Wednesday, October 26, 2011
Thursday, October 13, 2011
Tu... Kebetulan...
Salam, geng! Lamanya tak buat entry baru kan.. Blog ntah ke mana, fb ngan email pun jarang2 tengok. Twitter lagi lah. Biasa lah, manusia yang idup di muka bumi ni ada masanya lapang, ada kalanya bizi.
Ari tu, ada la sorang member antar msg, "Lamanya tak baca cerpen terbaru ngko..". Memang pun, dah lama tak buat entry cerpen. Hei.. cakap pasal cerpen ni la yang aku lemah ni.
Aku ni bukan la penulis cerpen pun. Cerita2 tu pun tak hebat mana, juz cukup untuk bacaan kawan2 je. Kalo antar kat editor kompem masuk tong sampah.
Yang pastinya, cerpen2 tu suma ori. Bukan cedok atau saduran dari buku, majalah, sinetron atau mana2 penerbitan. Cuma, aku ambik kisah2 sebenar sekeliling aku, then modified la sikit2 jalan cita dia. Dulu masa join kursus penulisan, penceramah ada cakap, cerpen dan novel adalah kisah masyarakat. So, ambillah kisah2 tersebut, dan gunakanlah ia untuk menyalurkan idea2 anda. Tu bukan aku yang kata, penceramah tu yang kata.
Seronok jugak bila kawan2 blogger bagi respon. Tapi.. di samping respon berbentuk komen, aku ada terima jugak respon2 lain yang dihantar melalui SMS. Aku ambik satu contoh, aku pernah buat cita pasal watak Melissa yang berusaha untuk bagitau rakannya Wendy, bahawa Danny kekasih Wendy yang nak putuskan hubungan diorang. Dilema tu sebenarnya dialami sorang kawan yang bercadang nak explain kat kawan dia pasal benda yang sama. Tapi sebelum kawan tu explain kat kawan dia, aku buat cerpen berdasarkan kisah tu. Ending cita yang aku buat, dua sekawan tu jadi bermusuhan. Tak sangka plak aku, pas tu kisah kawan aku tu pun jadi sama macam dalam cerpen.
Satu lagi contoh, cerpen 'my-X, my-cayang'. Penyampaian cerita tu menggunakan catatan SMS sepenuhnya sebagai alat untuk membentuk cerita. Mengisahkan sepasang suami isteri yang bercerai, pastu si bekas suami dah jumpa pengganti. Bila pasangan suami isteri tadi dah nak rujuk balik, teman baru si suami tadi pun dengan rela hati manarik diri. Bila aku post cerpen pasal tu, tiba2 ada sorang hamba Allah (pompuan) antar msg kata dia menangis semalaman lepas baca. Sebab katanya, kisah tu sama seperti yang dialaminya sekarang. Dia berada dalam kedudukan watak perempuan yang terpaksa menarik diri tu.
Yang sebenarnya, cerpen tu kisah kawan aku yang baru bercerai dengan isteri. Oleh kerana aku memang amat2 berharap diorang rujuk balik, aku pun karanglah endingnya macam tu. Tapi, Alhamdulillah, beberapa minggu lepas tu, kawan aku tu pun betul2 rujuk dengan bekas isteri dia.
Ada satu dua contoh lagi sebenarnya. Tapi cukup la setakat tu, rasa2nya tak perlu lah nak cita semua.
OK lah, lepas ni, insyaallah aku akan buat cerpen balik (rasa nak aktif balik ni). Kali ni, harap2 lah takde sapa yang akan claim tu kisah dia, atau ending nya sama macam dalam cerpen. Itu suma tak lain dari hanya KEBETULAN SEMATA-MATA. Salam..

Anak2 buah yang spoting, bersama usu nya yang 10X lebih spoting...
