Tuesday, December 8, 2009

Mereka Mencoret..




Minggu pertama…

Buat insan bernama F..
Pertama-tama sekali, kamek nak mintak ampun maap banyak2 ngan kitak, sebab ngirum coretan ke majalah tok. Mintak maap sebab mukak kesah kita sampei dibaca leh semua urang. Bukan niat kamek nak melepas dendam, atau nak mengaibkan sapa-sapa. Lebih-lebih lagik terhadap kitak, insan bernama F, yang kamek sayang sampei kinek tok.
.
Bukannya apa, tok lah the only cara kamek dapat meluahkan semua yang terpendam di ati kamek. Moga kitak ada terbaca coretan tok, sebab kamek tauk kitak nang sik penah miss meli majalah Mingguan Gerek.
.
F.. Timak kasih atas kad undangan perkahwinan yang kitak kirum ngan kamek ariya. Kacak kad ya.. Ada gamba bunga ros. Ada gamba burung-burung terebang.. Kakya siap ada bau-bau perfume gik. Mesti mahal kitak nempah, khusus untuk hari istimewa kitak ya..
.
Tapi F,.. taukkah kitak,.. setiap kali bila kamek nangga dan renung kad undangan ya, kamek asa terlalu seksa.
Gamba bunga ros ya,.. bila mek nanggar, rasa bagei ati kamek tok dicucok-cucok durik bunga ya..
Bila tercium bau wangi rah kad, kamek rasa macam sidak Yahudi di Jerman kenak sumbat lam bilit gas beracun oleh Adolf Hitler lam cita Schindler List.
Bila nanggar gamba burung-burung merpati terebang ya, kamek rasa macam diberak leh dak burung ya jak..! Nang seksa…
.
F,.. Ingat sik time kita salu dating debah pokok pisang rah belakang umah Nek Jijot ya? Kitak mesti sik lupak janji-janji kita time ya nak? Sik pelu lah kamek coretkan sigek-sigek kata-kata kita ya di sitok, sebab kitak mesti ingat.
Kinektok, sinie peginya janji-janji suma ya? Eran kamek. Ataupun, kitak eksen-eksen lupak? Sorang-sorang kamek kinektok koh. Abis madu sepah dibuang. Sampei ati kitak F.
.
Dariku, Q.
.
Minggu kedua…

.
Buat insan bernama Q..
.
Abang... Terima kasih atas coretan abang minggu lepas. Terima kasih atas segala luahan abang yang jujur dan berterus terang ya. Kamek faham bena-bena apa maksud kitak.
Cuma, kitak yang sik paham situasi kamek sebenanya… Sedih kamek bang…
Kamek ingat semua kata-kata dan janji-janji kita ya, sama sekali sik pernah dan sik akan kamek lupak seumur idup kamek.
.
Tapi, Q… Bukan kitak sik tauk. Mak kamek ya nang menentang keras hubungan kita. Idup kamek pun dikongkongnya, lebih-lebih agik lepas bapak mek dah sekda.
Mungkin nang dah nasib kamek macam tok, nangis ndak alah-alah. Aek mata tok dah kerin, abis stok, kinektok tepaksa bercatu.
Lom bait gik kembang mata mbak nunok lemang raya ya, tok dah start kembang agik. Kinektok kitak gik nudoh kamek berubah ati..
.
Q,.. Sigek soalan mek nak nanyak,.. bila masa kamek nak nikah? Dan bila masa mek ngirum kad undangan ngan kitak.? Pandei-pandei jak kitak molah cita.
Tolonglah jangan ditambah kesedihan kamek. Sekian.
.
Dariku, F.
.
Minggu ketiga…
.
Buat insan-insan bernama Q dan F..
.
Wahai Q..! Wahai F..! Tok turn aku menukilkan sebuah coretan. Kenal takduak sapa aku? Akulah R, stand 4 Rokiah Bt. Bojeng a.k.a. emak si F! Haaa… jega takduak.
Rancak coretan takduak owh.. Indahnya kata-kata tersusun rapi, diselang seli madah, sesekali muncul statement nganok aku dari belakang. Takduak ingat mak tok sik maca majalah Mingguan Gerek? Malas mak nak madah. Mak tauk mak tok dah berumur (jangan disebut ‘tua’). Mak tauk mak tok janda, tapi bukan sebarang janda. Tubuh gik terit oii. Jiwa mak merdeka. Jiwa remaja. Sebut jak majalah apa, mak tok lah peminat no 1. Majalah Ujang? Mangga? Tempur? Seni Beladiri? Mingguan Sukan? Mingguan Kosmik? Tiap minggu mak maca (di pasa minggu, pi sik penah meli).
.
F,… Nang bena mak sik berapa bekenan ngan Q. Daripada ko bekawan ngan miak nama Q ya, bagus ko bekawan ngan miak nama Oon.
.
Q,.. mun nak begerek, polah cara begerek. Mun dah kuar ngan anak dara urang, biarlah mintak ijin ngan urang tuanya (mak tok sik lah tua). Mun nak nanggar wayang kah, wayang cina kah, sik mak melarang. Tapi ibohlah kuar pagi balit tengah malam.
.
F ya lah satu-satunya anak mak, so semestinyalah mak kontrolnya, kedong lom belaki. Mun dah belaki kelak, laki nya lah nyaga nya. Tok jangan kata nak nyuruh belaki, bakal lakinya pun mak sik tauk asal usul. Tang ada-ada muncul nunggu depan jeraya. Takut gilak nak bejumpa mak tok. Ko takut ko terpikat ngan mak tok macam Dafi tepikat ngan emak Sh. Amani lam iklan Silkygirl kah? (Tapi mun ko dah jumpa mak, nang sik mustahil lah benda ya akan belaku. Jangan ko..!).
.
Dah lah, cakap banyak pun sik guna. Sebab ya lah mak tepaksa ngurung si F di rumah buat masa tok, pasya sengaja nempah kad kawin olok-olok ya. Mak lah mpun keja ya mun takduak nak tauk! Hehe.. jangan marah.. terer sik mak tok?
.
Bah! Ya ajak. Sekian.
.
Dariku, R.
.
Minggu keempat…
.
Buat insan-insan bernama Q,F dan R…
.
Aku D, bapak si Q. Aku tok sik lah suka gilak maca majalah, kecuali majalah Pedang Satria. Tapi kebetulan ariya tek majalah ya dah abis stok di pasa minggu, ku beli ajaklah majalah Mingguan Gerek. Alu aku terbaca coretan R. Tang cun gilak kesah ya ngan kesah anakku si Q, ya lah ku tek alu terpanggil juak nak ngantar coretan ke ruangan tok.
.
Q anakku.. kita nang diam serumah, tapi bapak suka-suka ajak nasihat kau makei coretan ke majalah. Ko tauk kenak? Sebab ko tok jenis entingal, mun bapak kelakar masuk tinga kanan, kuar tinga kerek ngan kanan! Mudahan dengan cara tok kau mok nengar kata.
.
Q,.. mun dah gitok bunyi citanya, ko lupak jak terus F ya. Bukan apa, bapak tok nak duda. Bapak takut kelak si F ya sik jadi bini kau, tapi jadi adik tirik. Pasya R sik jadi mak mentua kau, tapi jadi mak tirik. Mun ngekot coretan ya, bukan main hebat gik ompuan nama R ya koh. Kategori ‘Mama Berbisa’.
.
Wahai R,.. nombo tepon abang ada lam simpanan anak kitak si F. Mun ada free, kontek lah abang..
.
Sekian.
.
Dariku, D.
.
Minggu kelima…
.
Buat insan-insan bernama Q,F,R dan D…
.
Saya tok J, editor Majalah Mingguan Gerek. Geram saya nanggar coretan-coretan tokrang 4 minggu beturut-turut, sik abis-abis. Alu saya pun asa nak mencoret juak.
.
Wahai Q & F,.. Takduak urang mudak. Saya paham perasaan takduak. Kasih sayang antara takduak ya nang murni dan suci. Tapi, kemurnian & kesucian ya mok dijaga mena-mena. Mun bena tujuan ya bagus, usahakan dengan cara bagus.
Sigek lagik, ati urang tua mok dijaga. Baruklah semua bejalan lancar.
.
Wahai R & D,.. Saya rasa, anak-anak takduak ya sik lah terok nie. Cuma mok di’ejas’ sikit. Nk nama anak tok, nya ngekot acuan urang tuanya juak. Sikpat nak nyalah daknya seratus peratus.
Pasya, mun dah bagus rondeng kelak, satukan ajak duaknya. Nembiak dah suka sama suka, iboh nak ditambah ngan kerenah birokrasi agik. Besa pahala kita memudahkan pekara bagus.
.
Wahai Q,F,R & D.. Masalah kecik & remeh nang tauk ada akan timbul, tapi betolak ansur lah. Besarkan impian, kecilkan halangan.
Anyway, timak kaseh ngan kitak 4, sebab membantu menaikkan populariti Majalah Mingguan Gerek.
.
Sekian. Dariku, J.
.

