Friday, March 27, 2009

Mari Me'recycle' Blog Audio

Salam. Aritok kita salu nengar urang kaka hal pencemaran, pemanasan global & kesan 'rumah hijau'. Kepada sapa2 yang rumahnya dicat wana ijo aka gadong, boh tokrang bingong. Ya nang sekda kaitan langsung.

Kajaan menggalakkan kitar semula (recycle). Ya salah satu cara untuk ngurang pencemaran, di samping dapat menjimatkan kos & menjana pendapatan. Maka salu kita nanggar urang ngumpul dak tin2 kosong, niuspeper lamak, botol plastik, kaca, taya lamak & bamper keta pakei jual pasya direcycle. Mun di area aku bukan takat manusia ajak keja kumpul mengumpul barang2 tok, dak asuk dak pusak pun dah pandei ngerugak tong2 sampah, semata2 nak ncarik tin pakei jual.

Kinektok ku nak ngajak tokrang sama2 merecycle blog! ..dan blog yang menjadi pilihan adalah blog Audio 'Audio's world'.









Kenal sik Odio ya?
Bulak mun madah sik penah nengar. Sapa sik kenal odio, penjenayah siber yang gemar menganiaya insan2 yang lemah dengan menyuperimposkan gamba2 daknya.

Kenak mesti blog odio?
Sebab lam blog nya banyak gamba2 & bahan2 yang boleh dikitar semula.

Apa benda nak dapat direcycle dari blog ya?
Gamba2 lah!

Camne nak recycle gamba2 ya?
Ya lah nak madah tok! Kita akan molah rancangan 'Mari Menghafal Lirik (part 2) : Ulek Mayang'. Jadi, untuk memudahkan proses hafalan, kita akan gunakan gamba2 yang dah sedia ada dalam 'kiriman yang lebih tua' (older post) dari blog odio.

Ulek Mayang?
Mesti biasa dengar lagu tok nak? Bagi yang belum tauk, lagu rakyat dari Trengganu tok sebena nya ada 2 versi, versi asal & versi yang dipermodenkan. Versi asal dikatakan telah wujud sejak zaman sebelom kedatangan Islam ke Tanah Melayu. Ya lebih kepada pemujaan & melahirkan kekagooman terhadap kecantikan 7 Puteri. Upacara biasanya dilakukan di tepi pantei dengan ketua upacara berada di tengah2 para penari. Sebelom upacara, ketua akan membangkitkan semangat mayang, pasya baruklah upacara dimulakan.

Versi yang dipermodenkan adalah lebih mudah bahasa & liriknya, saknya dapat dinikmati oleh semua golongan. Nya lebih bertujuan untuk hiburan serta mengekalkan tradisi. Versi tok lah yang kita biasa dengar ya. Dah dimodified & dipermudahkan senikata nya, tapi liriknya boleh tahan juak panjang. Slamat menghafal..........






Ulek Mayang



rangkap 1 :
.
Ulek mayang ku ulek
ulek dengan jala jemala
ulek mayang diulek
ulek dengan tuannya puteri


rangkap 2 :
.
ulek mayang diulek
ulek dengan jala jemala
ulek mayang diulek
ulek dengan puterinya dua


rangkap 3 :
.
puteri dua berbaju serong
puteri dua bersanggul sendeng
puteri dua bersubang gading
puteri dua berselendang kuning
.
.

.
.



Puteri Dua berbaju serong


Entry : He'll Be The Prince And I'll Be The Princess (Feb 20, 2009)




rangkap 4 :
.
umbok mayang diumbok
umbok dengan jala jemala
nok ulek mayang diulek
ulek dengan puterinya empat
.


rangkap 5 :
.
puteri empat berbaju serong
puteri empat bersanggul sendeng
puteri empat bersubang gading
puteri empat berselendang kuning
.
.
.

.

Puteri Empat bersanggul sendeng

Entry : Vision 2020 (Feb 24, 2009)


rangkap 6 :
.
*ulang rangkap 4, baris terakhir tukar kepada 'puterinya enam'



rangkap 7 :
.
puteri enam berbaju serong
puteri enam bersanggul sendeng
puteri enam bersubang gading
puteri enam berselendang kuning




.
.
.



