragui status halalnya.

Sunday, May 3, 2009

Alkisah Cinta 4 Segi : Udin dan Isot

Udin mematikan langkah. Perjalanan pulang ke rumah itu terhenti oleh kemunculan seorang gadis di hadapannya. Entah dari arah mana munculnya gadis manis itu, Udin kurang pasti kerana fokusnya ketika itu hanyalah untuk cepat sampai ke rumah dan berehat menghilangkan keletihan bekerja sepanjang hari. Pastinya gadis itu bukan dari Kampung Kelupis, fikir Udin. Udin langsung tidak mengenalinya.

"Kitak Bang Udin nak? Gerek Kiah anak Ngah Leman." Gadis itu memulakan bicara seusai berbalas salam.

"Aok, kenak?" Jawab Udin.

"Lamak dah mek ncarik kitak, nak kelakar ngan kitak. Lelah mek betanyak urang sia sitok, last2 dapat juak mek jumpa kitak. Kamek dari Kampong Celorot seberang ya. Kamek tok Isot, gerek Pawi. Kenal kitak Pawi?"

Udin menggeleng2 kepala tanda blur, seraya hatinya berkata "Patut juak nama ko tok Isot, nang sot juak. Tapi rupa boleh tahan."

"OK, sik hal. One day kelak kitak akan kenal juak nya. Mmm... kitak ngan Kiah camne..? Mek nengar ada masalah.."

Udin yang masih keletihan dek kerja2 seharian sebagai store keeper itu semakin tension dengan kehadiran wanita misteri tersebut. Blur nya semakin menjadi2.

"Apa dimaok kitak tok sebenanya? Kitak ncarik kamek sampei sitok semata2 nak cita hal kitak? Hal gerek kitak? Pasya alu nanyak pasal gerek urang.. pa kata kitak direct to the point jak.!"

Isot tetap tenang dengan reaksi Udin. Dia bukan jenis wanita yang cepat gelabah. Dia terus menerus kontrol ayu.

Dengan nada tenang, Isot menambah, "Gerek kamek Pawi ya dah curang ngan kamek. Nya ada gerek lain."

Udin menjeling wajah lembut Isot. Ayu. Secantik Kate Winslet, bisik hati Udin. Kenapa ada lelaki yang sanggup meninggalkan gadis secantik Isot, fikir Udin lagi.

"Jadi, apa masalahnya ngan kamek? Kamek tok bukannya bomoh.." Balas Udin sambil tersenyum sinis. Namun jauh di sudut hatinya, terdetik juga rasa belas dengan nasib yang menimpa Isot.

"Masalah nya.. Pawi begerek ngan Kiah, gerek kitak ya..!" Isot mula meninggikan suara. Wajah lembut ala-ala Kate Winslet itu kini bertukar garang iras2 Lara Croft.

Kini giliran Udin pula kontrol macho. Dengan perlahan dia mengalihkan pandangannya.

"So, kitak nak nyalah kamek lah..?" Tanya Udin dengan gaya ego.

"Bukan mek nak nyalah.. tapi nak mintak tolong kitak. Kita tok senasib, bang Udin.. Tok dah bukan poblem mek sorang, tapi poblem kita. Gerek kamek dah begerek ngan gerek kitak. Mek harap kitak paham maksud kamek."

Udin mengeluh panjang.

"Dah urang sik sayang agik, ginei nak molah. Soal hati, ne pat kita nak maksa.." keluh Udin selamba.

Tersentak dengan jawapan Udin, Isot merapati Udin. Direnungnya tepat ke wajah Udin.

"Kitak sik sayang ngan Kiah kah? Kiah ya gerek kitak. Sikkan kitak sekda rasa apa2 bila ditinggal gerek. Nya nak lari, ditandah lari. Alu sekda usaha nak ngator balit." Luah Isot dengan nada sedikit marah. Wajah Lara Croft nya semakin ketara.