Thursday, September 15, 2011
Sunday, August 21, 2011
Sibuknya Ramadhan
Salam Ramadhan (...dan Syawal). Ini entry kedua aku dalam Bulan puasa (alangkah ketinggalannya aku..). Selain kesibukan puasa dan nak raya, aku disibukkan juga dengan benda lain. Bulan puasa ni, orang lain bizi dengan bisnes kuih, juadah, kurma, tudung, butang baju melayu, songkok dan lain2 yang seangkatan dengannya. Aku pulak dengan bisnes lain. Bagi blogger2 yang dah lama mengikuti blog ni, mesti dapat agak. Tak lain dan tak bukan, benda2 ni lah :
Replika Rumah Baruk Kaum Bidayuh (10cm x 10cm). Cenderamata wajib bagi pelancong berjiwa sentimental.
Awal Ramadhan lepas, satu kedai kraf kat Kuching ni tempah 4 biji replika baruk & 1 replika rumah panjang. So far aku dah hantar rumah panjang tu dengan 2 rumah baruk, lagi tinggal 2 baruk tengah disiapkan. Alhamdulillah, rezeki Ramadhan..
2 minggu lepas raya nanti akan ada Sarawak Regatta besar-besaran kat tebingan Kuching. Ada lagi sorang hamba Allah (penjual kraf) yang awal2 dah tempah replika2 untuk gerai dia. Dia tak tetapkan berapa biji dia nak, cuma katanya "Berapa2 ko dapat molah.." (seberapa banyak ko mampu buat..). Nampak gayanya, beraya dengan replika lah aku taun ni. Alhamdulillah, rezeki..
Hari ni Ahad, so aku berehat sepanjang hari daripada aktiviti2 tu suma. Aku merayau2 sorang kat Kuching Waterfront dan Pasar Minggu Satok, sebelum singgah di bazaar ramadhan.
Kaktus di Pasar Minggu
Salah satu view Kuching Waterfront. Kat sinilah nanti akan berlangsungnya Sarawak Regatta. Kayuh jang, kayuh..!
Bangunan DUN, view dari arah betul2 bertentangan.
Ni view ntah apa2 ntah..
Esok Isnin. Maka bermula lagi lah rutin aktiviti biasa. Salam Ramadhan.
Wednesday, August 3, 2011
Mari Berpantun Edisi Ramadhan
Orang Johor shopping kat Melaka,
Sampai di Melaka panasnya terik,
Pemegang Mohor dah anounce puasa,
Bermulalah musim penyakit gastrik.
Pakai baju berlipat-lipat,
Seluar pula berkilat-kilat,
Langsir raya dah bertingkat-tingkat,
Ibadah Ramadhan yang tak meningkat-ningkat.
Kasim Selamat orangnya loded,
Siti Zubaidah memasang kabel,
Baju oversea kasut pun branded,
Zakat fitrah bila nak setel?
Negeri Sarawak aweknya cun cun,
Taknak beli terubok, beli je lah pasu,
Kreatifnya bebudak modified mercun,
Teringin ke nak pakai kaki palsu?
Anak zirafah bermain terup,
Bermain terup di tepi denai,
Bisnes kek lapis baru nak meletup,
Tauke Golden Churn pulak buat perangai.
Nak potong kobis pakailah pisau,
Lepas dipotong pegi lah cuci,
Yang dah order kek lapis, janganlah risau,
Tahun ni punya, dijamin suci.
Alangkah elok si kurma rotab,
Elok lah lagi si kurma ajmal,
Alangkah elok ko baca kitab,
daripada mengumpat tak tentu pasal.
Mintak bauhulu, sebijik pun cukuplah,
Aku nak bagi pada sang badak,
Setakat ni dulu, aku nak stop lah,
Puasa aku ni pun entah sempurna, entahkan tidak.
SEKIAN. SELAMAT BERSAHUR DAN 'BERSUNGKEI'
Sampai di Melaka panasnya terik,
Pemegang Mohor dah anounce puasa,
Bermulalah musim penyakit gastrik.
Pakai baju berlipat-lipat,
Seluar pula berkilat-kilat,
Langsir raya dah bertingkat-tingkat,
Ibadah Ramadhan yang tak meningkat-ningkat.
