Tuesday, June 23, 2009

Wabak Tag Melanda Lagi


Setelah aku pulih dari trauma pedih mata mbak ngupak bawang, aku pun terus kenak tag bertalu2 tanpa rasa kesian, dan tanpa segan silu oleh sidak blogger. Tag datang bertubi2 daripada Shaffix, Kerol Antasha, Heinsen dan lebih drpd 6,845 orang blogger lain dari seluruh rantau Asia Pasifik. Ya belum kira sidak Afrika & Eropah Utara gik.
Jadi, untuk mengelak sidak tuk dari terus beramok ngan urang kampong, aku dengan penuh rasa tanggungjawab, menjawab tag2 itteww..

1. Bekas kekasih saya adalah :~~>seorang gadis bawah umur, sebab aku masa ya pun di bawah umur juak.


2. Saya sedang mendengar :~~> Sora urang mpuan nangis. Pasya ada sora urang laki bisin2 nganoknya "apa gik kurang di umah tok?". Paduhal tek kawanku tengah mukak radio S'wak, rancangan 'Jiran Sekampong' edisi malam..


3. Mungkin saya patut:~~> nikah


4. Saya suka :~~> bila urang nanyak saya soalan no. 3.


5.Sahabat-sahabat baik saya :~~> telah mengetag saya


6.Saya tak paham : Soalan no 6


7.Saya kehilangan:~~> sila rujuk jawapan no 14


8.Ramai yang berkata :~~> kenak ko tuk berolah gilak?


9.Makna nama saya :~~> "manusia yang sik pandei nak berolah macam urang lain". Ya mun ditranslet dari bahasa sidak suku kaum Nazca di Banjaran Andes lah.. sik cayak cek tokrang sinun.


10.Cinta itu adalah :~~> *sila rujuk jawapan no 16*


11.Di suatu tempat, seseorang sedang :~~> nie ku tauk..


13.Ayat SELAMANYA membawa maksud :~~> Forever.


14.Telefon bimbit saya :~~> telah hilang


15.Bila saya terjaga dari tidur :~~> saya akan sambung tidur


16.Saya paling meluat apabila :~~> menjawab soalan no 10


17.Pesta/Parti adalah :~~> mun pesta, tempat urang rami2, kadang2 ada konsert, ada makan2, ada pameran. mun parti, macam BN, PAS, PKR, DAP, ya parti...


18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :~~> manok


19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :~~> umur warga emas!


20.Hari ini :~~>


21.Malam ini saya akan :~~> tidur


22.Esok pula saya akan :~~> bangun dari tidur


23.Saya betul-betul inginkan :~~> kepastian


24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :~~> saya dapati wajah saya dalam cermin itu sedang melihat saya..


25.Pusat membeli-belah atau arked permainan :~~> duak2 sik!!


26.Makanan Barat atau Jepun :~~> jepun barat


27.Bilik yang terang atau gelap :~~> ada masa kita pelu terang, ada masa pelu gelap. Pelik da jak soalan...


28.Makanan segera adalah :~~>makanan kedei mamak. Lom abis kita ngoder "roti ca..." alu ada roti canei depan mata. Sungguh segera makanan itu..


29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?~~> mengucap lah...


30.Siapa yang anda nak Tag?


Sapa2 lah yang sudi. Ku ngecek lam direktori tek, smua nama dak blogger dah kenak tag.


.



.



...Sekian Berita...


.

Monday, June 22, 2009

Airmata ku Mengalir Lagi



Terlebih dahulu, aku nak enaon, aku tak berniat nak buat entri emo. Aku slalu ingatkan diri aku supaya tidak mencampur adukkan dunia peribadi aku dengan blog. Biarkan orang lain dengan cara mereka, dan aku dengan cara aku.



Sering aku berfikir, perlukah aku ceritakan semua ini pada korang? Atau aku pendamkan saja?



Kata orang, airmata seorang lelaki itu mahal. Betulkah selalu terjadi begitu?



.



Petang semalam...



.



Aku sedaya upaya mencuba bertahan. Agar airmata ku tidak tertumpah lagi untuk kesekian kalinya..



