Sunday, August 21, 2011

Sibuknya Ramadhan



Salam Ramadhan (...dan Syawal). Ini entry kedua aku dalam Bulan puasa (alangkah ketinggalannya aku..). Selain kesibukan puasa dan nak raya, aku disibukkan juga dengan benda lain. Bulan puasa ni, orang lain bizi dengan bisnes kuih, juadah, kurma, tudung, butang baju melayu, songkok dan lain2 yang seangkatan dengannya. Aku pulak dengan bisnes lain. Bagi blogger2 yang dah lama mengikuti blog ni, mesti dapat agak. Tak lain dan tak bukan, benda2 ni lah :



Replika Rumah Baruk Kaum Bidayuh (10cm x 10cm). Cenderamata wajib bagi pelancong berjiwa sentimental.





Replika Rumah Panjang Iban (12cm x 22cm). Nak siapkan ni kena bertemankan muzik2 tradisional, barulah timbul mood.



Awal Ramadhan lepas, satu kedai kraf kat Kuching ni tempah 4 biji replika baruk & 1 replika rumah panjang. So far aku dah hantar rumah panjang tu dengan 2 rumah baruk, lagi tinggal 2 baruk tengah disiapkan. Alhamdulillah, rezeki Ramadhan..


2 minggu lepas raya nanti akan ada Sarawak Regatta besar-besaran kat tebingan Kuching. Ada lagi sorang hamba Allah (penjual kraf) yang awal2 dah tempah replika2 untuk gerai dia. Dia tak tetapkan berapa biji dia nak, cuma katanya "Berapa2 ko dapat molah.." (seberapa banyak ko mampu buat..). Nampak gayanya, beraya dengan replika lah aku taun ni. Alhamdulillah, rezeki..


Hari ni Ahad, so aku berehat sepanjang hari daripada aktiviti2 tu suma. Aku merayau2 sorang kat Kuching Waterfront dan Pasar Minggu Satok, sebelum singgah di bazaar ramadhan.




Kaktus di Pasar Minggu



Salah satu view Kuching Waterfront. Kat sinilah nanti akan berlangsungnya Sarawak Regatta. Kayuh jang, kayuh..!



Bangunan DUN, view dari arah betul2 bertentangan.


Ni view ntah apa2 ntah..



Esok Isnin. Maka bermula lagi lah rutin aktiviti biasa. Salam Ramadhan.

Wednesday, August 3, 2011

Mari Berpantun Edisi Ramadhan

Orang Johor shopping kat Melaka,
Sampai di Melaka panasnya terik,
Pemegang Mohor dah anounce puasa,
Bermulalah musim penyakit gastrik.

Pakai baju berlipat-lipat,
Seluar pula berkilat-kilat,
Langsir raya dah bertingkat-tingkat,
Ibadah Ramadhan yang tak meningkat-ningkat.

Kasim Selamat orangnya loded,
Siti Zubaidah memasang kabel,
Baju oversea kasut pun branded,
Zakat fitrah bila nak setel?

Negeri Sarawak aweknya cun cun,
Taknak beli terubok, beli je lah pasu,
Kreatifnya bebudak modified mercun,
Teringin ke nak pakai kaki palsu?

Anak zirafah bermain terup,
Bermain terup di tepi denai,
Bisnes kek lapis baru nak meletup,
Tauke Golden Churn pulak buat perangai.

Nak potong kobis pakailah pisau,
Lepas dipotong pegi lah cuci,
Yang dah order kek lapis, janganlah risau,
Tahun ni punya, dijamin suci.

Alangkah elok si kurma rotab,
Elok lah lagi si kurma ajmal,
Alangkah elok ko baca kitab,
daripada mengumpat tak tentu pasal.

Mintak bauhulu, sebijik pun cukuplah,
Aku nak bagi pada sang badak,
Setakat ni dulu, aku nak stop lah,
Puasa aku ni pun entah sempurna, entahkan tidak.

SEKIAN. SELAMAT BERSAHUR DAN 'BERSUNGKEI'