Masa : 5 petang
Lokasi : Poh Nyan Kopitiam
Meriah. Hingar bingar. Pemandangan daging2 merah bergantungan di hadapan Kopitiam Poh Nyan itu tambah merimaskan Isot.
"Maka banyak gik kedei minum rah pasa tok, kedei tok juak dimaok leh Udin.." Isot merungut sendirian.
"Salah ku mpun juak. Yang aku tek alu maok, sapa nyuruh.." fikirnya lagi. Dia terus menunggu, keseorangan di suatu sudut.
Dan keboringan itu membuatkan Isot mula berfikir tentang Pawi. Kerana Pawi, Isot mencari lelaki bernama Udin. Demi Pawi, Isot gagahkan juga tenaga wanitanya menjejaki Udin sehingga ke kampung Kelupis.
Dan pencarian itu berakhir semalam, jam 5 petang. Isot memperbodohkan diri seumpama perempuan gila menahan Udin di jalanan. Semuanya demi Pawi.
Hari ini, juga jam 5 petang, Isot menunggu Udin. Demi Pawi lagi? Begitulah sepatutnya.
Tapi terasa ada sedikit kelainan di jiwa Isot. Apakah dengan hanya jarak masa 24 jam itu mampu menjadikan segalanya berbeza? Selemah itukah jiwa seorang wanita? Perempuan jenis apakah aku ini? Bukankah 24 jam yang lalu, aku dengan segenap keyakinan melafazkan pada Udin, betapa cinta dan sayang seorang wanita itu tidak akan beralih arah biar ribut taufan yang melanda?
Apakah hati ini sudah mula melupakan Pawi, untuk beralih arah kepada Udin? Tidak! Aku tetap menyayangi Pawi. Kenangan2 bersama Pawi sentiasa segar, tak pernah susut.
Tapi... semua kenangan itulah yang sedang membunuh perasaannya saat ini. Perlahan, tapi amat berbisa. Isot terasa sebak.
Udin tidak juga muncul. Isot terus melamun.
Apakah Udin memang tidak akan muncul? Mungkinkah janji Udin semalam hanyalah untuk 'melepaskan diri' daripada terus diganggu oleh desakan2 dari Isot?
"Bagus juaklah Udin tok sik datang. Pa guna mun sekadar molah kenangan baru. Aku juak makin merana kelak.." Monolog Isot seakan merajuk.
Terus menunggu...
.
.
Isot cuba berimajinasi, menghibur hati. Bagaimana andai Udin pula melamarnya selepas ini? "Well, Udin pun OK juak". Kalau dibuat perbandingan antara Udin dan Pawi memang sukar untuk menentukan siapa yang benar2 juara. Serba serbi setanding..Andai Pawi adalah Ji Hyun Woo, Udin pula Ahn Yong Joon. Isot tersenyum sendirian. Tapi, itu dari segi luaran.
Dalaman?
Ada satu kelebihan dalam diri Udin, yang tidak dimiliki Pawi. Tapi Isot tidak pasti apakah itu sebenarnya. Adakah pada sikapnya? Atau cara pertuturannya? Kalaulah Isot mengenali Udin sebelum Pawi..
"Ah.. apa yang aku tauk pasal Udin ya..? Baruk sekali jumpa. Ya pun sik sampei 10 minit bekelakar."
Dalam keriuhan Poh Nyan Kopitiam, Isot terus tenggelam dalam lubuk kesunyian dan kesayuan diri..
.
"Kali dah nasib aku camtok. Sampei bila lah ku terus dibulak olaki ... Aku jak ngegeh2.." Isot semakin sebak.
.
Menunggu lagi...
.
.
"Kedak urang bodo jak ku tok eh.. Udin tok nak datang kah sik??"
.
Lokasi : Berhampiran Poh Nyan Kopitiam
Sambil langkah dihayun, sesekali Udin mengimbas pertemuan dengan Isot semalam. Sungguh, pertemuan itu mengundang berbagai rasa. Marah berbaur kagum.