Puteri Enam bersubang gading


Entry : Natives (Mar 4, 2009)
.

rangkap 8 :
.
*ulang rangkap 4, baris terakhir tukar kepada 'puterinya tujuh'




rangkap 9 :
.
puteri tujuh berbaju serong
puteri tujuh bersanggul sendeng
puteri tujuh bersubang gading
puteri tujuh berselendang kuning




.

.






Puteri Tujuh berselendang kuning

Entry : Vision 2020 (Feb 24 2009)




rangkap 10 :
.
*ulang rangkap 4, baris terakhir tukar kepada 'Tuan Puteri'





.
rangkap 11 :
.

Ku tahu asal usulmu
yang laut balik ke laut
yang darat balik ke darat
nasi berwarna hamba sembahkan





.





.



Yang laut balik ke laut

Entry : The Conversation (Mar 1, 2009)





.





Yang darat balik ke darat

Entry : The Conversation (Mar 1, 2009)
.






rangkap 12 :
.

Umbok mayang ku umbok
umbok dengan jala jemala
pulih mayang ku pulih
pulih balik sedia kala




.




.

.




.




.




.




.




.




.





Tok nang sikpat dipulihkan agik dah..

Entry : Vision 2020 (Feb 24, 2009)
.

.

.

My fav. pic from Audio's Blog. 4 kumang finalist. From left : Miss Debak, Miss Serian, Miss Betong & Miss Lundu.





Heiiiii, Audio,..Audio...

Wednesday, March 25, 2009

Entry Khusus Untuk para followers & pengunjung..hehe


Salam. Dalam beberapa hari lagi akan masuk bulan April, bermakna dah genap 3 bulan usia Blog 'Bena Tuk Pok?'. Pernah gak aku terpikir nak tuka nama blog tapi last2 tak jadi. Biar la aku stay dengan nama ni, malas nak tukar2.

Sepanjang 3 bulan ni apa yang aku dapat? Pertamanya, berat badan aku naik 6kg, maknanya purata sebulan naik 2kg. Bayangkanlah kalau aku terus berblog sampai ujung taun, dah tentu akan naik sampai 18kg lagi...

Kedua, semestinya aku dapat teman2 baru, i mean korang lah. Daripada korang aku dapat banyak ilmu, tips, pengalaman yang korang kongsikan dan tak kurang pentingnya,.. keceriaan. Pasal tu la weight aku naik..

So, entri kali ni khusus aku compose untuk mengucapkan setinggi-tinggi TERIMA KASIH kepada korang, yang selama ini terus menyokong dan memberi galakan kat aku. Kepada follower2, thanks banyak2 sebab sudi bagi perhatian pada blog yang merapu ntah apa2 ni. Jumlah follower yang seramai 63 orang stakat ni pun dah kira ok gak kan..?? Moga akan terus bertambah in future.

Kepada pengunjung2 lain pun aku nak ucap banyak2 terima kasih sebab sudi baca dan bagi komen.

Bagi aku, korang suma dah boleh dikategorikan sebagai 'blogger tegar' yang aku cukup2 respek & kagoom. Dalam kehidupan realiti seharian aku, 'karya2' korang memang banyak membantu.

Aku mintak maaf kalau ada entry2 aku yang kurang menyenangkan ati korang. Juga aku mintak maaf sebab kadang2 aku jarang2 masuk blog kawan2. Biasalah, bz ni bermusim.

Aku dah cuba hasilkan satu logo untuk tatapan korang, yang mana aku harap dapat menceritakan bagaimana perasaan aku semenjak aku melibatkan diri dengan blog.

Cuma aku harap korang jangan la kutuk or gelak dengan apa yang aku nak tunjukkan ni. Logo tu memang tak lawa, very simpel.