MAKA, TAMMAT LAH…

Sunday, November 22, 2009

Alkisah... World Peace.

Alkisah, maka tersebutlah konon di sebuah benua. New York nama bandarnya, Amerika nama negerinya. Dikisahkan pula, di bandar itu ada seorang perempuan, baik bahasanya, hitam manis parasnya, lagi arif dan bijaksana dalam segala perkara.

Apa dikikir batu kemala
Di dalam lumpur pudarnya tiada
Apa difikir jiwa nan lara
Oprah Winfrey sengatnya berbisa..

Maka, oleh yang empunya ceritera, begini kisahnya..

Oprah : Haiiii…. Selamat bertemu kembali dalam rancangan talk show terkemuka di dunia – Oprah Winfrey Show! Selamat datang dan terima kasih tak terhingga saya ucapkan kepada para penonton, baik di rumah mahupun di studio.
Bersama saya di studio kali ini adalah 2 tetamu hebat kita yang tak asing lagi, dengan ditemani isteri masing-masing. Di sebelah kiri saya, tentunya anda kenal! Tepukan gemuruh untuk Tuan Presiden Amerika Syarikat, siapa lagi kalau bukan Mr. Barrack Husayn Obama Bin Hj. Spawi..

(maka, penonton pun bertepuk lah tek..).

Beliau datang ke sini tidak bersendirian, tapi bersama isteri beliau iaitu Dyg. Michelle Obama Bt. Abg. Ramli. Hai, Michelle..!

Seterusnya, di sebelah kanan saya pula, juga tak kurang hebat dan dahsyatnya. Beliau baru saja memenangi jawatan presiden di negaranya untuk penggal kedua. Tahniah dari saya, Tepukan gemuruh untuk presiden negara Iran, Mahmoud Ahmadinejad Bin Bolhi..

(maka, penonton pun bertepuk lah juak..)

Beliau juga turut diiringi isteri beliau iaitu Hjh. Ezizzah Bt. Sulai. Hai, Ezizzah..!
Sepertimana yang kita sedia maklum, pertemuan kita kali ini khusus untuk membincangkan permasalahan yang timbul ekoran persengketaan yang kian meruncing di antara AS dan Iran. Anda semua pun telah maklum tentang format perbincangan khusus, sepertimana yang telah dipersetujui bersama sebelum ini, iaitu ‘perbincangan penuh kasih sayang’. Ini memandangkan kedua-dua ketua negara terbabit memang pantang bersemuka, ibarat asuk dengan pusak.
Suka saya perjelaskan sekali lagi, bahawa format ‘perbincangan penuh kasih sayang’ ini bermakna kedua-dua ketua Negara tadi tidak dibenarkan bercakap, melainkan dengan kata-kata lembut serta penuh adap sopan. Dan demi menjaga keharmonian majlis, kedua-dua ketua negara akan mengutarakan apa-apa usul mestilah dalam bentuk pantun.
Jadi, untuk tidak melengahkan majlis, saya menjemput ketua Negara Iran, iaitu Tuan Presiden Mahmoud Ahmadinejad Bin Bolhi untuk menjual pantun pertamanya. Ingat! Jangan banyak bercakap, apa-apa point penting mesti dalam bentuk pantun, k. Dipersilakan…

Ahmadinejad : Terima kasih Oprah. Ini pantun saya,..

Sini clear sana pun clear
Kenapa hutan habis pokoknya..
Sini nuklear sana pun nuklear
Mengapa Iran dipandang curiga..

(maka, penonton pun bertepuk tangan lah..)

Oprah : Ya.. begitulah pantun dari Ahmadinejad. Kita persilakan ketua Negara AS, Mr. Obama untuk menjawab persoalan tersebut..

Obama : Terima kasih Oprah. Terima kasih, Mat (nickname Ahmadinejad). Ini jawapan dari saya..

Dari Oman pergi ke Balkan,
Beli terubuk di negeri Yaman,
Nuklear kami menjaga aman
Nuklear Iran tiada jaminan

(maka, penonton pun bertepuk tangan lah..)

Oprah : Itu jawapan dari Obama.. Seterusnya, Obama pula akan menjualkan pantunnya kepada Ahmadinejad. Silakan..

Obama : Dengar ya Mat..

Anak cimpanzi mencari kutu
Kutu dicari terkiak kaong
Kenapa tidak kita sekutu
Washington sedia jadi penaung

(maka, penonton pun bertepuk tangan lah..)

Oprah : Itu satu tawaran hebat dari Obama nampaknya. Mr. Ahmadinejad, sila jawab..

Ahmadinejad : Menarik offer tu.. Ini jawapan ikhlas dari saya..

Manok putih suka berkemban
Bagong melihat terkebil-kebil
Rumah Putih bukan harapan
Selama menjadi anjing Israel

(maka, penonton pun bertepuk tangan lah..)

Oprah : Yeah..! Itu pula jawapan tegas dari Ahmadinejad. Terima kasih kepada kedua-dua tetamu kita yang sudi hadir pada malam ini. Dan dengan itu, tamatlah sudah sesi perbincangan penuh kasih sayang dan adab sopan, semoga kedua pihak akan saling lebih memahami antara satu sama lain. Oprah Winfrey Show akan menutup tirainya. Saya, Oprah Winfrey Ak. Albert Nyalong mohon mengundur diri. Jumpa lagi di siri akan datang. Bye….

(maka, penonton di studio pun baliklah.. dan penonton di rumah pun tidurlah..)
Sekian.

Wednesday, October 21, 2009

Rambut Oh Rambut, Mengapa Engkau Panjang...



Setahun berlalu pergi,
Ia muncul ia kembali,
Moga pertalian tambah lestari,
Utuh dan mesra di Deepavali ini… Yerrrr…

Ya intro nya tek.. Dah abis Deepavali dah tuk. Mesti tokrang bizi time ya nak? Tebayang-bayang di mata, betapa gagonya sidak Aerol Antasha berpolah lemang, dak Titil dengan ketupatnya. Mesti kamboh Ms.Tikot ngejas langsir penjan nk sik belen-belen di Taman Sukma ya. Pejal odio lelah ngator sumbu pelita nk baruk dibeli ariya. Sumbu pendek gilak, nie ndak api malar jak padam.

Time raya kah, deepavali kah, kismes kah, urang salu nya gago bepolah rambut. Rompuan lah espesyeli nya. Urang laki lazimnya gago nak beguntin rambut. Tapi usu tok gago nginang rambut. Panjang dah koh.. dah pat diikat.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.






Tapi usu sik lah target nak berambut panjang kedak kumpulan Lefthanded. Ya kakan gilak. Lam sikit masa gik akan dipotong juak lah, nak molah square tek konok. Ikat ya sementara ajak, sebab mun sik diikat, ucei gilak upanya. Bob Marley pun takut nanggar.

