Thursday, April 16, 2009

Sidang Akhbar Bersama Pelakon Utama Filem Spread Bread

Tarikh : 15.04.2009
Tempat : Dewan Masyarakat Sungai Maong
Masa : 8.30 pagi




Seawal jam 8.00 pagi, dewan telah penuh sesak dengan para wartawan media hiburan dan pengunjung. Pelakon Su iJamm dan pengarah Audio mengambil tempat di depan kerana barisan pelakon lain serta krew2 filem enggan hadir. Mereka 'malu kedirik'.Tepat jam 8.30 pagi sidang akhbar pun bermula tanpa segan silu.

Wartawan : Sepertimana yang kita maklum, saudara selaku pelakon utama filem Spread Bread, iaitu filem terbaru terbitan 'Bulakdajak Entertainment', baru-baru ini telah pun menggondol kesemua 64 kategori award yang dipertandingkan dalam Anugerah Filem2 Terpinggir Asia 2009 yang telah berlangsung dengan gilang gemilangnya di Shyowll Royal Hall a.k.a. Dewan Siol di Semariang. Jadi, apa perasaan saudara setelah meraih kejayaan luar biasa tersebut?

iJamm : Saya amat bersyukur, dan berterima kasih di atas sokongan yang saya terima daripada semua pihak.
Kepada peminat2 semua, tanpa anda saya takkan berada di sini hari ini. Kerana saya datang ke dewan ini tadi pun menumpang motosikal salah seorang peminat saya.
Kepada para juri dan jura (isteri kepada juri), sekurang-kurangnya segala penat lelah saya belanja anda makan selama ini telah membuahkan hasil.
Terima kasih kepada pengarah filem ini, yang saya anggap sebagai ibu angkat saya iaitu Miss Audio, yang tak jemu2 memberi tunjuk ajar kepada saya cara2 menganyam bakul daripada daun singkel. (dengan nada pilu)... Anda telah banyak bekorban untuk saya.


(Audio yang duduk di sebelah kelihatan sedang mengesat air mata. Beberapa orang peminat cuba mendekati untuk memberi gulungan tisu tandas, tetapi berjaya dihalang oleh pihak keselamatan dewan, dengan bantuan pasukan berkuda)


Wartawan : Difahamkan bahawa filem 'Spread Bread' ini adalah hasil ciplak daripada 'Spread Love' karya pengarah SyFazidawaty, betulkah begitu?

iJamm : Yup! (sambil mengangguk) Memang betul. Pada mulanya memang timbul rasa tidak puas hati SyFazidawaty, tetapi kemudian perkara ini telahpun diperbincangkan. Pihak Audio bersetuju memberikan royalti, cuma bukan berbentuk wang tetapi dalam bentuk sumbangan beras dan gula.

Wartawan : Boleh saudara ceritakan secara ringkas bagaimana saudara boleh berjaya hingga ke tahap sekarang ini?

iJamm : Sekali lagi saya ingin tekankan, saya begitu terhutang budi kepada Miss Audio. Beliaulah yang telah menggilap bakat saya selama ini. Sebelum ini saya hanyalah seorang 'tea lady' di sebuah kilang memproses kulit ayam untuk dibuat talipinggang. Daripada situ...

Wartawan : Err.. maksud saya tahap demi tahap. Step by step.

iJamm : Kejayaan saya ini tak banyak tahap. Dua tahap je. Tahap tea lady, lepas tu terus ke tahap menjadi seorang pelakon.

(para wartawan dan penonton mengangguk2 kepala sebagai tanda kagum)

Wartawan : Selepas kejayaan filem animasi 'Spread Bread' ini, adakah saudara akan teruskan karier saudara sebagai pelakon animasi, atau mungkin akan muncul lagi dalam 'spread Bread 2 : The Revenge' misalnya?

iJamm : Owh.. Sudah tentu tidak. Sebetulnya saya telah dihujani banyak tawaran berlakon daripada ramai pengarah separti Yusuf Haslam dan yang lain-lainnya, tapi saya telah menolak tawaran tersebut atas sebab-sebab peribadi. Even baru2 ni, pengarah Steven Spielberg pun pernah menyuarakan hasratnya untuk mengambil saya berlakon dalam filem terbaru beliau 'Doraemon The Movie' di mana saya ditawarkan watak Nobita. Tawaran tersebut dibuat semasa pertemuan kami di Bukhari Cafe 2 hari lepas. Namun, setelah mempertimbangkan faktor2 ekonomi dan alam sekitar, saya terpaksa tolak juga.

Wartawan : Seterusnya, apa pesanan saudara kepada anak2 muda di luar sana yang mungkin berminat untuk menceburi bidang lakonan animasi ini?

iJamm : Pesanan saya ringkas je. Kepada golongan muda yang mempunyai bakat, ada minat serta berhasrat untuk bergiat dalam arena lakonan animasi ini, pesanan ikhlas dari saya, elok sangat lah kalau anda batalkan hasrat tersebut. Ini kerana bidang ini hanya manjanjikan glamor yang sekejap. Lepas tu anda akan kembali ke bentuk asal.

.
.
.
.
.
.



Imbas kembali : Di sebalik kejayaan merangkul anugerah pengarah terbaik, Audio banyak mendapat kritikan daripada peminat ekoran aksi2 gediknya pada malam anugerah tersebut.



26 comments:

  1. wakakakakaka...
    pepadu ado pres komperen!!! rugi kmk sik atang nangga laip.

    sik jadi pelakon animasi gik ktk su iJamm? kempunan............~~~~~~~

    ReplyDelete
  2. ya PC dari su ijamm..su ijamm su ijamm mintak otograf lok...

