Wednesday, September 16, 2009

Satu Hari Di Hari Yang Bukan Hari Raya

Assalamu’alaikum wrb.. Terima kasih pengerusi majlis. Salam Lebaran tuan2 dan puan2, yang dikasihi. Tidak lama lagi, atau lebih tepatnya Hari Ahad depan (itupun kalau anak bulan sudi memperlihatkan dirinya yang milus itu), kita akan menyambut Hari Raya ‘Aidilfitri, hari kemenangan. Kemenangan apakah itu, tuan2 dan puan2? Ya… kemenangan menundukkan hawa nafsu sepanjang Bulan Ramadan. So, kepada sesiapa yang tak berpuasa, tanpa sebab-sebab yang dibenarkan syari’i, paham-paham je lah ye...
Tuan2 dan puan2 yang dikasihi.. berbicara mengenai hari kemenangan, masih ramai di kalangan kita yang kurang faham akan konsep hari perayaan dalam agama kita. Sering kita lihat di kaca tv, bila terjadi sesuatu malapetaka bila hampir menjelang Hari Raya contohnya kebakaran, maka kita lihat mangsa-mangsa itu bila ditemuramah akan berkata “Semua persediaan kami untuk Hari Raya ni dah habis musnah. Kami sedih sangat2. Nampaknya Raya tahun ni tak ada ertinya buat kami sekeluarga”. Tuan2 dan puan2, Hari Raya itu hari untuk kita memuji Allah. Kalau pada hari-hari biasa kita memuji Allah pada setiap solat dan selepas solat, di Hari Raya ‘Aidilfitri pula kita lebihkan memuji Nya dengan bertakbir, bertahmid dan bertasbih. Itu sudah ada dalam agama kita. Jadi, siapakah kita ini untuk berkata “Hari Raya ini tidak ada ertinya..?” Adakah kita fikir hari kebesaran agama kita itu hanya untuk berseronok-seronok dan bermewah-mewah, seperti halnya dengan perayaan orang lain? Adakah jika tanpa baju yang cantik-cantik, tanpa langsir mahal-mahal dan tanpa kuih yang nyams-nyams skals, akan menghalang kita dari membesarkan tuhan pada hari tersebut? Fikir-fikirkanlah..

Pengerusi : Ya.. Terima kasih, Tuan Haji. Tuan2 dan puan2, begitulah tadi, penerangan yang ringkas daripada penceramah jemputan kita malam ini, iaitu Tuan Haji Amir Bin FX, pegawai kanan di Jabatan Anak Bulan. Jadi, kepada para penonton, sama ada penonton di rumah atau di studio yang ada kemusykilan dan inginkan penjelasan dari Tuan Haji bolehlah berbuat demikian sekarang. Bagi penonton di rumah, anda boleh menaip AFUNDI AMIRFX dan hantar ke mana-mana nombor yang anda suka. Bagi penonton di studio pula anda boleh bertanya soalan dengan berteriak dari tempat duduk anda.
Kita terima panggilan pertama dari pemanggil. Hello! Siapa di sana?

Pemanggil : (Sora rompuan) Hello..! Saya nak ajukan soalan pada Tuan Aji.. boleh kah?

Pengerusi : Ya teruskan puan. Perkenalkan diri puan..

Pemanggil : Assalamualaikum. Saya Puan Titil Adoheh, dari Kuching Sarawak. Soalan saya, apakah ukumnya, mun kita molah hari perayaan ada bertema-tema indah..? Contohnya, macam saya ngan suami, taun tok mekduak makei tema ‘AirAsia, everybody can beraya..’ Jadi, apa pandangan Tuan Aji? Boleh kah sik? Ya ajak lah, timak kaseh. Assalamualaikum. Raya tang umah..

Pengerusi : Panggilan dari jauh nampaknya, dari Kuching Sarawak. Owh, kita terima satu lagi panggilan, tuan Haji. Hello, siapa di sana?

Pemanggil 2 : (Sora rompuan juak) Assalamualaikum, saya Puan Aerol Angkasa, dari Kuching Sarawak.

Pengerusi : Mmmm.. Dari Sarawak jugak. Ramai pemanggil kita dari Sarawak malam ni ya Tuan Haji. Teruskan puan, soalannya..?

Pemanggil 2 : Tadik tuan aji ada madah, mun penonton di studio ngan di rumah ada soalan, boleh nanyak. Soalan saya, mun dari opis macam saya boleh sik nanyak soalan? Ya ajak. Raya tang umah aa.. Yerrr…

Belum pun sempat Tuan Haji menjawab soalan2 tersebut, salah seorang penonton di studio pula tampil sambil berteriak.

Penonton : Woii..! Saya nak nak join skaliiii..! Boleh kaaaahhh…?

Pengerusi : Ya, ya.. silakan saudara. Teruskan berteriak.