So far usu lom penah nemu getah ikat rambut khusus untuk lelaki, jadi usu ngambik pendekatan ngikat kei getah biasa nk pekei miak main ‘zero point’ ya jak lah. Sikkan lah nak makei ikat rambut rompuan. Sanggupkah tokrang nanggar usu ngikat rambut makei getah nk berepol-repol, kalerful dan berlabuci? Atau makei sekang rambut berhiaskan hello kitty yang berlambak di pasaran? Tentunya sik sanggup, bukan..??

Sejak usu start makei stail rambut berikat tok eh, macam-macam jak respon kawan-kawan. Macam-macam jak komen daknya. Ada yang sapot, ada sik. Debah tok adalah senarai komen-komen yang sempat dirakam :

.

.

"Ada kelainan serta memberi imej baru" - Utusan Malaysia


"Sesuatu yang di luar jangkaan!" - New York Times

"Dia nampak gaok. Mungkin dia patut memikirkan untuk kembali berambut pendek" - Jakarta Post



Tapi usu sik kesah komen urang. Pendapat sorang-sorang bah. Sik pelu nak dibesa-besa hal ya. Benda kecik ajak. Tapi nak, ada ‘seseorang’ ya komen, usu kesah. Komen nya spesel kit. Nak kata nyokong, sik juak, sik nyokong pun ndak juak. Tapi lebih kepada ‘sik stuju’ lah.

“Mun kitak asa ok, kamek sik kesah. Tapi mek lebih suka rambut pendek kitak macam awal taun riya..” katanya.


Wassalam..

Wednesday, October 7, 2009

Pahitnya Ais Kacangku



Bersempena dengan Pesta Tanglung dan Karnival Kuih Bulan baru-baru ini, Blog Penglipurlara ‘Bena Tuk Pok?’ dengan sukacitanya mempersembahkan sebuah drama kehidupan masyarakat Cina Kebun.
Cerita ini tidak ada kaitan dengan sesiapa yang telah mati, tetapi ada kaitan dengan yang masih hidup, melainkan yang hidup itu tadi sudah mati. Kalau yang hidup itu tadi sudah mati, barulah ada kaitan dengan yang telah mati. Selagi yang hidup itu terus hidup, selagi itulah ianya ada kaitan dengan yang masih hidup, dan tiada kaitan dengan yang telah mati.



Pahitnya Ais Kacangku

Ahad itu merupakan hari paling mendebarkan buat Melisa Wong. Mana tidaknya, hari itu dia akan menempuh satu misi paling sukar pernah dilakukan seumur hidupnya.
Akalnya tanpa henti memikirkan bagaimana harus dia menyusun kata-kata, agar dapat dia perjelaskan semuanya dengan sebaik mungkin pada sahabat karibnya, Wendy Ngu.

Wendy akan terluka dengan penjelasannya nanti, itu adalah sesuatu yang pasti. Melisa resah. Bagaimana mungkin seorang gadis berjiwa lembut sepertinya sanggup melihat kesengsaraan yang bakal dialami kaum sejenisnya, lebih-lebih lagi seorang yang begitu rapat dengannya sejak zaman kanak-kanak lagi.

Namun, demi mengakhiri sebuah kekalutan yang saban hari semakin kusut, suka atau tidak, dia harus berani. Untuk tidak membiarkan sahabatnya itu daripada dihempas badai kesengsaraan yang lebih berat nanti, dia harus berusaha membina kekuatan untuk melakukannya.

Melisa tahu, betapa dalamnya cinta Wendy kepada Danny Lam. Danny adalah cinta pertama dan terakhir Wendy. Danny adalah segala-galanya buat Wendy..
Melisa tidak dapat membayangkan bagaimanakah penerimaan Wendy nanti apabila mengetahui hasrat Danny yang mahu mengakhiri hubungan mereka. “Tolong beritahu Wendy, Melisa. Kamu lah yang paling sesuai. Hanya kamu yang dapat menerangkan kepada Wendy.” Masih terngiang-ngiang kata-kata Danny di fikiran Melisa. Baru semalam kata-kata itu diluahkan. Danny sendiri tidak sanggup berdepan dengan Wendy lantaran cinta yang masih menebal. Namun, keadaan yang memaksa Danny membuat keputusan pahit itu.

Kini, Wendy sudah berada di depannya. Sengaja Melisa memilih tempat paling hujung dan agak jauh daripada meja-meja lain. Terpampang jelas nama ‘Swee Kang Ais Kacang’, betul-betul di atas kepalanya. Melisa sendiri kurang pasti apakah kelebihan kedai makan tersebut berbanding premis-premis makanan lain yang terdapat di sekitar Bandaraya Kuching, sehingga dia terfikir untuk mempelawa Wendy ke situ. Namun apa yang penting tempat itu akan memberikan sedikit keselesaan kepadanya untuk menyelesaikan misi penting itu.

“Macam mana hubungan kamu sama itu Danny?” Melisa mula membuka topik. Hanya itu ayat terbaik untuk muqadimah yang mampu difikirkannya.

Wendy yang sedang asyik menghirup ais kacang tercengang seketika. Wajah bundar keanak-anakannya menjadi semakin comel oleh gelagatnya itu.
“Eeiiy..! Pertama kali saya mendengar kamu tanya perkara ini.. Mengapa tiba-tiba saja kamu pandai tanya sedangkan selama ini tidak pernah..? Soal Wendy.

“Ermm.. saya suka-suka saja maa..” Balas Melisa ringkas. Wajahnya tetap serius.

Wendy tersenyum simpul.
“Huuh…!” Wendy mengeluh ceria. Dengan wajah girang dia memulakan cerita, “Semuanya berjalan sangat baik laa. Saya benar-benar bahagia mendapat kekasih yang seperti itu. Hati perempuan mana yang tidak suka kalau buah hatinya sangat kiut dan baik hati pula. Pandai mengambil hati orang tua dan keluarga saya. Penyayang… Caring… Romantik… Pandai memujuk…”.

Melisa terus mendengar. Namun dia sebenarnya sedang memikirkan adakah dia sudah bersedia untuk menjelaskan segala-galanya kepada Wendy.

Tanpa perasan keadaan itu, Wendy menyambung, “Sekarang ini aa.. saya rasa seperti ‘I can’t live without him’.. Macam Astro punya slogan lo..! nanti bila sudah kawin, saya akan kata ‘don’t leave home without him’.. sama macam slogan American Express..” Gurauan Wendy diikuti gelak tawanya.

“Enough, Wendy!” Sergah Melisa spontan.

“Eiii.??? Tadi kamu tanya hal saya dengan Danny.. sekarang macam tidak suka sajaaa… kenapa dengan kamu ini, Melisa..? Sungguh pelik saya melihat.”

Debaran Melisa semakin menjadi-jadi. Hatinya berbelah bagi untuk meneruskan niatnya. Kalau diikutkan perasaan, mahu saja rasanya dia berlari meninggalkan Kedai Swee Kang itu sekarang juga. Wajah ceria penuh pengharapan Wendy itu benar-benar mencengkam naluri kemanusiaan Melisa. Tapi, kalau dia tidak melakukannya sekarang, masalah itu tidak akan ada penghujungnya, malah akan bertambah parah, fikir Melisa lagi.

“Owh ya..!” Wendy semakin rancak. “Hari Rabu nanti adalah harijadi ibu saya. Dia kata mahu buat makan besar untuk keluarga kami di Rock Road Seafood. Ibu ada pesan suruh saya ajak Danny. Ibu pun suruh bawa kamu skali. Kamu mesti datang aa..! Danny mesti seronok. Dia suka makanan di Rock Road Seafood.”

“Wendy!!!! Kamu dengar betul-betul apa yang saya mau cakap ini. Kekasih kamu, Danny Lam itu..“ Kata-kata Melisa terhenti. Wendy yang sedikit terperanjat, membesarkan matanya. Menunggu dengan ghairah butiran selanjutnya dari mulut Melisa. Lebih-lebih lagi bila Melisa ingin memperkatakan sesuatu tentang Danny.

