Salam. Dua tiga hari ni, aku agak bz dengan macam2 aktiviti. Tambah2 lagi aku sedang dalam proses mengapgredkan rekaan replika rumah tradisional yang aku buat skarang. So, kalu kualiti dah up, dah tentu price pun boleh up, kan..
Tapi dalam bz2 tu, sempat jugak la jenguk2 khairul onggon yang balik bercuti ke Sarawak, walaupun kedatangan dia kali ni penuh dgn kesibukan (kesibukan yang mungkin dibuat2).
Ok, kita kembali ke tajuk asal - Teknik2 Merungkai Misteri. Anda selalu berdepan dengan masalah kawan2 bermisteri? Sudah bosan dengan misteri di sekeliling anda? Mari kita belajar teknik2 merungkai misteri dengan kaedah 'pukau muka sposen'.
Teknik pertama adalah untuk meneka nombor rahsia. Ini boleh digunapakai bila seseorang enggan memberitahu sesuatu maklumat berkaitan angka, seperti umur, tarikh lahir, nombor rumah etc.
Contoh : Walaupun telah didesak beberapa kali oleh SyFazidawaty aka Ojie, Odio tetap enggan memberitahu umur sebenar itik peliharaannya. Maka Ojie pun meng'apply'kan teknik pukau muka sposen yang dituntutnya daripada usu kesayangannya, iaitu Su iJamm.
Ojie pun menyediakan 6 keping kad (lebih pun boleh) tertulis angka2 berikut :
Dengan muka sposen, Ojie berkata kepada Odio "OK lah Bro Odio, camtok jak. Kamek nak maksa kitak pun sik guna juak. Biarlah usia itit kesayangan kitak ya jadi rahsia kitak. Biarlah rahsia, kata Siti Nohalija. Tapi kamek ada sigek permintaan. Boleh sik kitak padah ngan kamek, dalam kesemua 6 igek kad tok, kad ne nok ada tercatit umur itit ya?"
Maka, sebagai seorang jejaka macho yang penuh dengan sifat2 keibuan, Odio pun dengan rela hati bersetuju. Pada fikirannya, kalau hanya dengan menyatakan kad mana ada tertera angka rahsia itu (umur itik), mana mungkin Ojie dapat detect.
Setelah puas membelek2 kad, Odio pun menjawab "Umur itit kamek ya ada dalam kad nombor 1, 2, 4 & 6."
Setelah itu, Ojie pun melihat kad2 nombor 1, 2, 4, & 6 yang ditunjukkan oleh Odio tadi secara seimbas lalu. Dengan senyuman kegirangan, Ojie berkata "Owh.. jadi umur itit kitak ya 43 taun lah hoh..!"
Odio yang terkejut kuda terus tercengang seraya berkata "Aih! Camne tak boleh tauk..?"
Rahsianya : Ojie hanya perlu menjumlahkan angka2 sudut atas kiri bagi setiap kad yang ditunjukkan oleh odio, iaitu kad no. 1, 2, 4 & 6 :
.
kad nombor 1, angka sudut atas kirinya ialah 1
kad nombor 2, angka sudut atas kirinya ialah 2
kad nombor 4, angka sudut atas kirinya ialah 8
kad nombor 6, angka sudut atas kirinya ialah 32
Maka dijumlahkanlah : 1 + 2 + 8 + 32 = 43. Maka jawapannya adalah 43!
p/s : Ketika anda membuat pengiraan, jangan menampakkannya kepada rakan anda. Guna kreativiti anda supaya dia tak perasan yang anda sedang mengira. Pesongkan perhatiannya tanpa memesongkan aqidahnya..
Bagaimana kalau maklumat yang bukan berbentuk nombor, seperti nama seseorang? Di bawah ini Su iJamm perturunkan teknik kedua yang dimodifaid dari teknik pertama. Teknik kedua mungkin agak rumit sedikit berbanding yang pertama kerana melibatkan huruf2 yang perlu ditukarkan kepada angka. Jika anda tidak gemar menghafal, anda memerlukan jadual mudah ini :Jadual Urutan Huruf :A = 1, B = 2, C = 3, D = 4, E = 5, F = 6, G = 7,
H = 8, I = 9, J=10, K=11, L=12, M=13, N=14,
O=15, P=16, Q=17, R=18, S=19, T=20, U=21,
V=22, W=23, X=24, Y=25, Z=26
Contoh : Suatu hari, ketika sedang menikmati shisha di Ah Nyan Kopitiam, terjadilah perbualan berikut di antara Zatil & Kerol Antasha : .
Zatil : Sapa hero kitak ya, Kak Keroll??
.
Kerol Antasha : Rahsia!!
.
Zatil : Lewat wak kitak tok Kak Keroll.. Kita kan sama2 belaja kat institut kanak2 bermasalah dolok, sikkan dah lupak.. Kamek kan junior kitak, ingat sik??.. padah la kak..!!
.
Kerol Antasha : Rahsia!!
.
Zatil : Sik pa lah kak keroll, Kitak sik mok madah pun sikda hal. Sik mek nanyak agik. Tapi boleh sik mun kitak madah ngan kamek huruf2 namanya ada lam kad ne.."
Maka Kerol Antasha pun tidak keberatan untuk memberitahu kerana pada sangkaannya, adalah mustahil Zatil boleh tahu rahsianya dengan cara sedemikian. Seperti nasib Odio, Khairul Antasha pun sebenarnya sudah terpukau. Dia sudah termakan pujuk rayu wanita sihir bernama Zatil itu.
Zatil mula bertanya bermula dari huruf pertama dan seterusnya. Dengan tersipu2, Khairul Antasha memberi jawapan berikut :
Huruf pertama ada dalam kad nombor 1, 2, 4
Huruf ke-2 dalam kad nombor 1
Huruf ke-3 dalam kad nombor 1, 4, 5
Setelah mencatit jawapan2 yang diberikan Khairul Antasha, Zatil pun kembali ke rumahnya dengan gembira. Sesampainya di rumah, Zatil pun memulakan langkah merungkai misteri.
Caranya :
Langkah 1 : Tukarkan huruf2 di sudut atas kiri kepada nombor, berdasarkan jadual urutan huruf.
Langkah 2 : Untuk setiap jawapan yang diberi, gunakan cara yang sama seperti teknik pertama (kes Odio vs. Ojie), iaitu menjumlahkan angka2 sudut atas kiri.
Langkah 3 : Untuk jumlah angka tersebut, rujuk kembali jadual urutan huruf dan anda akan mendapat jawapan sebenar!
Langkah seterusnya : Lu kira lah sendiri...
SELAMAT MENCUBA........