Kasim Selamat orangnya loded,
Siti Zubaidah memasang kabel,
Baju oversea kasut pun branded,
Zakat fitrah bila nak setel?
Negeri Sarawak aweknya cun cun,
Taknak beli terubok, beli je lah pasu,
Kreatifnya bebudak modified mercun,
Teringin ke nak pakai kaki palsu?
Anak zirafah bermain terup,
Bermain terup di tepi denai,
Bisnes kek lapis baru nak meletup,
Tauke Golden Churn pulak buat perangai.
Nak potong kobis pakailah pisau,
Lepas dipotong pegi lah cuci,
Yang dah order kek lapis, janganlah risau,
Tahun ni punya, dijamin suci.
Alangkah elok si kurma rotab,
Elok lah lagi si kurma ajmal,
Alangkah elok ko baca kitab,
daripada mengumpat tak tentu pasal.
Mintak bauhulu, sebijik pun cukuplah,
Aku nak bagi pada sang badak,
Setakat ni dulu, aku nak stop lah,
Puasa aku ni pun entah sempurna, entahkan tidak.
SEKIAN. SELAMAT BERSAHUR DAN 'BERSUNGKEI'
Tuesday, July 26, 2011
Sunday, July 17, 2011
Aduhai.., bekas Boss ku
Memandangkan dah takda idea nak post dlm entri, aku nak cita pasal pengalaman dulu2 lah. Kalau tak menarik pun, sekurang2nya untuk tatapan dan renungan je lah.
Kisah ni berlaku beberapa tahun yang lalu, masa tu aku kerja kat tempat lama, sebuah syarikat swasta somewhere kat Jln Keretapi. Tauke besar, Mr. Lim (bukan nama sebenar) memang baik sangat2. Tak pernah marah2. Bini dia Ms. Lim (pun bukan nama sebenar) incharge akaun n kewangan. Kitorang biasa panggil Madam. Dia ni pulak sedikit bengis dan agak 'gaok'. Tapi still dalam kategori baik.
Hari kedua aku kerja. Pagi tu Madam tak masuk ofis lagi. Hari tu ofis boy cuti emergency. Tengah aku belek2 n study fail2 (staf baru katakan..), tiba2 Mr Lim panggil. Memandangkan ofis boy cuti, dan aku pun takde keje penting nak dibuat, Mr. Lim minta aku pegi bank untuk bank in. Dia bagi rm300 dengan no akaun.
Aku pun tak banyak soal. Happy ada lah. Daripada aku terperap dalam opis, ok jugak skali skala pegi bank. Boleh tengok dunia luar. Boleh main tangkap2 ular. So aku pun pegi lah ke SCB sebelah McD dengan penuh konfidennya. Tapi bila nak bank in kat mesin, ada problem pulak dengan no akaun. So aku pun rujuk la dengan amoi kaunter. Amoi kaunter pun cek, pastu dia kata "No akaun ini tak cukup. Kulang (kurang) satu nombor. Tapi kalau saya tambah satu nombor di belakang, ia akan menjadi no akaun ini, Meta**** Sdn Bhd. Adakah akaun syarikat ini yang encik maksudkan?"
Aku terdiam kejap. Bos aku takda bagi nama Syarikat. Juz no akaun je. Macam mana la aku nak pastikan?
Aku pun call Mr. Lim untuk konfirm. Takut kalau ada apa2 mistake, tak pasal2 aku yang kena blame.
Aku call, dia pulak tak angkat. Call kali kedua, pun tak angkat. Kali ketiga pun sama. Last2 aku call pulak mem dia, si Madam. Dia kan jaga bab duit kompeni, mesti la dia lebih tahu.
Aku stori dari A sampai Z kat Madam. Madam dengar je.
"OK, macam ni. You jangan bank in dulu. U tunggu sana sampai I datang. Nanti U kasi itu wang sama no akaun sama saya, ok?"
Aku pun tunggu lah dalam bank tu. Tengah aku duduk2 sambil menikmati pemandangan indah dalam bank tu, bos aku Mr. Lim tetiba call. Dia tanya apasal aku call. Aku explain lah semua.