Setelah berusaha mengumpul kekuatan, Melissa menyambung, “..kekasih kamu itu.. Danny Lam… akan berkahwin minggu depan!!! Bukan dengan kamu.. tapi dengan perempuan lain. Mereka sudah bertunang dua bulan lepas..!”

Wendy terpaku. Seluruh sendinya seakan terkunci begitu rapi. Urat sarafnya bagai disimpul-simpul. Hanya nadinya terasa berdegup perlahan. Dia cuba memikirkan kata-kata Melisa sebentar tadi.

“Hey!! Tidak mungkin! Jangan berjenaka dengan saya seperti ini Melisa! Danny seorang kekasih yang sangat baik hati. Dia cintakan saya!” Wendy mula naik berang.

“Memang betul dia cinta sama kamu Wendy.. Sebab itu dia tidak sanggup untuk memberitahu kamu. Dia meminta pertolongan dari saya, untuk menyampaikan kepada kamu. Dia sayang sama perempuan itu, dan sama kamu juga. Dua-dua dia sangat sayang. Tapi dia terpaksa memilih seorang saja. Dan dia sudah memilih untuk berkahwin dengan perempuan itu. Danny sendiri tidak sanggup untuk memberitahu kamu kerana hatinya masih sayang kepada kamu” Jelas Melisa dengan tenang.

Wendy terdiam lagi. Menahan perasaan. Matanya dipejam, sambil kepalanya digeleng-geleng perlahan.
Melisa amat faham akan apa yang dirasai Wendy saat ini. Semua itu sudah di dalam jangkaannya. Melisa cuba mengawal perasaannya sendiri. Dengan suara lembut, Melisa cuba mententeramkan Wendy, “Bertenang Wendy. Bawa mengucap (hah?) Banyak-banyak mengingat tuhan..”

Wendy menarik nafas panjang. Kelihatannya seperti cuba menstabilkan emosi.
“Okey..! Kalau betul begitu, mengapa dia suruh kamu yang memberitahu? Mengapa bukan orang lain? Mengapa bukan keluarga dia atau keluarga saya? Mengapa, Melisa?” Wendy masih enggan menerima hakikat.

“Kerana saya adalah sahabat kamu semenjak dahulukala. Kita berdua sangat rapat. Lagi pula, saya berkawan baik dengan Danny juga”

“Melisa! Semenjak kecil dahulu sehingga sekarang, ini adalah kali pertama saya menghilang kepercayaan sama kamu! Cerita kamu ini begitu meragukan hati saya.” Wendy tetap tidak berpuas hati.

“Jadi, apa yang harus saya membuat, supaya kamu percaya?” Melisa tanpa jemu berusaha untuk meyakinkan Wendy.

“Saya mahu berjumpa Danny! Saya mahu mendengar dari mulut Danny sendiri!” Tegas Wendy.

“Kamu boleh jumpa dan tanya Danny. Tapi bukan hari ini, kerana dia berkurung diri sepanjang hari. Henpon pun akan off hari ini. Dia kata mahu membiarkan saya memberitahu kamu. Esok hari baru dia bersedia bercakap dengan orang. Saya pun tidak tahu di mana dia berada sekarang”

“Kalau begitu, kamu bawa saya berjumpa perempuan itu laa!” Pinta Wendy lagi.

“Saya fikir itu tidak perlu.. Kamu tunggu esok saja. Nanti Danny akan terangkan kepada kamu.”

“Melisa! Tolong saya Melisa! Saya mesti bercakap dengan perempuan itu. Saya bukan mahu bergaduh. Mahu bercakap-cakap saja.. Saya tahu kamu mesti mengenali perempuan itu. Tolong lah saya Melisa.. Kalau saya tak dapat berjumpa dia sekarang, saya akan membunuhkan diri..!” Wendy mula merayu. Kedua matanya sudah digenangi air jernih.

Melihatkan kesungguhan Wendy, Melisa meminta kepastian lagi. “Kamu betul-betul mahu berjumpa perempuan itu?”

Wendy mengangguk perlahan, tapi penuh keyakinan.

“Kalau kamu jumpa dia, apa yang kamu akan berbuat?” Soal Melisa lagi.

“Saya sudah kata, saya mahu bercakap saja.”

“Kalau begitu, kamu beritahu saya apa yang kamu mahu beritahu sama perempuan itu.”

“Saya mahu bercakap sendiri dengan dia. Tidak perlu melalui kamu” Wendy tetap bertegas.

“Kamu mesti beritahu sama saya, sebab… kamu sekarang sedang bercakap dengan perempuan yang dimaksudkan!” Jelas Melisa dengan tenang, seraya menggetap bibir manisnya.

Wendy tersentak lagi. Direnungnya tepat ke wajah Melisa dengan pandangan tajam.
“Melisa…??? Kenapa begitu tergamak kamu merampas kekasih kawan sendiri? Saya sangka kamu selama ini adalah kawan baik saya. Rupa-rupanya menjadi gunting dalam lipatan. Sanggup potong jalan rakan sendiri..!”
Lantaran suara yang agak nyaring, gelagat mereka berdua mula menjadi perhatian beberapa pelanggan lain. Ada yang menjeling dengan ekor mata. Yang lain menoleh sekali sekala.

“Ini bukan soal merampas kekasih atau potong jalan, Wendy! Persoalannya terletak pada Danny. Dia..”

“Aaaah..! Kenapa disalahkan Danny? Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Kamu sudah tahu dia ada kekasih, tapi kenapa masih mahu menggatal? Kamu langsung tidak memikirkan perasaan saya. Kamu memang seorang perempuan yang sangat gatal!!” Amarah Wendy sudah tidak terbendung.

Semakin ramai pelanggan yang memerhati ke arah mereka. Terdengar satu suara perlahan berkata “Itu jantan punya pasal la..Haiya..” Namun keadaan terlalu genting bagi Wendy maupun Melisa untuk memperdulikan itu semua.

“Kamu jangan melampau, Wendy! Kamu yang sebenarnya tidak memikirkan tentang perasaan saya! Hanya fikirkan perasaan sendiri saja. Kamu tentu masih ingat bahawa saya yang memperkenalkan Danny kepada kamu dulu, bukan? Waktu itu kami baru hendak mula bercinta. Tapi tidak lama selepas itu Danny kata dia sudah jatuh hati pada dua wanita serentak. Saya kata saya rela mengundur diri kalau dia sudah suka sama kamu, sebelum perasaan saya pergi lebih jauh. Tapi Danny kata tunggu dulu sebab dia sayang sama saya, seperti dia sayang sama kamu juga. Dia sendiri tidak dapat melarikan dirinya daripada perasaan seperti itu. Saya tidak pernah menyalahkan Danny atau sesiapa.
Keadaan sudah berlaku seperti ini. Masa tidak dapat diundurkan. Kalau Danny mahu buang saya ketika ini untuk dia memilih kamu pun saya rela. Tapi dia sudah membuat keputusan. Ini semua keputusan Danny sendiri.” Terang Melisa dengan panjang lebar.

Wendy bingkas bangun. Handbag di atas meja lantas disambarnya.
“Baik! Saya akan jumpa Danny esok. Saya akan mendengar dari mulutnya sendiri. Kalau dia memang fikir kamu lebih baik dari saya, saya akan terima. Tapi, jangan ingat saya akan mendiam diri! Walau apa pun yang akan terjadi nanti, bermula saat ini saya tidak kenal kamu lagi. Selamat tinggal Melissa..!!” Gertaknya dengan geram sambil berlalu meninggalkan Melisa.

Ayat terakhir Wendy itu pun memang sudah dijangka, namun tetap mengguris perasaan dan mencipta impak yang bercampur baur di jiwa Melissa. Itulah hakikat dunia, fikirnya. Tidak semua yang diimpikan akan tergapai, dan tidak semua yang dibenci itu mampu dibuang..