Tapi, dalam 'kesimpelannya' aku cuba masukkan ciri2 ni :


- keceriaan


- kerajinan


- sentiasa bersedia


- kesetiaan follower


- saling sapot menyapot


- luas pandangan




Aku kalo bab2 design, memang slalu kena sindrom 'lack of konfiden'. Nak tunjukkan ni pun, aku terpaksa pikir 61 kali. Segan laa nak bagi korang tengok. Tapi kalo aku tak tunjuk, rasa 'not delicious heart' (tak sedap ati) lah pulak.


Kalau ada sapa2 nak ambik logo tu untuk simpanan, sila lah ambik. Itu pun kalau ada lagi ruang2 kosong kat blog korang yang boleh diselitkan benda nih. Tapi ingat, ini amaran. Kalau korang letakkan logo ni kat blog korang, kebarangkalian untuk blog korang 'jatuh standard' adalah amat tinggi! Pikir2kanlah sebelum mengambil risiko.


Nak wat camne, ini je la yang idea aku can effort.......

.



.



.



.



.



.



.





Friday, March 20, 2009

Geram bangat..!

Tauk kenak ku geram?? Dari taun lepas hp ku nang ndak alah2 poblem. Mun tepon mahal tek rindok wak ati, tok takat sony w300i. Setel sigek poblem, datang sigek poblem lain. Memula skrin sik nampak (sik 'kampak' kata anak buah ku). Pasya speaker molah hal. Dah setel hal speaker, mike gik rusak. Macam2... Arum bulak, blanja mikik tepon ya dah sama rega tanah! (Tanah nak dijual lam plastik k nanam bunga...)

Maka, dengan hati yang nekad, pada 17 & 18 Mac riya, Su iJamm telah mengambil langkah bijak, drastik & pragmatik dengan menyertai... Jeng...Jeng...Jeng... Kursus Membaikpulih Telefon Bimbit anjuran Jabatan Ketua Menteri, dikendalikan Institut Usahawan Muda (Err..kursus basic jak la..., boh tokrang ekspek ku dah pandei molah hp brand dikmpun). Tempat kursus ya nuuun di ujung dunia - Biro Wanita. Nama jak Biro Wanita, pi tempatnya lam utan tebal sblah Tmn Sukma.

Memandangkan kursus tok nggak 2 ari, nya dipolah full swing, dari pagi sampei malam. Ofkos la ada time rehat, diberik minum pagi, makan tengahari, minum petang & makan malam.




Mmm... Nang nyams. Mun Fazidawaty 'the nabau girl' nanggar tok, kompom ngempas dirik..!!




Kehadiran lebih 50 orang peserta dari Kuching & Smrhan. Semua peringkat umur ada sia, daripada miak kecik umur 13 taun, sampei yang 'kurang kecik' dalam umur 40an. Pi miak kecik ya nang boleh tahan juak, duaknya rajin & fokus. Tok lah peserta termudak tek :





Dalam apa2 situasi pun, golongan rompuan nang salu nya di depan (betapok i ngambik gamba tuk pok!) :






Antara 'senjata2' utama :





Kesimpulannya, walaupun kursus tok adalah kursus asas, etlis nya dah mukak minda serta ngubah persepsi aku tentang bidang mikik hp. Bifo tok aku pikir repair hp lebih kurang sama ngan bidang repair tibi. Duhal tek sik, ekuipmen nya pun berbeza. Sik sama. Bifo tok aku anggap mikik hp tok susah distudy, coz tokrang pun tauk hp boleh dikatakan berubah hampir stiap ari dari segi teknologi & design nya. Semestinya ilmu ya mok di apdet tiap2 ari, pikir ku. Tapi tenaga pengajar ya (urang melaya 2 orang) madah "kalau korang dah boleh repair hp Nokia 3310, korang takde masalah nak repair keluaran2 terbaru, sebab walau macamana canggih pun design hp tu, basic dia tetap sama. Pusing2 pun kat situ jugak.." Dia cakap camtu ah.. eh... nya madah camya lah..

Skali skala bila ada masa senggang n boghing, ku isi dengan molah hasil kerja tangan :


Introducing...... Tadaaaa...... Mentadak besi daripada twizer & skru driver.