"Hey! Untuk pengetahuan kitak, lamak dah mek nak melupak hal tok, tauk kitak. Dah macam2 cara mek mujuk Kiah. Last2 kamek coba terimak hakikat yang kamek akan idup tanpa Kiah. Banyak agik mpuan di dunia tok koh..Yang kitak tek sayang gilak ngan Pawi ya pa hal? Hensem gilak kah olaki nama Pawi ya?" sempat Udin menyindir dalam geram.

"Ensem sik ensem, ya bukan soalnya. Nak nama ati ompuan tok, mun skali dah sayang, nya mena2 sayang. Ribut topan melanda pun, cintanya sik akan beralih arah."

"Sik beralih arah? Nya lah ya.. kedak Kiah.."

"Bang Udiiiin.... kitak nak nulong kamek kah sik..?..kitak polah la sesuatu. Coba dapatkan Kiah ya balit. Alu nikah terus tak duak.. Tolonglah Bang Udin.."

"Nak molah apa lagiiik..? Mun kamek dapat balit Kiah ya pun, kompom kah Pawi balit ngan kitak??" Udin mencipta persoalan.

Isot terdiam bungkam. Wajahnya tertunduk seakan menahan sebak.

"OK lah, OK lah.. Camtok jak. Segaok2 kamek tok, sik juak mek kempang nandah kitak camtok. Kitak balit jak dolok. Kamek pun nak balit rumah juak, nak mandik pa indah. Baruk balit keja tek bah. Pasya mek coba mikir camne kita nak setel hal tok. Kita jumpa agik isok, time tok juak tapi rah kedei minum Poh Nyan. Sik ketara gilak ditanggar urang. Kitak pun sik jaoh juak nak ngagak kamek, nak? Camne, OK?"

Isot Hanya mengangguk perlahan tanda setuju. Sebelum mereka berpisah, Isot sempat merenung mata Udin beberapa kali. Ada sesuatu dalam pandangan mata itu. Yang pastinya bukan taik mata, tapi sesuatu yang sukar digambarkan dengan kata2..
.
.
.
.

Ini bukanlah wajah Udin atau Pawi, jauh sekali Isot mahupun Kiah. Tapi hanya lah wajah penulis blog.

.

.

.


BERSAMBUNG..

Thursday, April 23, 2009

Try bersajak lok pok!




Ribut @ Kafe Bunda

April 21

Kafe Bunda kau menjadi saksi segalanya

betapa aku (dengan kawan2)

bagai kerasukan terawang-awang di puncak kenikmatan

(menikmati nasi ayam penyet)




namun...

tika usai segala yang afdal

tika ceritera mahu dipintal (mek urang baruk nak rilek2 pas makan)

hadir ribut mengundang seribu kekalutan

menghambur tempias hujan dan segala kedamaian rasa




aku 'terpenyet' .. melukut di sudut

merakam detik tragedi

menunggu munculnya mentari ...

(aku pun sik tauk agik apa nk direkod ku time ya. Mata betutup, ntam angin kuat lak..)












Thursday, April 16, 2009

Sidang Akhbar Bersama Pelakon Utama Filem Spread Bread

Tarikh : 15.04.2009
Tempat : Dewan Masyarakat Sungai Maong
Masa : 8.30 pagi




Seawal jam 8.00 pagi, dewan telah penuh sesak dengan para wartawan media hiburan dan pengunjung. Pelakon Su iJamm dan pengarah Audio mengambil tempat di depan kerana barisan pelakon lain serta krew2 filem enggan hadir. Mereka 'malu kedirik'.Tepat jam 8.30 pagi sidang akhbar pun bermula tanpa segan silu.

