Showing posts with label Tag. Show all posts
Showing posts with label Tag. Show all posts

Tuesday, June 23, 2009

Wabak Tag Melanda Lagi


Setelah aku pulih dari trauma pedih mata mbak ngupak bawang, aku pun terus kenak tag bertalu2 tanpa rasa kesian, dan tanpa segan silu oleh sidak blogger. Tag datang bertubi2 daripada Shaffix, Kerol Antasha, Heinsen dan lebih drpd 6,845 orang blogger lain dari seluruh rantau Asia Pasifik. Ya belum kira sidak Afrika & Eropah Utara gik.
Jadi, untuk mengelak sidak tuk dari terus beramok ngan urang kampong, aku dengan penuh rasa tanggungjawab, menjawab tag2 itteww..

1. Bekas kekasih saya adalah :~~>seorang gadis bawah umur, sebab aku masa ya pun di bawah umur juak.


2. Saya sedang mendengar :~~> Sora urang mpuan nangis. Pasya ada sora urang laki bisin2 nganoknya "apa gik kurang di umah tok?". Paduhal tek kawanku tengah mukak radio S'wak, rancangan 'Jiran Sekampong' edisi malam..


3. Mungkin saya patut:~~> nikah


4. Saya suka :~~> bila urang nanyak saya soalan no. 3.


5.Sahabat-sahabat baik saya :~~> telah mengetag saya


6.Saya tak paham : Soalan no 6


7.Saya kehilangan:~~> sila rujuk jawapan no 14


8.Ramai yang berkata :~~> kenak ko tuk berolah gilak?


9.Makna nama saya :~~> "manusia yang sik pandei nak berolah macam urang lain". Ya mun ditranslet dari bahasa sidak suku kaum Nazca di Banjaran Andes lah.. sik cayak cek tokrang sinun.


10.Cinta itu adalah :~~> *sila rujuk jawapan no 16*


11.Di suatu tempat, seseorang sedang :~~> nie ku tauk..


13.Ayat SELAMANYA membawa maksud :~~> Forever.


14.Telefon bimbit saya :~~> telah hilang


15.Bila saya terjaga dari tidur :~~> saya akan sambung tidur


16.Saya paling meluat apabila :~~> menjawab soalan no 10


17.Pesta/Parti adalah :~~> mun pesta, tempat urang rami2, kadang2 ada konsert, ada makan2, ada pameran. mun parti, macam BN, PAS, PKR, DAP, ya parti...


18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :~~> manok


19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :~~> umur warga emas!


20.Hari ini :~~>


21.Malam ini saya akan :~~> tidur


22.Esok pula saya akan :~~> bangun dari tidur


23.Saya betul-betul inginkan :~~> kepastian


24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :~~> saya dapati wajah saya dalam cermin itu sedang melihat saya..


25.Pusat membeli-belah atau arked permainan :~~> duak2 sik!!


26.Makanan Barat atau Jepun :~~> jepun barat


27.Bilik yang terang atau gelap :~~> ada masa kita pelu terang, ada masa pelu gelap. Pelik da jak soalan...


28.Makanan segera adalah :~~>makanan kedei mamak. Lom abis kita ngoder "roti ca..." alu ada roti canei depan mata. Sungguh segera makanan itu..


29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?~~> mengucap lah...


30.Siapa yang anda nak Tag?


Sapa2 lah yang sudi. Ku ngecek lam direktori tek, smua nama dak blogger dah kenak tag.


.



.



...Sekian Berita...


.

Saturday, February 21, 2009

Tag dari irbika!

Belom pun ilang trauma kenak tag leh Khairul Onggon, dah datang tag baru, dari Onggon juak. Pasya belom pun sempat ku jawab tag ya, datang agik tag baru, kali tok dari Irbika Cikebumbum, wanita teranggun Perak. Tapi sikpa, ku rasa nak jawab tag Irbika lah dolok. Tpaxa lah ku klake mlaye..
.
Panduan :-Sila berikan kegunaan lain yang digunakan oleh anda kepada barang-barang yang dinyatakan di bawah...(maksudnya bukan kegunaan sebenar barang tu tapi kegunaan tambahan yang anda buat la dengan barang tu, kira diaplikasikan oleh anda... konon kreatif la tu!)


1) Anak Kunci


kegunaan asal - Nak jaga aset supaya orang takleh nak ceroboh, sebab itu je harta yang ada.


kegunaan sampingan - Show off kat orang, konon lagi banyak anak kunci, lagi banyak aset.


2) Penutup Pen


kegunaan asal - jaga mata pen agar pelajar boleh menulis karangan dengan lebih lancar.


kegunaan sampingan - cikgu cucuk mata pelajar yang buat karangan keluar topik.


3) Botol Mineral


kegunaan asal - simpan air mineral


kegunaan sampingan - kumpul, pastu jual, dapat duit... cukup2 beli air mineral je?


4) Paper lama


kegunaan asal - baca berita, contohnya berita kemalangan.


kegunaan sampingan - buat penutup jenazah mangsa kemalangan dalam berita tu.


5) Seluar 'D' lama


kegunaan asal - 'mengawal keadaan'


kegunaan sampingan - bawa benda tu, pegi jumpa bomoh kalau si dia dah 'tak terkawal'.


6) Lesung batu


kegunaan asal - alat yang paling ideal untuk surirumah, mengalahkan blender. Sambal jadi lebih beraroma, dan yang penting, suami pun saaaayang...


kegunaan sampingan - kalau suami yang disayangi buat hal, kejar dia dengan lesung tu!


7) Langsir


kegunaan asal - cover daripada pandangan liar para teruna, esp kalo ada anak dara dalam rumah.


kegunaan sampingan - anak2 dara 'cover' di balik langsir, sambil mengintai para teruna kat luar. Kononnya nak bagi nampak lebih 'fragile' & innocent la kalau nampak separuh2 di balik tabir..


8) Komputer ofis


kegunaan asal - taip surat menyurat kat opis Ismail & co.


kegunaan sampingan - staf-staf opis Ismail & co main e-mail & co.


9) Duit syiling


kegunaan asal - beli minyak gas @ spirit


kegunaan sampingan - main 'spirit of the coin'


10) Laman Blog


kegunaan asal - Su iJamm guna blog untuk carik kawan2 lama & baru macam Onggon ke, Audio ke..


kegunaan sampingan - Onggon & Audio gune blog untuk carik pasal dengan Su iJamm.
.
.
Fuhh.. Lega.. Selesai tanggungjawab sosial ku...
(ku rasa, nya sekda nyuruh ngetag urang lain, nak??)