Wednesday, March 25, 2009

Entry Khusus Untuk para followers & pengunjung..hehe


Salam. Dalam beberapa hari lagi akan masuk bulan April, bermakna dah genap 3 bulan usia Blog 'Bena Tuk Pok?'. Pernah gak aku terpikir nak tuka nama blog tapi last2 tak jadi. Biar la aku stay dengan nama ni, malas nak tukar2.

Sepanjang 3 bulan ni apa yang aku dapat? Pertamanya, berat badan aku naik 6kg, maknanya purata sebulan naik 2kg. Bayangkanlah kalau aku terus berblog sampai ujung taun, dah tentu akan naik sampai 18kg lagi...

Kedua, semestinya aku dapat teman2 baru, i mean korang lah. Daripada korang aku dapat banyak ilmu, tips, pengalaman yang korang kongsikan dan tak kurang pentingnya,.. keceriaan. Pasal tu la weight aku naik..

So, entri kali ni khusus aku compose untuk mengucapkan setinggi-tinggi TERIMA KASIH kepada korang, yang selama ini terus menyokong dan memberi galakan kat aku. Kepada follower2, thanks banyak2 sebab sudi bagi perhatian pada blog yang merapu ntah apa2 ni. Jumlah follower yang seramai 63 orang stakat ni pun dah kira ok gak kan..?? Moga akan terus bertambah in future.

Kepada pengunjung2 lain pun aku nak ucap banyak2 terima kasih sebab sudi baca dan bagi komen.

Bagi aku, korang suma dah boleh dikategorikan sebagai 'blogger tegar' yang aku cukup2 respek & kagoom. Dalam kehidupan realiti seharian aku, 'karya2' korang memang banyak membantu.

Aku mintak maaf kalau ada entry2 aku yang kurang menyenangkan ati korang. Juga aku mintak maaf sebab kadang2 aku jarang2 masuk blog kawan2. Biasalah, bz ni bermusim.

Aku dah cuba hasilkan satu logo untuk tatapan korang, yang mana aku harap dapat menceritakan bagaimana perasaan aku semenjak aku melibatkan diri dengan blog.

Cuma aku harap korang jangan la kutuk or gelak dengan apa yang aku nak tunjukkan ni. Logo tu memang tak lawa, very simpel.

Tapi, dalam 'kesimpelannya' aku cuba masukkan ciri2 ni :


- keceriaan


- kerajinan


- sentiasa bersedia


- kesetiaan follower


- saling sapot menyapot


- luas pandangan




Aku kalo bab2 design, memang slalu kena sindrom 'lack of konfiden'. Nak tunjukkan ni pun, aku terpaksa pikir 61 kali. Segan laa nak bagi korang tengok. Tapi kalo aku tak tunjuk, rasa 'not delicious heart' (tak sedap ati) lah pulak.


Kalau ada sapa2 nak ambik logo tu untuk simpanan, sila lah ambik. Itu pun kalau ada lagi ruang2 kosong kat blog korang yang boleh diselitkan benda nih. Tapi ingat, ini amaran. Kalau korang letakkan logo ni kat blog korang, kebarangkalian untuk blog korang 'jatuh standard' adalah amat tinggi! Pikir2kanlah sebelum mengambil risiko.


Nak wat camne, ini je la yang idea aku can effort.......

.



.



.



.



.



.



.





16 comments:

  1. not bad ya bahh..disebabkan kita tok berkawan..kamek ambik n published in my blog....

    go su ijam go!! hehehe...nway,happy anniversary k blog kitakk.. :)

    ReplyDelete
  2. happy 3rd monthiversary!!kita sama2 support blog urg kita bh :)

    ReplyDelete
  3. berkawan tak salah... asal tahu batasannya... merapatkan hubungan sesama manusia! Tahniah...

    ReplyDelete
  4. Aii sape nok bejait ya tek pok??hehe...

    ReplyDelete
  5. BTF..hehehe..nait berat ktk..bagus...mkn byk2 gik sak cepat besar...hahaha

    ReplyDelete
  6. waaa...nice logo su ijam..lak mek ngkah logo yo kat blog mek.. =)

    ReplyDelete
  7. WhiteTulip>
    Thanks, ktk salah sorang 'pengomen tegar' blog kmk. Tp kblkgn tok blog ktk sikpat ajak mek masok koh.. Guard nya gaok gilak kali..

    o_o>
    Makseh2, sama cam ktk sapot kedei2 makan kat kuching tok..hehe

    irbika>
    Tahniah 2, blog irra cikebumbum pon dah meletop skrang..

    MawarKenyalangPark>
    tengkiu, tengkiu.. smoga kenyalang terbang lebih tinggi..

    Felix>
    Sapa2 sudi njait, enjen ya public propeti bah..

    Bg Razak>
    Boloh, boleh..kelak ngkah gamba kitak juak sia..

    Khairul Antasha>
    Nang bagus nait berat, asal jangan jadi kedak onggon..hehe

    Ojie>
    Eh,..supan mek dikomen leh sidak design tuk..

    ReplyDelete
  8. Ekekeke..ada mesen jait ndah ekeke. Anyway, happy aniversary blogging hehe. Yalah, ku lamak2 tok jarang juak mengomen2 blog urang. Bukannya pa, kebizian melanda ba ehek..

    ReplyDelete
  9. Terima kasih juak ngan ktk sudi jdi geng blog kmk. Sama2 kita mghiburkan hati kawan2 dgn idea2 n entri2 yg sik secanggih urang lain. Tapi jdi lah asal mghiburkan..

    ReplyDelete
  10. not delicious heart mun kmk sik ambik logo yo SuiJamm sbb gap tangga kmk. logo yo ado sentimental value eh mpun..apopun, teruskan berkarya dlm blog!

    ReplyDelete
  11. Audio>
    Ya lah. Bz ngan dak coldplay nak..Tq

    kirana>
    Ngibur ati urang sambil ngibur ati dikmpun..

    Yarn>
    Thanks, yarn. Not delicious body (sik nyaman badan) aso tuk dah..

    ReplyDelete
  12. Hahaa... Ada pisok dak segala ehhsss.... K k... Aku ambik k engkah lam blog kelak...

    ReplyDelete
  13. Ekeke. Kiut ada logo ya. Aaa...kedak logo sekolah ada juak...

    ReplyDelete
  14. makasih su Ijamm..okey what award tu..anda puas lakukannnya?, kami suka coz ada rasa anda sudah puas hati walo x sepenuhnya. Tapi yg penting CUBA

    ReplyDelete

kOMEN JE..