Sunday, February 8, 2009

Bintang Duabelas


Salaaaam.. Kali tok ku nak cita pasal sigek buku antik a.k.a. kitab lamak. Kitab tok kepunyaan bapakku, aku jumpa time ku form 2 marek. Sik tauk lah kenak ku tang pandei minat gilak ngan buku tok.

tajuk buku : Bintang Duabelas
terbitan : (sik jelas)
tahun diterbitkan : 1937
pengarang asal : Abu Ma'syar Al Falaki


Ditulis lam tulisan jawi sistem ejaan lamak. Ada beberapa part dah 'injured' dimakan anei-anei, tapi sejak ku nemu nya kali petama, saaaampei aritok, dijamin sekda 'kerosakan lanjutan'. Sayang ku ngan kitab ya, ku simpan lam plastik, takut dimakan dak anei-anei agik. Nang lah anei-anei nok makan nya ya dah sekda agik sia, dah lari, tapi nie tauk, dak nya ada besusei ngan anei-anei lain, madah buku ya nyaman dimakan..
Buku tok, nak kata ku kitab ahli nujum, sik juak. Nak kata buku motivasi pun bukan. Aku dah nanyak pendapat sorang ustaz. Dalam seminggu macam ya lah nya minjam buku tok pakei teliti. Nya madah, maca buku tok sama lah macam kita makan panadol time sakit palak. Mun kita madah segal panadol ya kita bait, ya dah nyata salah. Allah yang nyemboh, dengan asbab panadol. Maksudnya bergantong ngan niat & pemahaman seseorang. Tapi nya pun sik dapat nak kompom, sama ada kandungan buku tok betol kah salah. Banyak agik yang perlu diteliti, katanya. Time ku gik skolah dolok, ku nang kurang paham apa motif & maksud penulisan buku ya, sebab bahasa dipakeinya bebelit-belit, spelling kuno gik ya. Tapi ku simpan juak sebagai koleksi. Ada gambarajah pelik-pelik juak.


Dalam beberapa taun kebelakangan tok ajak ku stat coba memahami kandungannya secara lebih intensif. So, mun ada sapa-sapa yang lebih arif tentang hal tok, ku harap boleh tolong xplain. Tujuan entry tok, selain sharing, arap-arap ada juak lah antara tak urang yang boleh merik pendapat tentang buku tok.


Bab pertama, nya madah tentang nilai huruf. Setiap huruf ada nilai tersendirik. Ya lah asas pakei memahami bab-bab lain.

alif=1, ba=2, jim=3, dal=4, ha=5, wau=6, zai=7, ha(alus)=8, tha(tebal)=9,

ya=10, kat=20, lam=30, mim=40, nun=50, sin=60, 'ain=70, fa=80, shad=90,

qaf=100, ra=200, syin=300, ta=400, tsa=500, kha=600, dzal=700, dhad=800, tzha=900, ghin=1000


Jika 'nga' digantikan dengan 'nun' ('nga-> 'nun')

'ga' -> 'qaf'
'cha' -> 'syin'
'nya -> 'ya'
'hamzah' -> 'alif'

Adapun 'Haji' dan 'tengku' dan 'si' tiada dikira jumlah nama (temasuk 'Awang', 'Abang', 'Dayang', 'Wan' etc lah maksudnya nak..), dan bagi seorang dua nama maka yang dipakai namanya yang termasyhur sahaja tiada lain.

Bab 2, aku nang blur langsung sampei nektok..

'Fasal pada menyatakan barang yang jadi daripada segala tahun dengan kira hari yang tujuh'.

Maka jika mula tahun hari Ahad, maka bahawa asy-syams menguasanya maka yaitu menunjuk atas kemenangan raja-raja dan yang memerintah dan sampai segala sebab dengan setengah susah dan adalah sungai Nil pertengahan naiknya dan keluar tumbuh-tumbuhan baik dan banyak gandum pada bulan tut dan mahal benda yang diperah dan pakaian daripada bulu dan ubat ketiak busuk (huh??) hingga bulan barmudah dan pindah setengah manusia daripada negeri kepada negeri yang lain serta kepayahan dan banyak penyakit panas kuat dan banyak buah khurma wallahua'lam.


Ada 'ubat ketiak busuk' indah... Bulan 'tut' & bulan 'barmudah' ya adalah antara nama bulan dalam kalendar Qibti (Mesir kuno). Ya untuk ari Ahad. Ada xplaination untuk ari senin, sasa, rabu dan seterusnya. Ada sapa-sapa dapat paham kah? Mun ada tolong padah, k.