Melisa Wong dan Danny Lam akhirnya berkahwin. Wendy Ngu pula membatalkan niatnya untuk membunuh diri kerana takut rohnya akan menjadi hantu. Wendy berkenalan dengan seorang tukang tarik kereta bernama Ah Keong atau ‘The Non-stop Sleeping Dragon’. Ah Keong pula telah memperkenalkan Wendy kepada seorang bomoh wanita keturunan Melayu bernama Isot (yang pernah dikecewakan oleh Pawi dan Udin). Apakah kesudahannya nanti? Sama-sama kita tunggu kisah selanjutnya yang akan disiarkan menjelang Deepavali nanti…




Wednesday, September 16, 2009

Satu Hari Di Hari Yang Bukan Hari Raya

Assalamu’alaikum wrb.. Terima kasih pengerusi majlis. Salam Lebaran tuan2 dan puan2, yang dikasihi. Tidak lama lagi, atau lebih tepatnya Hari Ahad depan (itupun kalau anak bulan sudi memperlihatkan dirinya yang milus itu), kita akan menyambut Hari Raya ‘Aidilfitri, hari kemenangan. Kemenangan apakah itu, tuan2 dan puan2? Ya… kemenangan menundukkan hawa nafsu sepanjang Bulan Ramadan. So, kepada sesiapa yang tak berpuasa, tanpa sebab-sebab yang dibenarkan syari’i, paham-paham je lah ye...
Tuan2 dan puan2 yang dikasihi.. berbicara mengenai hari kemenangan, masih ramai di kalangan kita yang kurang faham akan konsep hari perayaan dalam agama kita. Sering kita lihat di kaca tv, bila terjadi sesuatu malapetaka bila hampir menjelang Hari Raya contohnya kebakaran, maka kita lihat mangsa-mangsa itu bila ditemuramah akan berkata “Semua persediaan kami untuk Hari Raya ni dah habis musnah. Kami sedih sangat2. Nampaknya Raya tahun ni tak ada ertinya buat kami sekeluarga”. Tuan2 dan puan2, Hari Raya itu hari untuk kita memuji Allah. Kalau pada hari-hari biasa kita memuji Allah pada setiap solat dan selepas solat, di Hari Raya ‘Aidilfitri pula kita lebihkan memuji Nya dengan bertakbir, bertahmid dan bertasbih. Itu sudah ada dalam agama kita. Jadi, siapakah kita ini untuk berkata “Hari Raya ini tidak ada ertinya..?” Adakah kita fikir hari kebesaran agama kita itu hanya untuk berseronok-seronok dan bermewah-mewah, seperti halnya dengan perayaan orang lain? Adakah jika tanpa baju yang cantik-cantik, tanpa langsir mahal-mahal dan tanpa kuih yang nyams-nyams skals, akan menghalang kita dari membesarkan tuhan pada hari tersebut? Fikir-fikirkanlah..

Pengerusi : Ya.. Terima kasih, Tuan Haji. Tuan2 dan puan2, begitulah tadi, penerangan yang ringkas daripada penceramah jemputan kita malam ini, iaitu Tuan Haji Amir Bin FX, pegawai kanan di Jabatan Anak Bulan. Jadi, kepada para penonton, sama ada penonton di rumah atau di studio yang ada kemusykilan dan inginkan penjelasan dari Tuan Haji bolehlah berbuat demikian sekarang. Bagi penonton di rumah, anda boleh menaip AFUNDI AMIRFX dan hantar ke mana-mana nombor yang anda suka. Bagi penonton di studio pula anda boleh bertanya soalan dengan berteriak dari tempat duduk anda.
Kita terima panggilan pertama dari pemanggil. Hello! Siapa di sana?

Pemanggil : (Sora rompuan) Hello..! Saya nak ajukan soalan pada Tuan Aji.. boleh kah?

Pengerusi : Ya teruskan puan. Perkenalkan diri puan..

Pemanggil : Assalamualaikum. Saya Puan Titil Adoheh, dari Kuching Sarawak. Soalan saya, apakah ukumnya, mun kita molah hari perayaan ada bertema-tema indah..? Contohnya, macam saya ngan suami, taun tok mekduak makei tema ‘AirAsia, everybody can beraya..’ Jadi, apa pandangan Tuan Aji? Boleh kah sik? Ya ajak lah, timak kaseh. Assalamualaikum. Raya tang umah..

Pengerusi : Panggilan dari jauh nampaknya, dari Kuching Sarawak. Owh, kita terima satu lagi panggilan, tuan Haji. Hello, siapa di sana?

Pemanggil 2 : (Sora rompuan juak) Assalamualaikum, saya Puan Aerol Angkasa, dari Kuching Sarawak.

Pengerusi : Mmmm.. Dari Sarawak jugak. Ramai pemanggil kita dari Sarawak malam ni ya Tuan Haji. Teruskan puan, soalannya..?

Pemanggil 2 : Tadik tuan aji ada madah, mun penonton di studio ngan di rumah ada soalan, boleh nanyak. Soalan saya, mun dari opis macam saya boleh sik nanyak soalan? Ya ajak. Raya tang umah aa.. Yerrr…

Belum pun sempat Tuan Haji menjawab soalan2 tersebut, salah seorang penonton di studio pula tampil sambil berteriak.

Penonton : Woii..! Saya nak nak join skaliiii..! Boleh kaaaahhh…?

Pengerusi : Ya, ya.. silakan saudara. Teruskan berteriak.

Penonton : Timak kaseeehhh…! Nama saya Sen! Nama penoh, Sun Yat Sen..! Saya bukan nak nanyak soalaaaan.. tapi nak melahirkan rasa sik puas ati ngan pemanggil keduak tadiiik..! Puan Aerol Angkasaaaa…! Ada ka patut nya nanyak soalan macam yaaa…! Sik relevan langsung! Sipi-sipi pun siiikkk..! Lain kali tanyak la soalan nok bepekdah sikitt..! Sekiaaaaan, timak kaseeeeh..! Raya tang umaaaah, woii..!

Pengerusi : Ya, terima kasih saudara Sen atas keprihatinan itu. Kita teruskan majlis. Jadi, Tuan Haji.. (sekali lagi ada isyarat memanggil masuk). Wooh..! Nampaknya ada satu lagi panggilan ni Tuan Haji.

T. Hj. Amir : Jadikannya panggilan terakhir. Lepas ni, kita terminate terus line! Kontek dak Celcom!

Pemanggil 3 : (Sora olaki, macam bunyi unta sikit) Smekom! Saya call dari Kuching juak. Eheks..

Pengerusi : Perkenalkan diri anda..

Pemanggil 3 : Saya supan nak madah nama saya. Cukuplah saya madah yang saya tok call dari Kuching juak. Saya urang Dubai, kinektok dah menetap di Kuching secara haram tanpa dokumen yang sah. Pekerjaan saya ialah tukang superimpose muka urang. Sempena Raya tok, saya dah mintak mahap ngan smua urang yang pernah saya aniaya dengan hasil kerja superimpose saya yang canggih ya, tapi daknya smua madah “tiada maap bagimu”. (berhenti sejenak kerana menahan sebak). Soalan saya, apakah yang patut saya lakukan kinektok? Adakah saya harus ngempas dirik di jeraya begoleng-goleng sambil berkata “ampunkan Tanggang, mak! Ampunkan Tanggang mak!”..? Timak kaseh, raya tang umah eheks.

Pengerusi : Ermmm… Program kita diselubungi kesedihan sebentar tadi. Tapi takpa, walau apapun yang terjadi, hidup mesti diteruskan. Jadi…

T.Hj. Amir : Errr… line dah terminate tek?

Pengerusi : Jangan bimbang, Tuan Haji, dengan wayar-wayar talipon sekali dah dirumbak, box litar pun dah dikerugak. Sure takkan ada panggilan masuk lagi lepas ni. Jadi, adakah tuan Haji nak menjawab kemusykilan-kemusykilan dari para pemanggil dan penonton tadi?