Penonton : Timak kaseeehhh…! Nama saya Sen! Nama penoh, Sun Yat Sen..! Saya bukan nak nanyak soalaaaan.. tapi nak melahirkan rasa sik puas ati ngan pemanggil keduak tadiiik..! Puan Aerol Angkasaaaa…! Ada ka patut nya nanyak soalan macam yaaa…! Sik relevan langsung! Sipi-sipi pun siiikkk..! Lain kali tanyak la soalan nok bepekdah sikitt..! Sekiaaaaan, timak kaseeeeh..! Raya tang umaaaah, woii..!

Pengerusi : Ya, terima kasih saudara Sen atas keprihatinan itu. Kita teruskan majlis. Jadi, Tuan Haji.. (sekali lagi ada isyarat memanggil masuk). Wooh..! Nampaknya ada satu lagi panggilan ni Tuan Haji.

T. Hj. Amir : Jadikannya panggilan terakhir. Lepas ni, kita terminate terus line! Kontek dak Celcom!

Pemanggil 3 : (Sora olaki, macam bunyi unta sikit) Smekom! Saya call dari Kuching juak. Eheks..

Pengerusi : Perkenalkan diri anda..

Pemanggil 3 : Saya supan nak madah nama saya. Cukuplah saya madah yang saya tok call dari Kuching juak. Saya urang Dubai, kinektok dah menetap di Kuching secara haram tanpa dokumen yang sah. Pekerjaan saya ialah tukang superimpose muka urang. Sempena Raya tok, saya dah mintak mahap ngan smua urang yang pernah saya aniaya dengan hasil kerja superimpose saya yang canggih ya, tapi daknya smua madah “tiada maap bagimu”. (berhenti sejenak kerana menahan sebak). Soalan saya, apakah yang patut saya lakukan kinektok? Adakah saya harus ngempas dirik di jeraya begoleng-goleng sambil berkata “ampunkan Tanggang, mak! Ampunkan Tanggang mak!”..? Timak kaseh, raya tang umah eheks.

Pengerusi : Ermmm… Program kita diselubungi kesedihan sebentar tadi. Tapi takpa, walau apapun yang terjadi, hidup mesti diteruskan. Jadi…

T.Hj. Amir : Errr… line dah terminate tek?

Pengerusi : Jangan bimbang, Tuan Haji, dengan wayar-wayar talipon sekali dah dirumbak, box litar pun dah dikerugak. Sure takkan ada panggilan masuk lagi lepas ni. Jadi, adakah tuan Haji nak menjawab kemusykilan-kemusykilan dari para pemanggil dan penonton tadi?

T.Hj. Amir : (mengangguk-angguk perlahan) Ya.. saya akan jawab. Tapi bukan sekarang. Tunggu Raya taun depan. Lagipun jadual saya terlalu padat sekarang ni. Kek-kek lapis pun banyak yang belum setel lagi.

Pengerusi : Baiklah, tuan2 dan puan2. Dengan ini maka tamatlah program khas kita kali ini yang diberi nama.. Satu Hari Di Hari Yang Bukan Hari Raya. Saya akhiri dengan serangkap pantun :

Kalau ada sumur di ladang
Tidak saya tertampi-tampi
Kalau ladang tidak ada sumur
Hutang budi dibawa mati

Sekian.


* * *

Sempena Hari Raya tok, saya, Abg. Zamsari B. Abg. Abd. Mola a.k.a. Su iJamm, ingin mengucapkan, Selamat Hari Raya ‘Aidilfitri, mahap jaher baten. Mintak ampun banyak2 k, nie lah tauk sepanjang usu beguro plentei ngan tokrang lamak-lamak tuk ada salah silap, teranok, terumpat, terkasar dan tersakat sampei ada yang kecik ati. Usu tuk manusia biasa. (Tedah Embun Malam ngan Katie Munga dah terkenak ‘mesej misteri’). Mintak ampun banyak2 ngan takduak, k. Lepas raya tok sik usu berolah agik. Mintak ijin dari ujong rambut sampei ujong kaki, seterusnya balit agik ke ujong rambut nok tadik ya. Dan, kepada semua beloger & polower yang sudi bersama dan berkomen (awas! Jangan ilangkan hurup ‘k’ ya), timak kaseh diucapkan. Khas untuk tokrang, ada lagu debah tok. Silalah belagu sama-sama tanpa ada sedikit pun rasa segan silu…





Satu Hari Di Hari Yang Bukan Hari Raya (M. Nasir feat. M. Rajoli & M. Kumaresan)

Satu hari di hari yang bukan Hari Raya
Ku lihat cahya yang sungguh indah
Cahya dari pelita minyak tanah
Datang dari rumah sebelah
Rumah Udin laki si Kiah

Satu hari di hari yang bukan Hari Raya
Ku dengar bunyi yang ‘letam-letum’
Kiranya bunyi itu adalah,
Budak-budak bermain mercun
Aku yang jual berkatun-katun

Chorus :
Satu hari di hari yang bukan Hari Raya
Aku menangis di jalanraya
Aku menangis tanda ku loba
Nak cepat kaya..