Bab nok paling menarik perhatian aku adalah bab 6. Ayatnya panjang-panjang, tapi ku ringkaskan jadi macam tok :

'Fasal pada menyatakan kira-kira yang menang dan yang kalah.'

Misalnya Musa dan Firaun, maka:


Musa

mim = 40
wau = 6
sin = 60
alif = 1

Jumlahnya 107, maka dibahagi dengan 9, lebihnya 8.


Firaun

fa = 80
ra = 200
'ain = 70
wau = 6
nun = 50

Jumlahnya 406, maka dibahagi 9, lebihnya 1

Jadi 8 menang dan 1 kalah.

Maksudnya tek, Musa menang, Firaun kalah. Ya salah satu contoh yang diberiknya. Pasya diberiknya rule sekerat-sekerat tapi dengan ayat panjang berjela-jela. Ku ringkaskan jadi cam tok :

1 -> 9 (1 dengan 9, 1 mengalahkan 9)
1 <- 8 (1 dengan 8, 8 mengalahkan 1) .. dan seterusnya..
1 -> 7
1 <- 6
1 -> 5
1 <- 4
1 -> 3
1 <- 2

Jika 1 dengan 1, maka yang menuntut mengalahkan yang kena tuntut.


Untuk angka 2, ditebalitkan daripada patern untuk nok 1 di atas ya, menjadikannya macam tok:

2 <- 9 (2 dengan 9, 9 mengalahkan 2).. dan seterusnya..
2 -> 8
2 <- 7
2 -> 6
2 <- 5
2 -> 4
2 <- 3
Jika 2 dengan 2, maka yang kena dakwa mengalahkan yang mendakwa.
2 <- 1


Macam ya lah seterusnya, tapi buku tok ngajar sampei angka 3 ajak, selebihnya kita mpun dapat molah jadual berdasarkan teknik daripada panduan ya.


Aku coba main test-test tek. Ginie mun Onggon ngan Zatil tek bekelaie, kitak mok tauk sapa menang sapa kalah :

onggon

alif=1
wau=6
nga -> nun = 50
ga -> qaf=100
nun=50

Jumlah = 221, dibahagi 9 -> 24 baki 5

Zatil

zai=7
alif=1
ta=400
ya=10
lam=30

Jumlah = 448, dibahagi 9 -> 49 baki 7

Jadi perkiraan kinek tok adalah antara 5 dengan 7. Berdasarkan jadual diberik, kita boleh lanjutkan molah jadual untuk angka 5:

5 -> 9
5 <- 8
5 -> 7
5 <- 6 .. dan seterusnya..

So.. dari sitok kita pat nanggar, 7 menang, 5 kalah. Atau dengan kata lain, mun Onggon ngan Zatil kelaie betarit rambut di jeraya contohnya, Zatil menang, onggon kalah. Sik jak kuat nie Onggon tek o... kalah leh rompuan eh...


Ada sigek bab tok, mesti rami urang minat. Tapi bab tok pun ku sik bapa clear. Ada part nok ilang, pi sik banyaklah...

'Fasal pada menyatakan kira laki isteri dan berkawan dan berkongsi'

Maka jumlahkan namanya dan nama siapa yang dikehendak dihimpunkan kedua itu.. (part tok ilang)..dengan 7 setelah itu dibahagi dengan 9 maka berapa-berapa yang lebih di situlah dapat diketahui halnya. (Asa ku ayat nok ilang ya macam tok -> ...dihimpunkan kedua itu kemudian DITAMBAH dengan 7..., sebab ada nampak macam huruf 'ha' bulat di ujungnya)

Maka jika tinggal 1 maka yaitu di bawah perintah
dan jika tinggal 2 maka yaitu kuat baik tetapi banyak mata orang kepadanya
dan jika tinggal 3 maka yaitu kebajikan
dan jika tinggal 4 maka yaitu mulanya baik dan kesukaan akhirnya berbantah
dan jika tinggal 5 dukacita
dan jika tinggal 6 mulanya senang akhirnya susah
dan jika tinggal 7 sebaik-baik
dan jika tinggal 8 maka yaitu terbalik
dan jika tinggal 9 maka yaitu perbantahan dan perceraian
maka telah mensyairkan demikian setengah ulama..


Cukup lah setakat ya. Sebena nya banyak lagik bab-bab dalam buku 'Bintang Duabelas' tok, kurang lebih 20 bab. Belum kira agik bab tentang 'buruj' yang dibagi 12 bab kecik. Aku pun sik pandei nak ngulas. So, pa pendapat tak urang tentang buku tok?