T.Hj. Amir : (mengangguk-angguk perlahan) Ya.. saya akan jawab. Tapi bukan sekarang. Tunggu Raya taun depan. Lagipun jadual saya terlalu padat sekarang ni. Kek-kek lapis pun banyak yang belum setel lagi.

Pengerusi : Baiklah, tuan2 dan puan2. Dengan ini maka tamatlah program khas kita kali ini yang diberi nama.. Satu Hari Di Hari Yang Bukan Hari Raya. Saya akhiri dengan serangkap pantun :

Kalau ada sumur di ladang
Tidak saya tertampi-tampi
Kalau ladang tidak ada sumur
Hutang budi dibawa mati

Sekian.


* * *

Sempena Hari Raya tok, saya, Abg. Zamsari B. Abg. Abd. Mola a.k.a. Su iJamm, ingin mengucapkan, Selamat Hari Raya ‘Aidilfitri, mahap jaher baten. Mintak ampun banyak2 k, nie lah tauk sepanjang usu beguro plentei ngan tokrang lamak-lamak tuk ada salah silap, teranok, terumpat, terkasar dan tersakat sampei ada yang kecik ati. Usu tuk manusia biasa. (Tedah Embun Malam ngan Katie Munga dah terkenak ‘mesej misteri’). Mintak ampun banyak2 ngan takduak, k. Lepas raya tok sik usu berolah agik. Mintak ijin dari ujong rambut sampei ujong kaki, seterusnya balit agik ke ujong rambut nok tadik ya. Dan, kepada semua beloger & polower yang sudi bersama dan berkomen (awas! Jangan ilangkan hurup ‘k’ ya), timak kaseh diucapkan. Khas untuk tokrang, ada lagu debah tok. Silalah belagu sama-sama tanpa ada sedikit pun rasa segan silu…





Satu Hari Di Hari Yang Bukan Hari Raya (M. Nasir feat. M. Rajoli & M. Kumaresan)

Satu hari di hari yang bukan Hari Raya
Ku lihat cahya yang sungguh indah
Cahya dari pelita minyak tanah
Datang dari rumah sebelah
Rumah Udin laki si Kiah

Satu hari di hari yang bukan Hari Raya
Ku dengar bunyi yang ‘letam-letum’
Kiranya bunyi itu adalah,
Budak-budak bermain mercun
Aku yang jual berkatun-katun

Chorus :
Satu hari di hari yang bukan Hari Raya
Aku menangis di jalanraya
Aku menangis tanda ku loba
Nak cepat kaya..

Chorus 2 :
Satu hari di hari yang bukan Hari Raya
Ku lihat wajah suci Penghulu
Ku lihat wajah Inspektor Vellu
Menahanku..

Mungkin inilah dia balasanku…


RAYA TANG UMAH MEK URANG DI BETONG NUN..!
.
.
.
.
.
.
.
.

Sunday, September 6, 2009

Mengenali Jenis-jenis Rimo


Salam. Tokrang lelah sik posa? Mun dah sungkei, tokrang lelah sik kak sungkei tadik. Mun lelah, pakata kitak urang merilekkan dirik sambil kita cita hal rimo.. Bukan usu nak cita hal spesis-spesis rimo secara saintifik, tapi istilah2 nak salu didengar kita ajak. Bagi yang nak ngambik SPM taun tok, sila beri perhatian penuh, nie tauk ada kluar topik tok lam sabjek Kajian Tempatan.


Jenis-jenis rimo

Secara kasarnya, jenis-jenis rimo adalah seperti berikut :
a. rimo belang (tiger)
b. rimo bintang (cheetah)
c. rimo dahan atau rimo kumbang, suka nekik pokok (panther)
d. rimo nak salu berekot-berekot, wana putih (jaguar)


Beberapa istilah rimo nk salu didengar :

Harimau Malaysia
Harimau Malaysia adalah nama pasukan menbol kebangsaan Malaysia. Nya ngambik nama ‘harimau’ ya untuk melambangkan kekuatan dan semangat pasukan Malaysia.

Harimau Muda
Nama diberik untuk pasukan menbol kebangsaan Malaysia debah 20 taun. Sidaktok debah kendalian FAM.



Harimau Tamil a.k.a Liberation Tiger of Tamil Eelam (LTTE)
Tok adalah sebuah pertubuhan tentera minority Tamil di Sri Lanka. ‘Eelam’ adalah nama lamak bagi Sri Lanka mengikut istilah sidak Tamil. Diterajui oleh ketuanya, Vellupillai Prabhakaran, matlamat LTTE adalah memperjuangkan kemerdekaan untuk beberapa negeri di Utara dan Timur Sri Lanka. Dianggap teroris dan diharamkan di 31 buah negara termasuk India, US, Negara-negara Kesatuan Eropah, UK, Kanada dan Australia. Tentera Sri Lanka telah melancarkan serangan besar-besaran untuk merusah kubu-kubu LTTE sejak awal 2009, last-last dapat juak sidak merebuk LTTE pada pertengahan taun ariya. LTTE secara rasmi ditumpaskan pada 18 Mei 2009, bila bos daknya ditembak mati oleh tentera Sri Lanka.

Balsam Harimau
Tok sejenis minyak panas, pok. Mun tokrang ada sengal-sengal otot kah, sakit sendi kah, idong tesumbat kah, boleh trai makei tiger balm. Brand tok dah lamak wujud, dah ada sebelom kelahiran maknek kepada Mbok WinkWink agik. Nya mpun ingridien dicipta lebih 100 taun lampau.



Harimau Jadian
Aaaaaaa…. Tok usu sik berani nak komen gilak. Ada urang pecayak, ada sik. Kira macam ikan duyung juak lah.. (kenak nama ikan duyung tok sensitip gilak hoh..?) Bagi usu, nak kata pecayak, ndak juak, sik cayak pun ndak juak.




Tuesday, August 25, 2009

Cerita Rakyat : Cinderella... Yang Tak Rela.


Putera Mahkota mundar mandir di ruang tengah istana. Gelisah. Celaru. Kegelisahan dan kecelaruan itu jelas terpancar di wajahnya. Begitulah keadaannya semenjak malam itu.

Majlis keramaian dan tari menari dua malam yang sudah, ternyata memberi impak yang besar di jiwa sang putera bakal pewaris takhta kerajaan King Edward II itu. Majlis tersebut menjadi saksi segala-galanya. Di situlah segalanya bermula.

Semuanya berlaku begitu pantas. Entah bagaimana di tengah ribuan rakyat jelata yang sedang bergembira di majlis itu, Putera Mahkota tiba-tiba terpandang seraut wajah ayu, sedang melirik ke arahnya. Lalu, bagaikan ada satu kuasa tarikan yang membawa Putera Mahkota maju mendekati bidadarinya itu.


Maka menarilah dua sejoli itu hingga larut malam, dengan diperhatikan segenap rakyat jelata dengan rasa kagum. Sama cantik, sama sepadan, kata mereka. Bak kata pepatah Inggeris, ‘an apple a day, keeps te doctor away’.


Cukup perfek, bisik hati Putera Mahkota. Rambutnya… seperti baru menerima rawatan teknik rebonding. Lirik matanya… umpama jelingan isteri Datuk K. Goyang pinggulnya… mengalahkan lenggok Inul Daratista. Keindahan itu ditambah lagi dengan keanggunan baju gaon kelebar, bertatahkan kristal plastik sentuhan Butik Rannia Dennissa. Dan, yang paling menyerlah… adalah kilauan jernih dari sepatu kacanya! Pendek kata, segala-gala milik gadis itu, cukup menawan hati setiap lelaki sejati.


Malam yang hangat seakan merestui pertemuan mereka. Keduanya terus tenggelam dalam kemeriahan irama dangdut.


Namun, dentingan jam besar istana, menandakan tepat pukul 12.00 tengah malam, melenyapkan semua keasyikan itu. "Patik terpaksa balit kinektok juak, tuanku! Maapkan patik.." Hanya itu ungkapan yang sempat dibisikkan si gadis ayu, yang kemudian dengan tergesa-gesa meninggalkan kawasan perkarangan istana, dan meninggalkan Putera Mahkota dalam kehairanan.


