Showing posts with label spirit of the coin. Show all posts
Showing posts with label spirit of the coin. Show all posts

Sunday, May 31, 2009

Cheritera Ngutik : 'Spirit of The Coin'

Salam. Penah dengar pasal 'main spirit'? Bagi yang tak tau atau kurang familiar, main spirit ni adalah satu 'permainan' pemujaan, yang menggunakan duit syiling sebagai bahan perantaraan. Kalau di negara barat, lebih dikenali sebagai 'ouija', konsep & caranya adalah sama seperti 'main spirit' ni. Bezanya, main spirit menggunakan coin (syiling) manakala 'ouija' biasanya mempunyai coin khas (daripada kayu) berlubang di tengah.

Satu gambarajah akan dibuat pada kertas, secara asasnya mengandungi :

1. susunan huruf2 dari A - Z

2. angka dari 1 - 9

3. dua ruang @ petak, satu petak tertulis 'YES' dan satu lagi 'NO'

4. satu ruang tertulis 'HOME'. Kadangkala digantikan dengan 'GOODBYE'. fungsinya lebih kurang sama macam fungsi button 'ENTER' pada kibord. Fungsi kedua adalah sebagai point untuk memulakan & menamatkan permainan.

Rekabentuk rajah ada pelbagai, terpulang kepada kreativiti. Ada yang ringkas, ada yang canggih, dan ada yang klasik. Contoh :

.

.

.












Matlamat permainan ini adalah untuk berhubung dengan spirit @ semangat termasuk roh2 orang yang meninggal dunia (sebenarnya itu tak lain melainkan syaitan yang terkutuk, yang hanya berniat untuk menyesatkan manusia).

Coin akan diletakkan di atas rajah, di atas petak tertulis 'HOME', dan akan disentuh dengan jari. Sentuhan mestilah tidak terlalu kuat, cukup sekadar menyentuh. Paling minima dan paling ideal adalah dua orang, ini untuk memudahkan pergerakan coin yang telah diresapi spirit tersebut.

Secara beramai2, spirit akan diseru untuk memasuki coin. Dua orang yang menyentuh coin tadi akan merasakan ada pergerakan pada coin, dan tugas mereka hanyalah memastikan jari akan mengikut ke mana saja coin itu bergerak, serta sentiasa dalam keadaan menyentuh coin.

Apabila coin telah mula bergerak keluar daripada 'HOME', maka bermulalah 'contact' antara para pemain dan spirit, dan apa saja soalan boleh ditanya. Spirit akan menjawab dengan bergerak ke arah huruf @ angka satu persatu.

Jika ada antara yang terlibat ragu2 sama ada pergerakan coin itu adalah dari kehadiran spirit, atau 'si tukang sentuh' yang sengaja menggerakkannya, dia bolehlah menanyakan 'soalan2 password', yang hanya dia seorang yang tahu jawapannya.

Itu antara pengenalan ringkas tentang 'permainan spirit'. Sebenarnya, aku pun ada pengalman beberapa kali melibatkan diri dalam main spirit ni. Tapi itu dulu, time tu aku tak tau sangat pasal hukum. Zaman jahiliah.. Skarang dah tobat. Main spirit adalah haram di sisi Islam, sama seperti haramnya sihir. Aku nak crita pglaman ni pun bukan apa, saja nak kongsi. Lagipun pengalaman aku ni pun bukannya hebat sangat, biasa2 je.

Untuk itu, nama2 watak yang terlibat sengaja diubah.


Kisah 1 :

Satu petang di zaman aku study dulu, aku dengan beberapa orang member Amin, Sham, Robert, Shena & Rita pakat nak buat stadi grup kat bawah pokok di tepi tasik, konon2 nak buat kelainan la. Kitorang pun pegi lah ke tempat yang dipersetujui tu pada masa yang tlah dijanjikan. Tapi time tu si Robert tak sampai2 lagi. Kitorang tunggu sambil sembang2. Masa menunggu tu, Amin men'suggest'kan "Tempat tok dah OK, pa kata kita main spirit?"