    ReplyDelete
  3. yezzaaa... menjadi nang menjadi.. hhehehehe.. kipidap su ijamm!!

    ReplyDelete
  4. Vogue kali jak rupa Audio masa nerimak award ya. hahaha.

    ReplyDelete
  5. hhahahahhaha.kacak pic ujong ya.syabbbasss beteeeyyyy syaabbbaaaasss! :)

    ReplyDelete
  6. Aie, ada juak merik royalti k gula ngan beras ajak? Yah, nang tauk sik kebulur la Fazy sampe tujoh keturunan.

    ReplyDelete
  7. yo nyehhhh~ boleh tahan juak ceto yo sampe dapat 64 igek anugerah! ya nang sapu bersih lah~ cako wak eyh~ mesti ncarik blu-ray china kelak k koleksi!

    ReplyDelete
  8. iyerlah urang madah jangan jadi artis sik nengar, tok pada jadi dpt royalti mcm urang kak rumah hangus jak...hihi

    ReplyDelete
  9. yahhh... sik rugi kamek nangga cta ya ria rah cineplex.. menang juak nya award...

    patut ria jraya jem.. duhal ada PC rah semariang.. ingat ada orang ninggal... huhu...

    ReplyDelete
  10. wakaakkaka..lawak da jak conference tok..kmk awal pagi dh tetak.smpe bos negur kmk..adoi2..adoi2..

    ReplyDelete
  11. Lucu lucu... terhibur juak ati yg gundah gulana tok... ahahahaaa... tahniah su ijammm... anda yg terbaik...

    ReplyDelete
  12. yo nyehh..pc ngan pelakon tambahan xdo ka?heee!

    ReplyDelete
  13. yarn>
    Bukan sik maok, lelah kejo yo..

    Rudy>
    Otograp sekda. Potograp jak ada.

    Onggon>
    Apa yang menjadi? Perangei aku jak makin menjadi-jadi.

    Ms Tikot's>
    Kedong..odio mpun port.

    f.i.e.z.a.>
    Nang kacak lagi mengiurkan..

    Zatil>
    Tapi sayang Fazy ya jenis makan gandum ajak.

    cursive>
    Sapu bersih...sebab yo ajak satu2nya filem yang dipertandingkan maso yo.

    BgRazak>
    Jadi lah beras ngan gula. Sementara nunggu hibah.

    WhiteTulip>
    Di cineplex sekda. Rah cathay jak ada. Tapi cathay dah diroboh 15 taun lepas. Camne tuk o..??

    Khairul Antasha>
    Terus terang jak ngan bos kitak. Explain bagus2 ngan nya. Ni tauk one day kelak nya maok beblog juak.

    eMBuN_mALaM a.k.a. pisang embun>
    Kenak gundah gulana indah..?Tahniah juak untuk kitak yang dah menang hadiah limited edisyen dari onggon & kuncu2nya. 25%, k..

    Ojie>
    Pelakon tambahan mati2 sikmok atang. Supan tek konok..

    ReplyDelete
  14. Wakakakaka...ada pres konperen duhal wakakaka adoiii leput ku baca ekekkee....

    ReplyDelete
  15. Haha.... Nang press abislah pres konperen tuk... Patut juak sidak wartawan sekda ngesor muka d sia.... Napok muka tengah tetak dekah2...

    ReplyDelete
  16. royalti beras and gula jak..hahahahha...

    ReplyDelete
  17. aiksssssssss... tertangga tek koh... ada 25% juak duhal... 25 xda % ada... kikikiiiiii...

    ReplyDelete
  18. nang ada..mudahan jak kitak berjaya menerbitkan naime yg akan mengangkat martabat kita di persada antarabangsa....

    ReplyDelete
  19. Audio>
    menakah leput? Tok dah sedar mena lah..

    AmirFX>
    wartawan pun cuak..

    Felicia>
    cukup lah.. drpd sekda..

    embun malam>
    25 usd? ok, on..

    kelebar Malam>
    Amiiin.. mudahan jak o..

    ReplyDelete
  20. nang ada mengada...

    ReplyDelete
  21. su ijaaammmm, mek asa mek nemu ktk la tek kat ayam penyet.mek sik tauk ya ktk ka sik ko ya mek x berani nego..
    ktk k tshirt puteh, mkn nasik paprik, minum aek soya.ada 2 org gik kwn ktk.sorang k spek..mun mena ya ktk, nang termakbul doa mek mok nemu ktk idup2.hehhehe..
    bkn apa, ktk salu diedit leh bang odio bah. ;P

    ReplyDelete
  22. hai kitak..
    mena kata fieza coz kmk dgn nya mlm tadik. mek duak ng nyaris2 mok nego tp x jadi coz takut salah org. hehe..

    ReplyDelete
  23. mat>
    nang ada..?

    fieza n nieza>
    nasik paprik? ayam penyet? t shirt putih? Dekat seminggu mek sik makan luar malam ari koh.. Mun mek kuar pun salu makei baju itam or mirah. Aik soya nang kamek minat lah... Kembar kmk yang ke-7 ya kali nak..

    ReplyDelete
  24. mena ka bukan ktk? tp muka nya nang abis2 kedak ktk ko. bgs juak la mun bukan, mun mena mek duak nego nakka kedek jak muka mek duak. haha..

    ReplyDelete
  25. adoohhhh.... sakit pewutt mek tetak eh ... uhuk! uhuk! gila eh ....

    ReplyDelete

kOMEN JE..