Kenapa harus ditanya lagi tentang Kiah? Betapa bencinya Udin bila mendengar nama itu. Setelah sekian lama nama itu cuba dihapus, sedikit demi sedikit, bersama terhakisnya sekian banyak memori silam, kehadiran Isot bagai menghancurkan ketenangan yang baru hendak bertapak kembali di hati Udin. Bagaikan kota yang dibina berabad2 lamanya, kemudian runtuh dalam beberapa saat. Begitulah kegagahan, keegoan dan keperkasaan insan bernama lelaki. Akan lemah juga bila dihadapkan dengan cinta wanita.
Cemburu. Betapa dalamnya perasaan Isot terhadap Pawi. Kalaulah Kiah sesetia Isot... dan kalaulah Udin mengenali Isot sebelum Kiah... atau.. kalaulah diri ini adalah Pawi yang memiliki Isot..,
"mena2 kagum ngan kitak, Isot!" Itulah kata hati Udin kala ini. Di mata Udin, Isot seorang gadis selamba. Itulah salah satu ciri gadis idamannya.
Ah Nyan Kopitiam kini berada hanya beberapa meter di hadapan. Udin terus menghayun langkah. Dan ketika Udin berada betul2 di hadapan pintu masuk kopitiam...
"Bang Udin..." Telinga Udin menangkap suatu suara yang memanggilnya. Melilau mata Udin mencari2, lalu terpandanglah...
"Kiah..?"
* * *
Kiah hanya tersenyum, menggetap bibir manisnya. Matanya memandang ke arah lain.
"Kamek OK jak. Sihat. Mmm.. biasa2 jak." Jawab Kiah, seakan tergagap2.
Senyap.
"Sapa ngan kitak tek?" Soalan Udin seperti dipaksa2.
"Mek.. sorang jak." Kiah masih tergagap.
Senyap.
Kiah tertunduk. Udin terus memerhati Kiah. Seri wajah Kiah tetap seperti dulu. Udin tiba2 terasa kaku dan kelu.
"Ehemm..!" Kebuntuan Udin dan Kiah bagai disergah seseorang. Keduanya serentak menoleh..
"Betelor naga mek nunggu rah dalam, kat luar tok nya duhal.. eh, ada sitok ko tek Kiah? Ne Pawi ne?"
Kiah terpinga2. Udin hanya terdiam.
"Err.. Kiah! Tok Isot.. Nya..."
"Bekas gerek Pawi!" Isot mencelah, melengkapkan ayat Udin.
"Owh..Bekas Gerek Pawi... Sama lah kita.." Balas Kiah ringkas.
Udin kembali merenung Kiah. Sekali lagi Kiah menundukkan wajah.
"Jadi, kitak ngan Pawi...?" Udin menuntut kepastian.
"Mungkin tok balasan bagi kamek, Bang Udin. Terlalu besar mistake mek tok. Kitak... sudi maapkan kamek?" Terketar2 bibir Kiah. Langsung tidak memandang Udin.
"Best eh.. Kira nak balit agik lah tek.." Isot mencelah dari jauh.
Terganggu dengan reaksi itu, Udin segera mendapatkan Isot yang berada jauh sedikit daripadanya dan Kiah.
"Isot! Tok antara kamek ngan nya. Kes kita duak dah setel, ok..! Ingat apa dikelakar kita rimarek? Kitak cuma maok Kiah ngan Pawi separate, nak? So, kitak dah dapat apa dimaok kitak. Antara kitak ngan kamek, dah sekda apa2 urusan agik. Clear enough..?" Udin bersuara.
Isot tersentak. Umpama baru tersedar dari mimpi. Matanya dipejam, lalu kelihatanlah aliran jernih dan halus di pipi. Terasa dunia gelap tiba2. (kerana matanya terpejam?).
Isot tidak mampu lagi menahan perasaan. Lalu, sepantas kilat dia berlari, beredar meninggalkan Udin. Isot terus berlari dengan gerakan slow-motion, sesuai dengan alunan muzik. Berlari tanpa tahu arah destinasi. Hanya itu yang mampu dilakukannya kini ...
owh tedah anak...mcm ya ending nya tek..hmmm
ReplyDeleteyoh..sad ending....