Putera Mahkota cuba mengejar, namun gadis itu terus berlari dengan kelajuan maksima, persis pecutan Usain Bolt. Tinggallah Putera Mahkota kebuntuan.


Lantas, semuanya seakan telah berakhir di situ. Tiada apa lagi yang tinggal. Lenyap. Kecuali…
“Kasutny
a,,,?” Itulah kata-kata yang terluah dari mulut Putera Mahkota bila matanya menangkap sesuatu yang berkilau dan begemerlapan di lantai istana. Ya, gadis itu tertanggal kasut kacanya, dek kerana sengaut gilak nak pulang.


Lalu, dengan hati penuh ‘girdu’ (girang + rindu), malam itu juga sang putera memanggil Ketua Panglima untuk diberikan satu misi khas.


Dengan kasut kaca di tangan, Putera Mahkota memberi ‘briefing’ kepada Ketua Panglima, “Kasut tok adalah spesel edisyen! Tugas kau, mbak kasut tok pegi ke setiap rumah, cek wan-bai-wan, suruh daknya makei. Sapa-sapa nok kakinya cun ngan saiz kasut tok, mbak nya ngadap beta. Ya ajak. Ada apa-apa soalan?”


“Mun rami, tuanku? Camni patik nak mileh?” Ketua Panglima masih kurang jelas dengan motif ‘ops kasut’ itu.

“Mun rami, mbak jak semuanya. Kelak nyuruh daknya bebaris. Beta mpun akan molah kawad cam kelak.”


Kini, sudah masuk hari ketiga misi mencari dijalankan. Namun, Ketua Panglima dan asisten-asistennya belum lagi kembali ke istana. Putera Mahkota semakin resah. Rindunya makin menebal (rindu ngan rompuan ya, bukan rindu ngan ketua pengawal, ngok!).

Tempoh tiga hari itu dirasakan seperti tiga purnama. Keadaan diri Putera Mahkota sudah tidak terurus. Rambutnya yang dulu kemas seperti rambut Barrack Obama, kini sudah menjadi unsak ansei seperti rambut Michell Obama.


Putera Mahkota tetap menunggu. Menunggu kepulangan Ketua Panglima bersama kehadiran bidadari idamannya. Sesekali, tatkala kerinduan hadir, dan kesyahduan memuncak, sang putera akan mendendangkan lagu ‘pulanglah berhari raya’. Itu sahaja yang mampu dilakukan kini.


* * *



"Ketua panglima datang mengadap, tuanku!" Sembah pengawal istana mematikan lamunan Putera.Mahkota.

Dengan keadaan separuh mamai, Putera Mahkota cuba mengawal penampilan dengan kontrol macho. Tanpa berkata walau sepatah, dia mengangkat tangan sebagai isyarat keizinan. Namun, dalam hatinya berkata, “ye…ye…panglima balik! Ye.. ye.. panglima dah balik!”
Ketua panglima masuk dengan langkah gagahnya. Kemudian dengan penuh beradap, dia melutut di hadapan putera raja.

Belum pun sempat ketua panglima bersuara, Putera Mahkota segera mengajukan soalan. "Beta harap ada berita bagus. Camnie ngan tugas ko tek? Dapat tokrang nemu nk disuruh beta carik ya?

Ketua panglima hanya terdiam. Wajahnya tertunduk ke lantai.

"Aih..! Beta nanyak tok! Kenak ko diam ajak?" Putera Mahkota mula meninggikan suara.

"Tuanku!” Ketua Panglima mula bersuara. Dengan wajah yang masih tertunduk dia menyambung, “Patik ngan urang-urang patik dah selesai menjalankan perintah tuanku ariya. Mek urang dah try test kasut ya ngan semua rakyat jelata. Hasilnya, hanya ada sorang ajak di kalangan rakyat kita dapat makei nya. Kaki urang lain semua sikpat masok. Mun dah besa, besa gilak, mun kecik, kecik gilak. Tapi nok sorang tuk tek nang cun-cun kakinya, tuanku. Ngam-ngam. Errr… Cinderella namanya, tuanku."

Berseri-seri wajah Putera Mahkota bila mendengar laporan dari ketua panglima. Mana tidaknya, penantiannya selama ini bakal berakhir tidak lama lagi. Segala misteri akan terungkai sesaat saja lagi.

"Cinderella? Hmmm... Cinderella... kacak nama ya. Sekacak urangnya. Nie nya tek? Suruh nya masok."

"Ada di luar ya. Tapi tuanku.."

"Tapi apa lagikk??"

"Cinderella tok ada pelik kit, tuanku. Nya…”

“Eeehhhh… Boh nak banyak macam agik! Tugas ko dah setel. Timak kaseh, dan kau boleh chow . Guard! Suruh Cinderella ngadap beta. Kinektok!”

Tanpa membantah, pengawal istana segera menjalankan titah Putera Mahkota. Dengan segera, dia terus meninggalkan ruang itu. Langkahnya diiringi Ketua Panglima.

Kini, tinggal Putera Mahkota keseorangan di ruang balai istana. Dia sudah bersedia. Berdiri dengan gagah, penuh wibawa. Menunggu untuk kembali bertemu dengan sang bidadarinya yang telah menghilang selama tiga hari dua malam.

“Cinderella masuk mengadap, Tuanku!” kedengaran suara pengawal dari luar.

Dari dalam balai istana, Putera Mahkota sudah dapat mendengar bunyi ketak-ketok ketak-ketok kaki urang bejalan. Semakin bunyi itu hampir, semakin kencang degupan jantung Putera Mahkota. Dan akhirnya,…
.
.
.
.
.
.



Toklah rupa Cinderella tek konok...




Keadaan senyap dan sunyi seketika. Setelah lama berpandangan, Cinderella menundukkan pandangan, menanti butiran kata dari Putera Mahkota.


“So,… tok lah Cinderella tek? Partner beta menari malam ya…?” Putera Mahkota sekadar mahu memecah kebuntuan, berbanding kepastian.

“Benar, Tuanku Putera. Patik lah yang menari dengan tuanku malam ya. Dan patiklah yang bernama Cinderella. Tapi, ya nama glems patik ajak. Nama sebenar patik,.. aaa… tok nya, tuanku boleh nanggar dikmpun..” Terang Cinderella dengan panjang lebar, seraya menyerahkan mykad nya kepada Putera Mahkota.

Putera Mahkota menyambut perlahan, lalu dibelek-beleknya. Dengan tenang, Putera Mahkota meneliti, dan… mata sepetnya terbeliak bila menatap nama yang tertera…”.

“MOHD. FAIZAL BIN HAMDAN??? Tok nama penuh kitak?”

Cinderella mengangguk perlahan, tapi penuh keyakinan. “Ya lah hakikatnya dirik patik, tuanku.

Putera Mahkota menarik nafas panjang. Kemudian mengeluh perlahan. Tapi wajahnya tetap tenang, dan serinya masih kekal.

“Tuanku! Tuanku pun dah mengenali sapa dirik patik. Rasanya, dah sekda apa-apa lagik lah, nak? Jadi,.. patik mohon ngan tuanku, izinkan patik balit.”

“Balit? Lom abis gik cerita kita tok, koh..”

Cinderella tersentak. Dia mula dilanda kebingungan. Entah apa lagi yang dimahukan Putera Mahkota daripadanya. Dihukum?? Biarlah dihukum.. Yang pasti, nalurinya dapat merasakan bahawa ada sesuatu yang bakal berlaku. Sesuatu yang dia tidak inginkan.
Sekali lagi suasana menjadi senyap. Cinderella hanya menunggu Putera Mahkota memulakan lagi bicara yang terhenti seketika. Putera Mahkota terus menerus merenung tajam, membuatkannya menjadi serba tidak kena.