Usul itu diterima sebulat suara sebab kitorang semua memang 'sama palak'. Dan yang akan sentuh coin tu adalah aku dengan Shena.

Tengah asyik layan 'game' ni, Shena kemukakan soalan : "Sinie Robert? (Mana Robert?)"

Spirit tu bagi jawapan : T-I-D-O-E-R

Shena : Tidur? No wonder sik datang2... Nya tido sinie?

Spirit : B-2-1-7

"B217? Hah..! mistake lah ya. Bilit Robert bukan B217,.. B215 lah.." Sham mencelah.

Dipendekkan crita, lepas kitorang selesai 'melayari' main spirit tu, Robert pun sampai. Belum sempat tanya apa2, dia dengan muka slumber meng'eksplein' : " Sori guys, aku ter'over slept'. Kunci ku tetinggal lam bilit. Tepaksa ku nunggu roommate ku balit. Ku lepak di bilit dak Alex tek sementara nunggunya, alu tertido-tido sia".

Sham : Bilit Alex apa nombo?

Robert : Sebelah bilit mek urang ya bah.. B215..


Stakat itu je kisah ni yang aku boleh ingat. Perlu diingatkan, jawapan atau ramalan dari spirit tidak selalunya betul @ tepat. Kadang2 betul, adakalanya silap. Ianya lebih kepada tujuan menimbulkan permusuhan di kalangan umat manusia.


Spirit ni macam manusia jugak, ada macam2 perwatakan. Ada yang mesra, ada 'kaki plentei', ada yang macam pemalu dan sebagainya.


Kisah 2 :

Suatu malam, kira2 kul 10pm macam tu, aku, Khairi, Hans & Azri lepak2 kat rumah sewa Hans kat area Kpg Gita. Lebih kurang sama macam kes di atas, kami berempat memilih untuk bermain spirit sebagai aktiviti mengatasi keboringan. Permainan dimulakan, dan berlakulah dialog antara kami dengan spirit..

Khairi : Macam nie nak senang carik duit?

Spirit : A-K-U-K-A-N-D-U-I-T

Azri : c**ai punya spirit.. Tauk la aku mek urang tengah main ngan duit tok. Main2 ko.. Mun ko terer, apa wana sp**der dipakei aku masa tok?

Spirit : W-A-R-N-A-W-A-R-N-A-W-A-R-N-A...

Azri mengalih pandangan kepada kami. "Tauk apa sebab nya sikpat jawab soalan ya? Sebab.. malam tok aku sik makei sp**der ..hahaha..

Turn aku pulak tanya soalan, dan terkelua lah soalan bonus yang akhirnya memerangkap diri sendiri, seterusnya 'menewaskan' kami dalam 'game' tersebut.

Aku : Brapa orang kamek urang sitok?

Spirit : 5

Kami berempat berpandangan sesama sendiri. Blur..

Aku : Camnie boleh jadi 5?

Spirit : Z-K-H-A-P

Aku : OK,.. Aku Z, K= Khairi, H= Hans, A =Azri. P ya sapa?

Spirit : P-O-N-T-I-A-N-A-K (home) D-I-L-U-A-R-P-I-N-T-U-T-U-N-G-G-U (home)

Kitorang apalagi, semua jadi kelam kabut. Semua lari ke dalam bilik.

Setelah beberapa ketika, kitorang pun beranikan diri keluar dari bilik untuk kontek balik dengan spirit tadi. Kontek punya kontek, last2 dapat jugak. Kitorang cakap, tolong jangan bagi 'kak pon' tu masuk. Biar dia pegi jauh2. Korang nak tau apa jawapan spirit tu??

Spirit : M-A-I-N-M-A-I-N-S-A-J-A

isk...isk...
.
.
.
.
.
.
To all Dayak bloggers & Bloggernita, Slamat ari Gawai, Gayu Guru Gerai Nyamai...