Corak samarinda daripada mesin blower...

.

.


Kerongsang daripada souldering wire


Peserta2 diberik (dipinjam) tepon sigek sorang untuk 'dirusah'. Masin2 disuruh mukak tepon pasya cabut dak isik perut nya, pasya pasang balit. Best molah keja ya. Nokia 3100 yang menjadi mangsa otopsi aku :







Setelah penat membanting tulang merepair tepon, kami disajikan dengan acara minum petang :


Tok sidak bakal usahawan tepon kah sidak kumpulan peterpan??



Kepada tokrang yang blom penah join kursus tok, mun ada peluang masa akan datang, ku rekomen mena2 lah agar tokrang join. Nang bagus. Mun tokrang sik beminat nak jadi usahawan bidang tok pun, sekurang2 nya tokrang tauk asas2 ilmu mun tepon tokrang rusak. Sik lah malar jak kenak tipu urang time ngantar repair. Sukati jak urang ngecas. Dipadah daknya rusak camtok2, tuka camtok2, aok ajak. Maka tek sigek ajak waya putus. Cas sampei RM70+..!

Mun tokrang dah ada ilmu, apa2 simptom penyakit hp kita, kita dah tauk punca nya. Mun nak ngantar repair, juz padah jak direk ngan tokei ya, tpon tok rusak part skian2. Bila nya nanggar kita tek macam dah paham hal2 penyakit tpon, kompom nya sik bani nak ngenjen kita sukati.

Sigek lagik, time meli tepon baru, mun tokei ya madah ori, cayak wak kita. Coz sikpat nak cam nak nie ori nak nie sik. Rupa sama, rega lebih kurang. Contoh nya aku mpun lah, hehe... Dalam kursus ya baruk ku tauk, hp ku tok sebenanya sik ori..! Oh tidakk, Tipah tertipu lagi bang.!

Kursus 2 ari ya dirasmikan penutupannya oleh YB Haji Mohd Naroden Bin Haji Majais, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Pembangunan Usahawan Bumiputera) dan Menteri Muda Perancangan dan Pengurusan Sumber pada kira2 pukul 4.30 petang, 18hb Mac 2009. Pasya mek urang diberik sijil oii...



Sunday, March 15, 2009

Mari Membuat Kraftangan...

Salam. Slamat betemu kembali setelah hampir seminggu ku 'terlantar' kenak selauk bantal riya. Bukan sik penah kenak seblom tok tapi nak kali tok nang sengaja power. Sik alang-alang. Merik salam time solat pun takat 40 darjah ke kanan, 45 darjah kerek. Sikpat penoh. Tapi alhamdulillah, tok dah ok. Nektok geruk ku dah dapat noleh 360 darjah.

Kita tinggalkan dolok kesah selauk bantal, coz ku nak molah kelas kraftangan ngan tokrang tok. Sik susah, simple2 jak, k. Kita makei bahan2 nak senang dapat kat sinie2.

Tokrang ada sik member2 jenis nak malas bebasuk tapak mangkuk, esp rompuan? Mun ada, pakata tokrang meriknya hadiah. Rasanya hadiah paling sesuwai sik lain sik bukan.. SPAN. Tapi sik kan tokrang nak merik span begala camya ajak nak.. Alangkah molek nya mun span ya diberik sentuhan kecundang sikit, sak nya lebih terkesan di hati, bermain di jiwa.. Justeru ya aritok kita blaja cara2 molah cenderamata eksklusif daripada span cuci tapak. Sedia..?? Kita mulakan...


Bahan asas : span




Langkah 1

Ambik bahagian sudut span, pasya jait ngan jarum & benang macam lam gamba debah. Mulakan jait dari tengah pasya lilitkan 2 3 kali sambil menjerut rah sudut span ya tek. Pasya ikat terus.
.