.



Namun, gagal lagi..



.



dan airmataku mengalir lagi



.



.



.



.






Ya lah seksa jadi urang bujang tok koh... Tepaksa bemasak dikmpun. Part bemasak paling ku sik suka lah part motong bawang...



..Pedih mata leh nya..

Friday, June 19, 2009

Gamba Sipi-sipi?

Penah sik tokrang masok sigek blog, lam blog ya banyak gamba sipi-sipi. Tapi dalam banyak2 gamba ya, ada sigek gamba hampir2 perfek, w.pun still sipi2 juak :









Ku sik tauk ya gamba sapa, adakah gamba tuanpunya blog, ataupun beradik nya, ataupun kawan nya, atau sapa2. Pi gamba ya nang nyuruh urang kuries. Camnie ndak upa wajah sebena nya o..? Tokrang kuries sik? Misteri sungguh..
Mun lah ada gamba lain ngeso belah kanan muka nya, nak best. Dapat juak dicantum jadi sigek. Tapi, dah puas ku ngerugak blog ya, sik juak jumpa gamba muka sebelah agik.

Tapi nak, bila pikir2, mestilah bagian muka sebelah lagik sama belen macam sebelah nya. Sikkan lah mun muka belah kanan kedak muka fieza, belah kerek tek pandei rupa amirfx indah, nak? So, dah sekda cara lain, kedong dah ada muka half, kita coba polah half sigek lagik, dengan imej tebalit :










Bila dicantum, alu jadi camtok :







Aih!! Kenak tang pelik jak upa nya o...? Daguk ya tajam semacam jak. Owh........... patut lah....! Gamba ori ya sik senter duhal. Teberong sikit. Tanggar tokrang frame nya, runcin ke debah. Pakata kita nyuruhnya senter. Pusin kit camtok :










Pasya try cantum skali lagik :










Mmmmmmm...... lom juak setel. Kita tambah jak lah part nk kosong ya.. :










.. camtok lah rupa nya kali ..

Tuesday, June 16, 2009

Mood

Bz, letih, penat, tired, lelah, 'kepa'. Itulah keadaan aku dalam minggu2 kebelakangan ni. Sampaikan tak larat nak apdet blog @ masuk blog kawan2. Ditambah lagi line yang ndak alah-alah poblem, makin menurun lah kerajinan untuk berblog.

Bz sangat2 sebab minggu ni ada Majlis Rumah Terbuka Gawai di Kuching Waterfront (12-14 Jun). Memang la aku tak terlibat dalam mengurus persembahan tarian2 tradisional, atau jadi trafik pengawal lalulintas. Tapi sebagai salah seorang penggiat kraftangan (hish!) walaupun secara part time, aku kena lah jugak membizikan diri.

Kawan aku dah dapatkan satu stall kat situ, jadi aku pun mengejar masa nak sediakan replika2 rumah tradisional untuk didisplay. Bersengkang mata sampai kul 2 pagi sudah semestinya menjadi amalan.







Nak buat benda2 macam gini memang menyeronokkan kalau ada minat. Tapi kena fokus, dan yang lebih penting, mood kena selari (angin mesti cun kata org Sarawak). Kalau mood tengah down, kena lah buat samting supaya mood boleh diaktifkan, sama seperti mengaktfkan GPRS. Terpulanglah pada individu, masing2 ada cara tersendiri.

Kalau aku, aku biasanya akan belai pusak2 (kucing) aku, sambil sekali sekala 'bertarung', dan kadang2 aku sembang2 dengan 'anak2 angkat' aku tu.

Hari pertama Majlis rumah terbuka (Jumaat 12 Jun), sebenarnya aku tak sempat nak siapkan satu replika rumah baruk Bidayuh. Baru 50% je siap, memang dah komfem tak akan sempat aku display untuk majlis tu. Malam nya nanti aku ada plan nak jumpa blogger Shah aka Shitsurei Shimashita - Nagaperang, yang baru 1st time datang Kuching. Aku taknak buat temujanji siang sebab gerenti tak cukup masa.