Wartawan : Sepertimana yang kita maklum, saudara selaku pelakon utama filem Spread Bread, iaitu filem terbaru terbitan 'Bulakdajak Entertainment', baru-baru ini telah pun menggondol kesemua 64 kategori award yang dipertandingkan dalam Anugerah Filem2 Terpinggir Asia 2009 yang telah berlangsung dengan gilang gemilangnya di Shyowll Royal Hall a.k.a. Dewan Siol di Semariang. Jadi, apa perasaan saudara setelah meraih kejayaan luar biasa tersebut?

iJamm : Saya amat bersyukur, dan berterima kasih di atas sokongan yang saya terima daripada semua pihak.
Kepada peminat2 semua, tanpa anda saya takkan berada di sini hari ini. Kerana saya datang ke dewan ini tadi pun menumpang motosikal salah seorang peminat saya.
Kepada para juri dan jura (isteri kepada juri), sekurang-kurangnya segala penat lelah saya belanja anda makan selama ini telah membuahkan hasil.
Terima kasih kepada pengarah filem ini, yang saya anggap sebagai ibu angkat saya iaitu Miss Audio, yang tak jemu2 memberi tunjuk ajar kepada saya cara2 menganyam bakul daripada daun singkel. (dengan nada pilu)... Anda telah banyak bekorban untuk saya.


(Audio yang duduk di sebelah kelihatan sedang mengesat air mata. Beberapa orang peminat cuba mendekati untuk memberi gulungan tisu tandas, tetapi berjaya dihalang oleh pihak keselamatan dewan, dengan bantuan pasukan berkuda)


Wartawan : Difahamkan bahawa filem 'Spread Bread' ini adalah hasil ciplak daripada 'Spread Love' karya pengarah SyFazidawaty, betulkah begitu?

iJamm : Yup! (sambil mengangguk) Memang betul. Pada mulanya memang timbul rasa tidak puas hati SyFazidawaty, tetapi kemudian perkara ini telahpun diperbincangkan. Pihak Audio bersetuju memberikan royalti, cuma bukan berbentuk wang tetapi dalam bentuk sumbangan beras dan gula.

Wartawan : Boleh saudara ceritakan secara ringkas bagaimana saudara boleh berjaya hingga ke tahap sekarang ini?

iJamm : Sekali lagi saya ingin tekankan, saya begitu terhutang budi kepada Miss Audio. Beliaulah yang telah menggilap bakat saya selama ini. Sebelum ini saya hanyalah seorang 'tea lady' di sebuah kilang memproses kulit ayam untuk dibuat talipinggang. Daripada situ...

Wartawan : Err.. maksud saya tahap demi tahap. Step by step.

iJamm : Kejayaan saya ini tak banyak tahap. Dua tahap je. Tahap tea lady, lepas tu terus ke tahap menjadi seorang pelakon.

(para wartawan dan penonton mengangguk2 kepala sebagai tanda kagum)

Wartawan : Selepas kejayaan filem animasi 'Spread Bread' ini, adakah saudara akan teruskan karier saudara sebagai pelakon animasi, atau mungkin akan muncul lagi dalam 'spread Bread 2 : The Revenge' misalnya?

iJamm : Owh.. Sudah tentu tidak. Sebetulnya saya telah dihujani banyak tawaran berlakon daripada ramai pengarah separti Yusuf Haslam dan yang lain-lainnya, tapi saya telah menolak tawaran tersebut atas sebab-sebab peribadi. Even baru2 ni, pengarah Steven Spielberg pun pernah menyuarakan hasratnya untuk mengambil saya berlakon dalam filem terbaru beliau 'Doraemon The Movie' di mana saya ditawarkan watak Nobita. Tawaran tersebut dibuat semasa pertemuan kami di Bukhari Cafe 2 hari lepas. Namun, setelah mempertimbangkan faktor2 ekonomi dan alam sekitar, saya terpaksa tolak juga.

Wartawan : Seterusnya, apa pesanan saudara kepada anak2 muda di luar sana yang mungkin berminat untuk menceburi bidang lakonan animasi ini?

iJamm : Pesanan saya ringkas je. Kepada golongan muda yang mempunyai bakat, ada minat serta berhasrat untuk bergiat dalam arena lakonan animasi ini, pesanan ikhlas dari saya, elok sangat lah kalau anda batalkan hasrat tersebut. Ini kerana bidang ini hanya manjanjikan glamor yang sekejap. Lepas tu anda akan kembali ke bentuk asal.

.
.
.
.
.
.