Langkah 2

Polah cara yang sama rah sudut sigek gik. Maka jadilah rupanya camtok:




Langkah 3

Ambik bahagian tengah, pasya jerut dengan benang, & ikat, akan menghasilkan bentuk tok :






Langkah 4

Gunakan kreativiti tokrang mpun dengan nambah aksesori. Pakei jak apa2 nak ada depan mata, suma boleh jadi. Tadaaa...







Dah siap!! So, boleh juak dijadikan hadiah kepada urang tersayang. Senang di ngkah kat sinie2. Gantong @ lekat di dindin coz nya ringan. Samat mencoba..

Tuesday, March 10, 2009

Aku Gik Injured..

Salam. Due to geruk & bahu ku kenak muscle pain aka 'selauk bantai' kategori ganaz, sehingga mewujudkan keadaan kurang slesa untuk molah apa2 aktiviti 2 3 ari tok, aku nak rest dolok lah. Sehingga keadaan pulih sepeti sediakala, tak urang layan jak video tok. It's my faveret video, hope u enjoi da sho..

Thank U 4 wacing..

Sunday, March 8, 2009

Untukmu Rasulullah



Tenang wajah lestari namamu
Terukir indah di dalam wahyu
Tiada ternilai jasa budimu
Memimpin insan mengenal Yang Satu





Zuriat bangsawan pekerti terpuji
Al Amin digelar sanjungan diberi
Terpadam nyala api Majusi
Cahaya iman bangkit menyeri



Engkau makhluq paling utama
Engkau insan paling sempurna
Engkau hadir bagai purnama
Terangi malam gelap gelita






Ya Allah tinggikan darjat nabi kami
Tempatkan Baginda di maqam tertinggi
Walau di dunia bersua tiada
Sunnah dan sirah suburkan di jiwa





iJamm

08.04.09

07:49 pm

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDURRASUL.

SEMOGA BERTAMBAH KECINTAAN KITA KEPADA KEKASIH ALLAH,

MUHAMMAD S.A.W. ..

AMIN..

Thursday, March 5, 2009

Fire! Fire!

Slamat dinihari! Arimarek nang banyak benda sik kenak ngan aku. Ku pun sik tauk kenak.. Start pagi hp ku berolah. Mun urang call, aku dapat nengar sora, tapi caller ya sikpat nengar sora aku. So, mun ada urang call aku tepaxa 'menjemput' daknya main sms ajak lah.

Petang ku aher kuar dari tempat keja. Tempat keja ku ya area masjid jamek, sik jauh dari tempat AmirFX asa ku. Bila nanggar keluar, terpaku kejap ku ngan member ku nanggar asap bekepul-kepul di ruang udara Kuching. Mun ditanggar dari arah mek duak, macam area pasa ajak angus ya. So, mek duak member ku pun pegi lah ke pasa ..

Sampei kat pasa area open air, baruk lah ku tauk rupanya asap tadik datang dari kampung seberang. Ku sik pasti gilak kampong nie, tapi 'animal instinct' ku madah ya kampung Sungei Bedil.

Ku pun dengan bangganya coba nak ngeluar cam ku dari beg. Tapi alangkah kecewanya aku bila ku sedar cam ku tertinggal di opis! Yang ada cuma kabel pakei nyambong rah komputer. Kei apa..

So, ku rakam juak gamba ya makei hp ku nok berolah ya tadik. Hp antik keluaran taun 1868 (arum bulak).., cam nya sik sampei 2mp. At least ada juak pakei tanggar urang lain, nak.. Sikpat ku ngambik dari dekat. Bukan kerana takut kenak bahang api, tapi besesak2 dengan urang rami & kenderaan.

Alhamdulillah, dak bomba dengan 5 igek kenderaan bomba dah dapat madam api ya dari merebak. Sekda kemalangan jiwa.

Tringat ku ngan rumah dak abah khairul onggon di Sungei Bedil. Tapi mun ngekot 'animal instinct' ku agik, rumah ya jauh kit dari area nok angus ya.

Kawan2 esp. yang berada di Kuching, harap2 bersedialah untuk menderma mun diperlukan kelak. Sik derma duit, derma kain baju pun dah cukup bermakna..

Salaamm..