Chorus 2 :
Satu hari di hari yang bukan Hari Raya
Ku lihat wajah suci Penghulu
Ku lihat wajah Inspektor Vellu
Menahanku..

Mungkin inilah dia balasanku…


RAYA TANG UMAH MEK URANG DI BETONG NUN..!
.
.
.
.
.
.
.
.

24 comments:

  1. Salam...

    Salam aidil fitri maaf mun ada silap dan salah & moga Allah panjangkan umur kita dapat berjumpa lagi...bait-bait balit kampong

    mek sahur lokk...

    ReplyDelete
  2. *perey
    Hahaha. Adoheh. Sakit perut mek mbak tetak. Hahaha.
    Slamat Ri Raya Maap Zaher Batin, Usu!
    *perey

    ReplyDelete
  3. Salam lebaran su ijam..mohon maaf mun ada terplentey,apa ka..kita 0-0...

    selamat hari raya aidilfitri..

    ReplyDelete
  4. Kekekekeke... pecah perut ku tetak maca cerita odio minta ampun ya... yaaa... tiada maap bagimu wahai si tanggang! hahahaha.. selamat berhari raya.. kim salam ngan semua pe,ili di betong.. kim salam ngan adindaku seripah wink wink kelak hoh.. :)

    ReplyDelete
  5. Yorobii... Sik sangka aku dah jd tuan aji yg sik bertauliah.. haha... Selamat Hari rayA!! Raya kelak dtg rumah...

    ReplyDelete
  6. selamat ari raya usu n famili.. mohon maaf zahir batin :)

    ReplyDelete
  7. Selamat Hari Raya Aidil Fitri Su Ijamm...

    ReplyDelete
  8. hehehe..tetak goleng2 alu terusuk maca entry ktk tuk su..nang lucu eh..
    kmk & family ingin mengucapkan selamat hr raya maaf zahir batin utk ktk & pusak,kelik & yg sewaktu dgnnya...Raya iboh lupak dtg umah oiii... :)

    ReplyDelete
  9. selamat ari raya juak.... lamak ku sik nyengok kat sitok...hehhee

    ReplyDelete
  10. tetak terkekeh-kekeh sorang2 di ofis pagi tok sampei keluar aie mata... ha ha ha ha...

    apu...apu

    selamat hari raya!!!

    ReplyDelete
  11. bergoleng aku tetak baca tuk..aduiyai..hihih

    ReplyDelete
  12. ahakz!su ijam nang superb!duhai bg amer dah jadi ustad owhh..bgs2..lak rayo,do mek gi umah ktk su ijam..harus ktk molah kueh nyaman k mkn mek..hee! =) ktk pun samo,g la brayo sratok lak..bjarah kito..

    ReplyDelete
  13. yahhhhhhhhhh... ktk duhalll... xpa... nang apa lah... kenak gk ngn kmk jenis so wuteva n duhhh... mun tauk ya ktk tek... alu ngenjen kmk...

    ReplyDelete
  14. selamat hari raya zam..moh le dtg KL...

    ReplyDelete
  15. Salam Aidilfitri, Usu :)
    Maap zaher batin (agik skali).

    ReplyDelete
  16. su ijam~
    samat ri raya..
    maap zahey baten ;)

    ReplyDelete
  17. hahaha..ada juak ku nepon duhal..dah lupak bah tapi nang menar la aero angkasa ya tanyak soklan plek2 walaupun sipi2..

    ReplyDelete
  18. selamat hari raya dan maaf zahir batin...semoga panjang umur dan murah rezeki..

    ReplyDelete
  19. dah mok raya kah tak urang? mek blom gikk...musim bunga gik lambat..huhu..

    nway, slamat ari raya maap jahir dan baten..

    ReplyDelete
  20. Ekekekeke...ada jak idea nya tok eh ekekeke.. Anyway, slamat hari raya Su Ijamm.. maaf zahir batin.. kira blogging impose2 tok sekadar guro2 jak k? ehek XD

    ReplyDelete
  21. dear pren : bangrazak, titil, rudy, khairul onggon, amirfx, dukunlintah, mstikot, khairol antasha, fadli, bigmomma, caynie, winkwink, embunmalam, atacha, misz_atiey, sen, kelebarmalam, bunga, pejal & fashitah, thanks 4 yo komens. Slamat ariraya, maap jaher baten.
    mun sudi, singgah2 umah mek urang di betong tuk...

    ReplyDelete
  22. koti urg jak lar nak ngomen..apa ko gago?!hehe

    ReplyDelete
  23. Salam hari raya aidilfitri. Agak lambat skit coz very busy. Enjoy anyway...

    ReplyDelete
  24. Nang lawak ehhh! nang semua pemanggil ya dari sarawak?

    ReplyDelete

kOMEN JE..