"Kalau Meta**** Sdn Bhd memang betul lah"
"Tapi, bos. Tadi I sudah call Madam. Dia kata jangan bank in dulu. Tunggu dia datang."
"Haiyaa.. Kenapa call Madam??"
"Tadi saya call Boss, tapi Boss tak angkat. So, saya call Madam. Dia jaga akaun, mungkin dia tahu"
"Ok, macam ni. U bank in sekarang. Lepas bank in, u buang resit. Jangan bagi resit atau no akaun pada sesiapa, termasuk isteri saya!"
Lepas bercakap dengan Mr. Lim, aku termenung lagi. Macam ada yang tak kena dengan suami isteri tu. Apa masalahnya dengan Meta**** Sdn Bhd? "Lepas bank in, u buang resit. Jangan bagi resit atau no akaun tu pada sesiapa, termasuk isteri saya!" Arahan itu yang membuatkan aku rasa pelik.
Seperti yang diminta, aku pun terus ke mesin untuk bank in. Tapi, selesai je bank in, aku dikejutkan oleh suara Madam. "U sudah bank in?" Katanya sambil kontrol ayu. Dia dah berdiri sebelah aku. Aku pulak tak sempat nak buang resit tu.
Belum pun sempat aku menjawab, dia bersuara lagi. "It s ok. Juz give me the resit".
Aku menjadi tergamam. "Tapi Madam..."
"I tahu. My husband tak benarkan u bagi resit tu pada I kan? Listen! Dalam kompeni, I yang incharge financial. So, apa2 yang berkenaan financial, u kena ikut arahan I, faham?"
"Madam, he is my boss. Ur husband is my boss.." Aku seperti nak mempertahankan Mr. Lim, walaupun pada hakikatnya aku dah tak tahu nak ikut arahan siapa.
"Oraite! He is our boss. But this thing is between me n my husband. U dont know what s going on. Juz give that resit laa.." Madam seperti berbisik walaupun dengan nada marah. Last2 aku bagi jugaklah resit tu kat madam.
Dalam perjalanan balik ofis, macam2 yang aku fikir. Baru kerja hari kedua, dah jumpa benda macam ni. Tapi aku tak kisah. Kalau kena fired pun tak kisah. Dah bukan rezeki, nak buat macam mana.
Sampai je ofis, Madam dah sampai dulu. Dia dgn Mr. Lim dalam bilik. Bincang ntah apa2 ntah. Aku terus duduk kat tempat aku. Masih lagi terfikir pasal peristiwa tadi. Staf2 lain tak perasan.
Setengah jam lepas tu, aku nampak Mr. Lim keluar dari bilik, menuju ke meja aku. Aku dah redi untuk diberi 'taklimat'.
"Next time, kalau I bagi arahan, u jangan refer dengan orang lain, k. Nanti berlaku konfius macam tadi. Tapi tak apa, kami sudah bincang dan masing2 sudah clear." Perlahan je suara Mr. Lim.
Haihh.. Ingatkan aku dah nak kena bom atom tadi. Whatever lah boss.. Pepatah Melayu kata, sekilas ikan di air, sudah ku tau jantan betina. Mengingatkan kembali kata2 Madam masa kat bank tadi, aku rasa ini bukan soal konfius biasa. Macam ada masalah rumahtangga je.
Next day, tengah aku sembang2 dengan staf2 lain termasuk ofis boy masa rehat, aku bukak la cita pasal kes bank in ni. Dia orang senyum2. "Benda macam ni biasa.. Boss kita tu ada skandal. Yang kau bank in atas nama Meta**** Sdn Bhd tu, itu lah dia". Kata Larry. Joe, budak ofis boy tu pulak rupanya banyak menyimpan rahsia Boss. Kira dah tahap arkib negara dah.
Hrmm.. Betul lah tekaan aku. Tapi takpa. Aku tak masuk campur. Yang penting, aku buat kerja, hujung bulan dapat gaji. That s all.
Subscribe to:
Posts (Atom)