Sunday, August 21, 2011

Sibuknya Ramadhan



Salam Ramadhan (...dan Syawal). Ini entry kedua aku dalam Bulan puasa (alangkah ketinggalannya aku..). Selain kesibukan puasa dan nak raya, aku disibukkan juga dengan benda lain. Bulan puasa ni, orang lain bizi dengan bisnes kuih, juadah, kurma, tudung, butang baju melayu, songkok dan lain2 yang seangkatan dengannya. Aku pulak dengan bisnes lain. Bagi blogger2 yang dah lama mengikuti blog ni, mesti dapat agak. Tak lain dan tak bukan, benda2 ni lah :



Replika Rumah Baruk Kaum Bidayuh (10cm x 10cm). Cenderamata wajib bagi pelancong berjiwa sentimental.





Replika Rumah Panjang Iban (12cm x 22cm). Nak siapkan ni kena bertemankan muzik2 tradisional, barulah timbul mood.



Awal Ramadhan lepas, satu kedai kraf kat Kuching ni tempah 4 biji replika baruk & 1 replika rumah panjang. So far aku dah hantar rumah panjang tu dengan 2 rumah baruk, lagi tinggal 2 baruk tengah disiapkan. Alhamdulillah, rezeki Ramadhan..


2 minggu lepas raya nanti akan ada Sarawak Regatta besar-besaran kat tebingan Kuching. Ada lagi sorang hamba Allah (penjual kraf) yang awal2 dah tempah replika2 untuk gerai dia. Dia tak tetapkan berapa biji dia nak, cuma katanya "Berapa2 ko dapat molah.." (seberapa banyak ko mampu buat..). Nampak gayanya, beraya dengan replika lah aku taun ni. Alhamdulillah, rezeki..


Hari ni Ahad, so aku berehat sepanjang hari daripada aktiviti2 tu suma. Aku merayau2 sorang kat Kuching Waterfront dan Pasar Minggu Satok, sebelum singgah di bazaar ramadhan.




Kaktus di Pasar Minggu



Salah satu view Kuching Waterfront. Kat sinilah nanti akan berlangsungnya Sarawak Regatta. Kayuh jang, kayuh..!



Bangunan DUN, view dari arah betul2 bertentangan.


Ni view ntah apa2 ntah..



Esok Isnin. Maka bermula lagi lah rutin aktiviti biasa. Salam Ramadhan.

9 comments:

  1. Nang busy sampei twitter alu sik di pakei.. kekeke..

    ReplyDelete
  2. Homaigod.. Pampers dibah abis ya buang ke sungei sarawak alu sik jadi sidak nak berkayuh jang.. haha...

    ReplyDelete
  3. abg, aku dh lihat ktk mpun blog n pasal replika rumah panjang ya, its really amazing. nak tanya, bahan2 apa yg digunakan utk pembikinan rumah panjang ya? sebab aku kinek tok tengah molah projek ya juak. pakei suka2. aku mpun bahan dari buluh dengan kayu. harap dpt bagi info kat kmk. thanks!

    ReplyDelete
  4. nang busy usu tok eh..
    tapi sikpa masyukkk ya..hehe
    leh meli mecun air bom past tok..hehe

    ReplyDelete
  5. onggon,
    bak kata kau, gik study, heheheh..

    amirfx,
    susah carik view ya. onggon ngan rudy pun sampei aritok sik jumpa2 view ya.

    whellan,
    sama lah ya, buluh n kayu. Atap ya makei kertas berpatern nk dipakei urg molah bunga hiasan ya. Bahan2 ya suma senang dapat di kedei kraftgn n discount store.
    Ada masa klk, ku molah entry pasal bahan2 n ramuan2 nya k.

    am-rie,
    Ya lah kurang masa berblog n berfesbuk. Mun dah ok, klk aktif agik.

    ReplyDelete
  6. bertulisan baru ea...blog kitak..hehehe

    ReplyDelete
  7. Lyndawawa,
    bertulisan baru?? font baru kah?? Lamak dah yo..

    ReplyDelete
  8. twitt gik nun..huhu....kmk nang anak buah cikgu Wilington..=]ngalo??

    ReplyDelete

kOMEN JE..