Showing posts with label rumah terbuka gawai. Show all posts
Showing posts with label rumah terbuka gawai. Show all posts

Tuesday, June 16, 2009

Mood

Bz, letih, penat, tired, lelah, 'kepa'. Itulah keadaan aku dalam minggu2 kebelakangan ni. Sampaikan tak larat nak apdet blog @ masuk blog kawan2. Ditambah lagi line yang ndak alah-alah poblem, makin menurun lah kerajinan untuk berblog.

Bz sangat2 sebab minggu ni ada Majlis Rumah Terbuka Gawai di Kuching Waterfront (12-14 Jun). Memang la aku tak terlibat dalam mengurus persembahan tarian2 tradisional, atau jadi trafik pengawal lalulintas. Tapi sebagai salah seorang penggiat kraftangan (hish!) walaupun secara part time, aku kena lah jugak membizikan diri.

Kawan aku dah dapatkan satu stall kat situ, jadi aku pun mengejar masa nak sediakan replika2 rumah tradisional untuk didisplay. Bersengkang mata sampai kul 2 pagi sudah semestinya menjadi amalan.







Nak buat benda2 macam gini memang menyeronokkan kalau ada minat. Tapi kena fokus, dan yang lebih penting, mood kena selari (angin mesti cun kata org Sarawak). Kalau mood tengah down, kena lah buat samting supaya mood boleh diaktifkan, sama seperti mengaktfkan GPRS. Terpulanglah pada individu, masing2 ada cara tersendiri.

Kalau aku, aku biasanya akan belai pusak2 (kucing) aku, sambil sekali sekala 'bertarung', dan kadang2 aku sembang2 dengan 'anak2 angkat' aku tu.

Hari pertama Majlis rumah terbuka (Jumaat 12 Jun), sebenarnya aku tak sempat nak siapkan satu replika rumah baruk Bidayuh. Baru 50% je siap, memang dah komfem tak akan sempat aku display untuk majlis tu. Malam nya nanti aku ada plan nak jumpa blogger Shah aka Shitsurei Shimashita - Nagaperang, yang baru 1st time datang Kuching. Aku taknak buat temujanji siang sebab gerenti tak cukup masa.

Tengahari tu aku curi2 masa sebelum solat Jumaat pegi waterfront, nak tengok persediaan tempat jualan. Sampai2 je, ntah camana blogger Felix (Bujang Lellang) yang separa-rabun (menurut pengakuan beliau sendiri) dengan Shah boleh spot aku kat tengah2 lautan manusia, padahal bukannya penah jumpa pun sebelum ni.

Malam tu, abis je pesta, Shah pun datang. Borak2 panjang skit. Pastu dia call AmirFX. Aku kata elok sangat la sebab aku pun tak penah lagi jumpa Amir w.pun sama2 kat Kuching. Ingin jugak nak tengok muka AmirFX.

AmirFX pun sampai dengan blogger Rusty n Apeez. Bila pandang je Amir, aku rasa macam familiar plak. Amir pun sama, word pertama tekelua dari mulut dia "Macam kenal jak o..."

Bla..bla..bla..pot pet pot pet.. kesimpulannya... Amir ni member lama aku rupanya!

Then, Amir call Felicia Ahmoi. Ah moi pun datang, skali ngan Fieza. Dan di mana ada Fieza, di situ lah ada sedara kemba nya Nieza. So, malam tu, fes time aku tengok siaran secara langsung aka live rupa Fieza, Nieza n Felicia.

Aku tak sempat nak bertepuk tampar ngan Fieza n Nieza, atau betarit rambut ngan Felicia yang mesra alam. Shah yang pemalu segan nak duduk dekat2. Tak cukup masa nak beterajang ngan AmirFX n Rusty. Tapi aku rasa hepi sangat2 la malam tu sebab jumpa diorang sekaligus.

Mood aku dah aktif balik. Lebih kurang kul 11 lebih camtu, aku sampai rumah, terus aku sambung kerja2 aku yang tak siap. Sampai skarang aku macam takcaya yang aku boleh siapkan satu replika yang baru siap 50% dalam masa tak sampai satu jam, malam tu jugak!

So.. aku dah jumpa cara baru nak aktifkan mood - jumpa Blogger!



Dalam kemeriahan Majlis Rumah Terbuka ya, bila aku terpandang jak scene tok :









Mengingatkan aku pada sesuatu. uhuk...uhuk... :


.



.



.



.




Slamat Penganten Baru Pezal aka Odio! Mintak maap ku sikpat join majlis ya. Sempat wish makei email jak ariya. Lom da rezeki nak jumpa secara live..