Imbas kembali : Di sebalik kejayaan merangkul anugerah pengarah terbaik, Audio banyak mendapat kritikan daripada peminat ekoran aksi2 gediknya pada malam anugerah tersebut.



Tuesday, April 14, 2009

buttonkeyboardkurusak

salam.mestitakurangerankenakentrykujadicamtokrupanya.yalahakibatnyabilabuttonkeyboardrusakdansikbefungsisepenuhnya.1buttonspacing-sebabyalahsekdaspace,wordnyabesambong2camtok.adamemberkusuggestkumakeibuttonnoktahpakeingantispaceya,tapikurasasikpraktikaljuakcozmunkumakeinoktah,makinlahkonfiusurangmacakelak,setiapwordadanoktah,alupeninpalaktakurangkelak.munmakeikomaatausimbol2lainapatahlagik.2buttonshift&capslock-sebabyalahsekdahurufbesar.tapisikpalah,untukentryakandatang,kumakeikeyboardbaru.moraldarikesahtokadalah-hargailahkeyboardandadanhargailahsetiapbuttonyangadatermasuklahbuttonbajudanseloajeananda.setiapsatuyaadaperanandankepentinganmasing2.p/smunadakeyboardlebihderma2lahdenganaku.yajaktek.salam.

Wednesday, April 8, 2009

Teknik2 Merungkai Misteri

Salam. Dua tiga hari ni, aku agak bz dengan macam2 aktiviti. Tambah2 lagi aku sedang dalam proses mengapgredkan rekaan replika rumah tradisional yang aku buat skarang. So, kalu kualiti dah up, dah tentu price pun boleh up, kan..
Tapi dalam bz2 tu, sempat jugak la jenguk2 khairul onggon yang balik bercuti ke Sarawak, walaupun kedatangan dia kali ni penuh dgn kesibukan (kesibukan yang mungkin dibuat2).
Ok, kita kembali ke tajuk asal - Teknik2 Merungkai Misteri. Anda selalu berdepan dengan masalah kawan2 bermisteri? Sudah bosan dengan misteri di sekeliling anda? Mari kita belajar teknik2 merungkai misteri dengan kaedah 'pukau muka sposen'.

Teknik pertama adalah untuk meneka nombor rahsia. Ini boleh digunapakai bila seseorang enggan memberitahu sesuatu maklumat berkaitan angka, seperti umur, tarikh lahir, nombor rumah etc.

Contoh : Walaupun telah didesak beberapa kali oleh SyFazidawaty aka Ojie, Odio tetap enggan memberitahu umur sebenar itik peliharaannya. Maka Ojie pun meng'apply'kan teknik pukau muka sposen yang dituntutnya daripada usu kesayangannya, iaitu Su iJamm.

Ojie pun menyediakan 6 keping kad (lebih pun boleh) tertulis angka2 berikut :









Dengan muka sposen, Ojie berkata kepada Odio "OK lah Bro Odio, camtok jak. Kamek nak maksa kitak pun sik guna juak. Biarlah usia itit kesayangan kitak ya jadi rahsia kitak. Biarlah rahsia, kata Siti Nohalija. Tapi kamek ada sigek permintaan. Boleh sik kitak padah ngan kamek, dalam kesemua 6 igek kad tok, kad ne nok ada tercatit umur itit ya?"

Maka, sebagai seorang jejaka macho yang penuh dengan sifat2 keibuan, Odio pun dengan rela hati bersetuju. Pada fikirannya, kalau hanya dengan menyatakan kad mana ada tertera angka rahsia itu (umur itik), mana mungkin Ojie dapat detect.

Setelah puas membelek2 kad, Odio pun menjawab "Umur itit kamek ya ada dalam kad nombor 1, 2, 4 & 6."

Setelah itu, Ojie pun melihat kad2 nombor 1, 2, 4, & 6 yang ditunjukkan oleh Odio tadi secara seimbas lalu. Dengan senyuman kegirangan, Ojie berkata "Owh.. jadi umur itit kitak ya 43 taun lah hoh..!"