ReplyDeleteKedak cita tambi jak... Nway, cita tuk nang best...
ReplyDeletenang ada..yg best nya ada moral value juak..mun kedak ya, kenak berhati-hati mun makan rah kedey d pasar ya...
ReplyDelete.. dan kerana hati yang terlampau kechewa gundah gulana duka nestapa.. akhirnya mereka semua membawa haluan masing-masing.. walaubagaimanapun takdir tidak akan sesiapapun dapat menyangkal.. akhirnya keempat-empat mereka bertemu kembali, bekerja di bawah satu bumbung di sebuah opis penyelidikan yang terletak sik jaoh dari taman puteri.. kiah menjadi typist/ operator , isot menjadi lab assistant, pawi menjadi computer technician dan udin menjadi PRA di opis mekrang tok..
ReplyDeleteadakah cerita ini adalah rekaan semata-mata tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang mati??..
nang terror ku tok ijam, ijam.. abis seopis2 mekrang masok lam cerpen ko tok.. :D ngee..
hahahaaaaa... peras kmk maca ending cita... bok nk meleleh airmata... alu pandei priz indah... nk besttt...
ReplyDeletebleh sambung agik tok..banyak persoalan kat penghujungnya..
ReplyDeletesikkan abis camya ajak..
klak i ngarahnya..hehe
benar tok pok..
sian ngan isot ya terngesot2nya nangis negembak dirik berekot..
yoh.. kecewa meh ngan ending tok ... kenak la sik di polah jak isot ia ngan udin ... kiah ia sak nya rasa, sik boh nak dimaapkan ompuan kedak ia... amik la isot ia jadi gerek eh ... :D
ReplyDeleteNdak ku pandei nak madah apa-apa sitok...mena tok pok??? Ngereco kitak tok ehhh
ReplyDeletepa jak kah moralnya..sekda alu aksi2 makan heheh..klak polah la sambungan pasal anak2 sidak gik hehe..
ReplyDeleteKhairulAntasha>
ReplyDeleteada gik endingnya, pi kitak ya mok cepat, alu jadi camya jak lah nya..
WhiteTulip>
ginie nak molah, nang salu nya camya..
AmirFX>
tok cita tambi srwak. nya sekda menari begoleng2 tas rumput.
Kelebar Malam>
baguslah mun ktk dah paham moral nya ya. boh nak lepak2 rah kedei poh nyan agik.
dukunlintah>
camya lah ending dimaok ku... last2 alu pecah kubah bulat rah opis sidak 4 ya tek.
embun malam>
ekon kitak sejok gilak nak, ya lah aik mata pandei freeze indah.
am-rie>
ku ingat nak molah nya besambong agik, sak panjang gik cita. Pi ku takut tak orang ngamok agik, alu rami2 nunok blog tok. Ya nya singan ya ajak.
sara jane>
boh kecewa, lain kali kita becerita agik. cita antu k..
BgRazak>
Nie da ngereco ya.. cita tok ditulis sambil kamek mpun nagis2 ngempas dirik. kotan nak menghayati tek nak..
heinsen>
boleh, boleh.. kisah cinta 16 segi anak2 daknya.
apo ktk mdh ado seratus lbh episod? bulak aihhhh... tp moral cito ktk tuk nang berlari-lari anak dari jln cito la... hihi~~~
ReplyDeletewell done su iJamm!!! teruskan berkarya!!!
yarn>
ReplyDeletesepatut nyo camyo lah, tapi dh diringkas2 jadilah 2 episod jak.
thanx atas perhatian..
Aaaaa...sedih duhal ending nya.. tedah lok ehek..
ReplyDeleteYerrrrrdeeehhhhh. Nang bes cita tok k drama swasta lam tibi eh.
ReplyDeleteyahh ending lok...malas nak madah eh!.. hahahha..ngesak ati li jakkk ending...uwaaaa
ReplyDeleteaudio>
ReplyDeletepandei sedih juak odio tok duhal.
zatil>
k drama korea pun ok wak nak?
felicia>
camya lah slalunya belaku..
su ijam tuk ehh!dats not d ending!x mok2!polah ending lain su ijam...huuu..
ReplyDelete