Tengahari tu aku curi2 masa sebelum solat Jumaat pegi waterfront, nak tengok persediaan tempat jualan. Sampai2 je, ntah camana blogger Felix (Bujang Lellang) yang separa-rabun (menurut pengakuan beliau sendiri) dengan Shah boleh spot aku kat tengah2 lautan manusia, padahal bukannya penah jumpa pun sebelum ni.

Malam tu, abis je pesta, Shah pun datang. Borak2 panjang skit. Pastu dia call AmirFX. Aku kata elok sangat la sebab aku pun tak penah lagi jumpa Amir w.pun sama2 kat Kuching. Ingin jugak nak tengok muka AmirFX.

AmirFX pun sampai dengan blogger Rusty n Apeez. Bila pandang je Amir, aku rasa macam familiar plak. Amir pun sama, word pertama tekelua dari mulut dia "Macam kenal jak o..."

Bla..bla..bla..pot pet pot pet.. kesimpulannya... Amir ni member lama aku rupanya!

Then, Amir call Felicia Ahmoi. Ah moi pun datang, skali ngan Fieza. Dan di mana ada Fieza, di situ lah ada sedara kemba nya Nieza. So, malam tu, fes time aku tengok siaran secara langsung aka live rupa Fieza, Nieza n Felicia.

Aku tak sempat nak bertepuk tampar ngan Fieza n Nieza, atau betarit rambut ngan Felicia yang mesra alam. Shah yang pemalu segan nak duduk dekat2. Tak cukup masa nak beterajang ngan AmirFX n Rusty. Tapi aku rasa hepi sangat2 la malam tu sebab jumpa diorang sekaligus.

Mood aku dah aktif balik. Lebih kurang kul 11 lebih camtu, aku sampai rumah, terus aku sambung kerja2 aku yang tak siap. Sampai skarang aku macam takcaya yang aku boleh siapkan satu replika yang baru siap 50% dalam masa tak sampai satu jam, malam tu jugak!

So.. aku dah jumpa cara baru nak aktifkan mood - jumpa Blogger!



Dalam kemeriahan Majlis Rumah Terbuka ya, bila aku terpandang jak scene tok :









Mengingatkan aku pada sesuatu. uhuk...uhuk... :


.



.



.



.




Slamat Penganten Baru Pezal aka Odio! Mintak maap ku sikpat join majlis ya. Sempat wish makei email jak ariya. Lom da rezeki nak jumpa secara live..


Saturday, June 6, 2009

Syair : Tiga Cleaner

Sila baca rangkap2 syair di bawah dengan speed yang perlahan supaya anda boleh menikmati 'feel' nya. Kalau boleh, lagukan dengan irama syair asli.




Syair Tiga Cleaner


Tersebutlah kisah tiga wanita
menjadi cleaner itulah kerjaya
tekun dan jujur dalam bekerja
mulia pekerti lembut bicara


cleaner 1 bernama Dara
cleaner 2 Jijot namanya
Semah pula sahabat mereka
Tiga cleaner sehati sejiwa


Opis hour habis la sudah
bersiap mereka balik ke rumah
opis terletak di Jalan Sekamah
rumah sewa nun jauh di Malihah


on the way mereka menuju ke bus-stand
dirapat motosikal dua budak eksen-eksen
handbag Jijot disentap penuh saspen
Jijot menjerit mengalahkan siren


Kudrat cleaner usah disanggah
mereka bukan golongan yang lemah
tampil Semah dengan amarah
motosikal ditigak rebah ke tanah


peragut terjatuh ditrajang gik rah palak
entah-entah patah serakak
nasib sik beterabur jadi pulo Kerak
Dara dan Jijot lelah belarak


Semah oh Semah usah kau ghairah
anak urang jangan dirusah
mun nya mati kau yang salah
masok jel sapa yang susah


Mujurlah melimpas kereta polis
peragut ditangkap tak upaya menepis
polis yang gagah bermuka manis
sambil nya nganok "kau tok nang iblis!"


Begitulah kisah tiga cleaner
cerita ini tidaklah glemer
tiada dikhabar dalam niuspaper
hanyalah syair seorang blogger



Slamat ber'wik end....