18 comments:

  1. Wahhhh...buku antik eh. Rindok naa mun berisik buku camya. Memang ku frame ku terus ehek. Ermm nok part `Bulan tut' ya.. actually mun kat negara arab tok, ada sigek buah nok nama `buah tut'. Rupanya seakan2 ceri. Minak nya nyaman gik dari ceri la. Jadi, tut tok biasanya ada musim tertentu jak nya berbuah. Sebab ya lah nya mahal la.

    ReplyDelete
  2. ermm.. susah gak nak faham kitab2 lama ni ye..
    huhu.. silap2 kene pergi bertapa nih.. haha

    ReplyDelete
  3. Su ijamm, best juak ada kitab lamak2 tok..

    ReplyDelete
  4. tentang kiraan onggon tu kebetulan plak hari lahir dia 24/5

    p/s:org dulu2 suka buat kiraan tuk kuatkan adat. mcm org cina, india dsb. Yalah, ada juga bagusnya tu, tak salah kita belajar. Sa suka buku2 gitu.

    ReplyDelete
  5. Audio>
    Mungkin nama asal buah ya pelik gilak kali nak.. sebab ya nya disebut buah 'toooot'...

    fitrahulinsan>
    Tu la publish lam blog, harap2 ader gak yang boleh tolong tafsirkan.

    Khairul Antasha>
    Ya lah koh.. makin lamak, makin berega.

    Shitsurei shimashita>
    Ye ke Shah?? Kalo gitu maknanya ketepatan kiraan 2 makin menghampiri 100%.
    Buku-buku cam ni takde kat library.

    ReplyDelete
  6. Zam.. ooo... kenak aku selalu dikambin itamkan oleh bloggerss?? Huhu... Nang cun juak bday aku 24 May (S4/5).. cayalah... Mun camtok sik jadi lah ngan Zatil kekekekekeke...

    ReplyDelete
  7. classic ada jak buku ya..rajin juak kitak mentelaah nya oo..

    ReplyDelete
  8. Macam best jak kitab tok. Mesti banyak benda yang tersurat & tersirat di dalamnya. Banyak sejarah...

    ReplyDelete
  9. konpius! konpius! very the compilcated buku tok, tpi rasa ku nak mesti ada magic jula juli bintang tiga gtu. ne tauk ktk klk pande jadi harry potter segala nak. su ijam potter hehe.

    ReplyDelete
  10. hmm..antik skali ya...aku pun blur nanga apa nak dipost dirik..heeheh

    ReplyDelete
  11. kahirul onggon>
    Sikpa, kambin itam lebih mulia dari _____itam!

    Mawar Kenyalang>
    Bukan takat buku klasik, mek nang minat apa2 nok klasik, temasuk manusia klasik & klasik nasional.

    Ms Tikot's>
    Ya lah mek sayang gilak ngannya koh.

    oon>
    Ya lah ku gik xplore tok, nie tauk ada ilmu 'pandang tembus', haaaaaa... brani tak urang..!!

    Rudy>
    Aku pun blur nanggar komen dirik..heeeheh

    ReplyDelete
  12. yohh..maknek byk juak buku camyo koh..mok carik tuk..

    ReplyDelete
  13. Ahahah! Nangada bekelaie ngan Onggon rah jeraya indah! Heheh. O...toklah buku numerologi nok dipadah kitak ya tek? Bes eh...mok mek ngira kelak...

    ReplyDelete
  14. yobi, angol palak ku. tapi nang interesting, ku gik blaja nak last sekali ya. coba nak maham!

    ReplyDelete
  15. yoh... ada buku antik eh... best ada jakkk... tapi kenak ya disebut kitab? hhuhu.... anyway, simpan benda ya bait-bait, berega yaa... coba engkah lam ebay start dari seribu dollar.. ada ndak ka bid ooooo...

    ReplyDelete
  16. Sy Fazidawaty>
    Carik, jangan sik carik, jie! Esp bab2 jodoh.

    Zatil>
    Aok, o.. lupak mek kira pkei jodoh ktk tek.

    azai>
    Bagus lah. Kedong ktk keja kesihatan nak..

    FaDLi>
    kitab = buku. kitab suci = holy book
    Nang berega. Sik jual. Sik jual.

    ReplyDelete
  17. http://ilmiahislam.blogspot.com/

    ReplyDelete
  18. https://www.facebook.com/pages/Permata-Yang-HilangBuku-Ilmiahkitab-langka-lama-baru/635527306559471?fref=ts

    ReplyDelete

kOMEN JE..