Sunday, February 15, 2009

Odio!! Here I Come..!!


Semboyan perang sudah kedengaran. Dari Hokkaido ke Kyushu angin hangat berbaur bau pedang menyentap setiap jiwa para penjual teriyaki di tepi jalan. Bumi bergegar lantaran tempikan "Banzaaaiii...!",.. Dari kejauhan dapat ku saksikan sendiri bagaimana gamat dan bersemangatnya pasukan berkuda mara ke segenap penjuru... berarak beramai-ramai sambil menyanyikan lagu patriotik 'Buronan Cinta'. Itulah tentera-tentera setia ku. Mereka itulah tentera-tentera kebanggaanku..

Aku bukan ganas. Aku seorang yang penyayang sebenarnya. Penyayang pada manusia lain, haiwan, alam semulajadi.. hatta tentera-tentera aku pun aku cukup-cukup sayang. Aku benci perang. Perang memusnahkan segalanya. Perang mengubah geografi & wajah manusia.

Namun di saat-saat tertentu keadaan begitu memaksa. Saat-saat genting memerlukan penglibatan mereka juga. Dan mereka selalunya tidak akan mengecewakan aku. Tidak pernah terlintas di hatiku walau sebesar zarah pun untuk mempertikaikan kesetiaan mereka. Sungguh, mereka tentera yang setia. Itu dapat ku lihat lewat renungan mata mereka, walau sesekali ku rasakan renungan itu seakan renungan ghairah luar tabi'i. ..Aaah.. pedulikan itu semua! Itu kenyataan yang harus diterima setiap manusia glamour seperti aku. Yang penting, mereka setia.

Hari itu aku panggil mereka lagi. Ada tugas baru untuk mereka laksanakan. "Kami taat! Kami setia! Hidup iJamm! Majulah sukan untuk negara!", begitu sahut mereka serentak, kala menerima arahan ku.

Maka bertebaran lah bala tentera setia ini ke seluruh pelosok muka bumi, termasuk Kampung Baru Betong dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya, demi satu misi mencari. Ya.. pencarian paling bersejarah dalam sejarah umat manusia.

Kalian yang setia tak akan menghampakan aku, bukan? Go, go power rangers.. Aku bermonolog dengan yakin..

Namun sangkaanku kali ini nyata meleset. Over konfiden rupanya aku. Siang berganti malam. Hari berganti minggu, Pasar Minggu bertukar Pasar Cekur ... namun, kehampaan jua yang ku terima. Mereka ternyata gagal!


"Jangan kau uji kesabaranku. Jangan sampai nafsu ku menggelegak & bergelora..."


Aku bertafakur... berfikir... berpost mortem...


Aku tidak salahkan tenteraku. Tidak sama sekali. Nehi, shankar! Nehi!


Aku berfikir lagi.. Terlalu licik kah dia..?? Mengapa begitu sukar mengesannya..??


Odio Nakamura!!! Di mana kau??


Arahan ketenteraan, ku tarik balik. Berehatlah kalian bersama isteri & anak-anak kalian di kuarters askar, wahai tentera-tenteraku yang setia.. Aku tak marahkan kalian. Aku kan samurai yang penyayang. Hari-hari aku dengar lagu 'sayang sayang' dendangan Aliff Aziz.



Fasa seterusnya..


Biar aku sendiri pergi mencarinya! Pantang Su iJamm berundur meski ada 10 gear reverse..




Odio Nakamura!! Keluar kau!!



..............................



Odio Nakamura!! Watashi no neko wa chiisai desu! (maksudnya, kucing saya berbadan kecil)



Hmm...




Aku rasa, aku tahu di mana kau berada.. Ya... dan aku yakin! Kali ini kau tak akan terlepas... Odio!! Here i come!!



.






.






.






.




Hah!! Nyaaaaaa Yaaaaaa.... Bulak ta aku........!!







.







.







.










Oii... Pa gik dipolah kauu... Balit agik. Dah gik main ya.., kotor! Juh, balit, mandik. Lekak maghrib ngaji..! Sitok, juh... usu merik nya mandik...




Dah ku madah ngan tak urang, aku tok nang penyayang..



18 comments:

  1. goshinpai naku. doo itashimashite.

    best! best! adakah peperangan akan merebak lagi? kami tunggu....

    ReplyDelete
  2. astaga! pahalawan apakah di penghujung itu!!! kaki badan suma bertigik2!!! hahahaha!!! Kamikazeeee!!! ATTAAACKKKK!!!!!

    ReplyDelete
  3. tahniah zam.. kali tok aku nang mena2 terpesona ngan jln cerita sekali ngan superimpose ko yg semakin terer... muntah ijo ku tetak tek kekekekeke.. nang lucu...

    ReplyDelete
  4. Keluar balit kue tiaw kerang d makan tdk.... Hahaaa... Leput ehhhh... Ganbateee!!!!!

    ReplyDelete
  5. hahahahhahaahahhahahahahahhaaa....nang kacakk!! hahahahahhahahaha....

    yeayyy..su ijam dah ngeluar senjata purbanya debah katelll...hehe..

    ReplyDelete
  6. hehehe.makin terer dah su ijamm tok..imaginasi pun dh melampau2..hehehe

    ReplyDelete
  7. Shitsurei shimashita>
    Hait! Tabette kudasaii..

    cursive>
    ha.ya lah tokoh samurainita 09.

    khairul onggon>
    Ok lah ya, jagn tepesona ngan ku udah..wakaka

    AmirFX>
    Lain kali iboh mkn dolok mun nak maca blog.

    WhiteTulip>
    Hehe.. kmbang idong odio dipuji ktk kacak, hehehe

    Khairul Antasha>
    Urang makei imaginasi, kita makei juak..

    ReplyDelete
  8. hmmm seksi giler audio dipolah dak zam... tutup aurat ya, dosa... dah baligh tuh!!!

    ReplyDelete
  9. aduyaiii.... kenak sik tutup aurat Si Audio tok... aduh... kmk kena ambit air sembayang balit tuk.... tak pa lah... 5 minit lagi...

    ReplyDelete
  10. perghh..hebat eh su jam..congrats!tksima mek ngga pic bg odio yg begitu seksi sekals..

    ReplyDelete
  11. hahahahhahahhaaa.......
    cak da belakang ya...
    melepssss...

    ReplyDelete
  12. Wakakakak...bok sedar ku entry tok duhal ekekeke nang SOLID abis laa body ku dalam gamba ya ekekekeke....

    ReplyDelete
  13. hahahaha..hero samurai x
    lawak nak korang tok ehh..
    terganggu mental saya~ (+_+)

    ReplyDelete
  14. dukunlintah plk>
    Aih! Pelik wak stail tetak ya..

    irbika, ayang's>
    Tak yah tutup. Dah hilang seri. hehe

    SyFazidawaty>
    Yeah.. like uncle like niece..

    ju3>
    Aok o.. betatu gik ya. Sinie nak ncarik..

    Audio>
    Bangga nya...

    Marcella Raymond>
    Cepat2 berubat ngan Master Audio.

    ReplyDelete
  15. Ahahahah. Lawak li jak. Yerrrr nya juak jadi orang mude, Audio jadi pak saok.

    ReplyDelete
  16. Anda telah ditagged oleh kamek, sila berik respond k...

    ReplyDelete
  17. Zatil>
    Stail P Ramlee bah.. Nya molah cita, nya juak jadi hero.. hehe

    irbika>
    Tag lagi!!! Waaaa.... husband & wife tag aku skaligus..

    ReplyDelete

kOMEN JE..