Odio yang terkejut kuda terus tercengang seraya berkata "Aih! Camne tak boleh tauk..?"

Rahsianya : Ojie hanya perlu menjumlahkan angka2 sudut atas kiri bagi setiap kad yang ditunjukkan oleh odio, iaitu kad no. 1, 2, 4 & 6 :

.

kad nombor 1, angka sudut atas kirinya ialah 1

kad nombor 2, angka sudut atas kirinya ialah 2

kad nombor 4, angka sudut atas kirinya ialah 8

kad nombor 6, angka sudut atas kirinya ialah 32


Maka dijumlahkanlah : 1 + 2 + 8 + 32 = 43. Maka jawapannya adalah 43!


p/s : Ketika anda membuat pengiraan, jangan menampakkannya kepada rakan anda. Guna kreativiti anda supaya dia tak perasan yang anda sedang mengira. Pesongkan perhatiannya tanpa memesongkan aqidahnya..


Bagaimana kalau maklumat yang bukan berbentuk nombor, seperti nama seseorang? Di bawah ini Su iJamm perturunkan teknik kedua yang dimodifaid dari teknik pertama. Teknik kedua mungkin agak rumit sedikit berbanding yang pertama kerana melibatkan huruf2 yang perlu ditukarkan kepada angka. Jika anda tidak gemar menghafal, anda memerlukan jadual mudah ini :


Jadual Urutan Huruf :

A = 1, B = 2, C = 3, D = 4, E = 5, F = 6, G = 7,

H = 8, I = 9, J=10, K=11, L=12, M=13, N=14,

O=15, P=16, Q=17, R=18, S=19, T=20, U=21,

V=22, W=23, X=24, Y=25, Z=26



Contoh : Suatu hari, ketika sedang menikmati shisha di Ah Nyan Kopitiam, terjadilah perbualan berikut di antara Zatil & Kerol Antasha :
.
Zatil : Sapa hero kitak ya, Kak Keroll??
.
Kerol Antasha : Rahsia!!
.
Zatil : Lewat wak kitak tok Kak Keroll.. Kita kan sama2 belaja kat institut kanak2 bermasalah dolok, sikkan dah lupak.. Kamek kan junior kitak, ingat sik??.. padah la kak..!!
.
Kerol Antasha : Rahsia!!
.
Zatil : Sik pa lah kak keroll, Kitak sik mok madah pun sikda hal. Sik mek nanyak agik. Tapi boleh sik mun kitak madah ngan kamek huruf2 namanya ada lam kad ne.."

Maka Kerol Antasha pun tidak keberatan untuk memberitahu kerana pada sangkaannya, adalah mustahil Zatil boleh tahu rahsianya dengan cara sedemikian. Seperti nasib Odio, Khairul Antasha pun sebenarnya sudah terpukau. Dia sudah termakan pujuk rayu wanita sihir bernama Zatil itu.

Zatil mula bertanya bermula dari huruf pertama dan seterusnya. Dengan tersipu2, Khairul Antasha memberi jawapan berikut :
Huruf pertama ada dalam kad nombor 1, 2, 4

Huruf ke-2 dalam kad nombor 1

Huruf ke-3 dalam kad nombor 1, 4, 5

Setelah mencatit jawapan2 yang diberikan Khairul Antasha, Zatil pun kembali ke rumahnya dengan gembira. Sesampainya di rumah, Zatil pun memulakan langkah merungkai misteri.

Caranya :

Langkah 1 : Tukarkan huruf2 di sudut atas kiri kepada nombor, berdasarkan jadual urutan huruf.

Langkah 2 : Untuk setiap jawapan yang diberi, gunakan cara yang sama seperti teknik pertama (kes Odio vs. Ojie), iaitu menjumlahkan angka2 sudut atas kiri.

Langkah 3 : Untuk jumlah angka tersebut, rujuk kembali jadual urutan huruf dan anda akan mendapat jawapan sebenar!

Langkah seterusnya : Lu kira lah sendiri...






SELAMAT MENCUBA........