“Cinderella!.. Beta tok sik pandei nak kelakar berbunga-bunga, atau berkias pantun segala.. So, beta akan direct to da poin ajak lah, k.. emmm, sudikah kitak beta jadikan suri hidup beta?”

“HAH??! Kenak tuanku madah cemya? Plentei kah apa soalan ya?..”

“I’m siries, no joking-joking. No play-play.”

“Tuanku! Tuanku dah clear sapa dirik patik, nak? Jangan, tuanku.. Kelak malu seluruh kerajaan ayahanda tuanku..” Resah Cinderella sudah tidak dapat disembunyikan lagi.

“Sebab beta kenal lah beta berani madah cemyaa...” Ujar Putera Mahkota sambil tersengih.

“Tuanku! Kita sejenis! Paham sikk?? Patik pun eran, ada juak urang laki yang bena-bena lelaki macam tuanku, pandei ada perasaan ngan urang macam patik. Pelik da jak!! Dah sekda rompuan kah negeri kita tok? Mun dah macam ya, kenak sik offer ngan pengawal ya tadik kah, ketua panglima ya kah.. Sama ajak nak??” Cinderella yang semakin geram sudah mula hilang kestabilan suara. Allignmentnya menjadi sebelah tinggi sebelah rendah.

“Sepelik-pelik beta, kitak ya sepuloh kali lebih pelik, tauk sikk?? Kitak dah set dirik kitak jadi macam ya, tauk apa maknanya? Maknanya, kitak meng’ekspress’ jiwa dalaman kitak yang sebenar! Kitak dah anggap dirik kitak macam ya. Dan ya adalah dirik kitak yang sebenanya! Mun dah macam ya, adakah kitak akan nulak rejeki? Kitak akan idup di istana, jadi permaisuri kepada seorang bakal raja. Bukankah ya jadi idaman dan tujuan akhir idup bagi urang macam kitak?”
Melihatkan Cinderella yang masih membungkam, dia menyambung, “Fine! Kitak, mun nak di’compare’ ngan dak ketua panglima, fisically, nang sama. Tapi dalaman? Sama sik? Beta menghayati dalaman. Bila dalaman lebih kuat tarikan, beta akan buta pada luaran.
Bukannya beta sik mandang rompuan. Tapi kekaguman beta lebih kepada cara layanan, dan cara penerimaan. Di mana ada layanan, di situlah jatuhnya hati beta. Beta sik pandang dari siapa.
Haa..! Apa gik hujah kitak? Kitak nak mangkit hal dosa pahla?? Nok bejual rah lorong-lorong ya pa cerita? Siap tawar-menawar, offer tok offer ya, pekej tok pekej ya.. Haa..! Jawap! Jawap!” Sesi perkenalan kini bertukar menjadi sesi cabar-mencabar.

“Tuanku Putera Mahkota Yang Mulia! Tuanku jangan ingat semua urang macam patik tok kejanya nyual dirik dan maruah. Nang bena kata tuanku ya, patik coba menzahirkan jiwa sebena patik. Maka jadilah rupa patik macam tok. Tapi income patik halal. Halalan toiyiban. Patik menyara idup dengan nyait baju. Dan rami kawan-kawan patik di luar nun molah bisnes nggubah bunga, molah pelamen etc.
Kamek urang tauk, ngubah dirik jadi kedak tok nang sik betol. Semua urang pun mandang serong. Tapi tuanku mesti ingat, setiap insan ada limit! Ada had. Dan sehina-hina patik, sejaoh nie perginya patik, tetap ada hadnya. Selembut dan se’feminin’ nie pun patik ngubah dirik patik, patik sedar sapa dirik patik. Patik sik akan penah tepikir pun nak idup jadi seorang isteri, lebih-lebih lagik dengan seorang Putera Mahkota, idola setiap rakyat jelata. The point is… patik sedar sapa dirik patik, dan patik tauk sinie tempatnya patik boleh pegi, dan sinie tempat patik sik akan pegi!” Begitu bersungguh Cinderella memperkemaskan kubu pertahanannya, walau diasak bertubi-tubi oleh pihak lawan.

Namun, Putera Mahkota seperti masih enggan mengalah.

“Mun beta tetap dengan pendirian beta?”

“Patik dengan pendirian patik..”

“Mun beta makei kuasa yang ada pakei menghalang kitak keluar dari istana tok?”

“Patik akan sedaya upaya akan keluar juak, walaupun sampei nyawa patik melayang! Patik mohon maap banyak-banyak, tuanku. Patik balit lok..” Cinderella mengakhiri permainan, dengan menidakkan sepakan penalti.

Tanpa memandang ke arah Putera Mahkota, Cinderella terus berlalu meninggalkan ruang balai istana. Berjalan laju dengan lenggang mautnya, sempat dia ngerepak sendirian "Sik peren-peren ak nem or lak mac in. Ram mat sekals jak..Eeee...!".

Untuk pertama kalinya, Putera Mahkota menjadi akur pada kemahuan dan pendirian seorang rakyatnya… Cinderella…yang tak rela.

T.A.M.M.A.T








... YO AJAK LAH BEDTAEM SETORI KITO KALI TUK. KELAK USU CERITO AGIK. NAK SAOR LOK POK!

Saturday, August 15, 2009

Merajuk Dah Ilang..






Salam.

Yuoooo…. Lamak dah usu sik nyengok tokrang o.. Dah sebulan rasanya. Dah besa panjang blog2 tokrang. Mesti ada urang madah usu tok muang batu. Nang bena lah usu muang batu lamak2 tok. Ntah lah, 2 3 minggu tok nang mengarei jak batu rah skelilin rumah, ya lah gago gilak muang nya. Kali ada urang area tok pleining nak pegi aji, alu treining melontar jamrah di sitok.
Merajuk? Kaliii juak. Merajuk hal apa pun sik tauk lah. Nak kata ada urang nganok, sekda juak. Mungkin segal kegagalan misi memujuk ariya kali.
Tapi nak, sepanjang usu menyepi 3 4 minggu tok, usu ada hobi baru, tauk kitak.. Dari kecik dolok saaaampei kinektok, usu nang suka hobi ngumpul2 barang. Daripada ngumpul setem, sampei ke ngumpul bookmark, pen cenderamata, koleksi ‘barang2 ngutik’, butang baju melayu etc.
Err.. Hobi terbaru yang dimaksudkan itew adalah.. ehem.. ehem.. ..- ngumpul botol.
Ciri2 botol yang dikoleksikan itu adalah :
a. mestilah botol kaca. Botol plastik nggak mau.
b. sik kira botol minyak, jus atau makanan kesihatan, asalkan halal. Botol arak nggak mau.
c. botol ya mestilah dapat dibukak tudung, so mun perlu, tudung ya boleh diganti ngan gabus. Botol nk sikpat dibukak tudung macam perfume semburan, spray dll ya .. nggak mau.
d. botol sik semestinya kacak. Yang penting ada ciri2 artistik. Ada shape unik. Botol2 bentuk biasa gilak macam botol kicap nggak mau.

.

.

Tok botol paling besa lam simpanan. Bekas nyimpan susu, pakei urang mensea marek. Dibeli dari jiran sebelah yg tengah meroboh rumah. Mun stakat badan Rudy ngan amirfx, gik muat lam botol tok.










Tok antara botol2 paling kecik. Dari kiri, botol pati ikan haruan Poliney, botol minyak rambut ZamZam Hair Oil & botol minyak biji anggur Vitis.

.

.

.


Haaa... nk duak igek tok spesel kit. Sik tauk lah kenak usu suka gilak nanggar kombinasi duak igek botol tok. Macam cun jak. Macam laki ngan mpuan. Kiri : botol jus minuman Xango, kanan : botol perahan oren.. nth apa nama tek kah.



Stakat tok ya ajak botol nk ada lam koleksi usu. Sikit jak. Botol2 tok, selain dapat diguna pakei nangkap jin, boleh dipakei ngias sudut2 lam rumah. Kacak aih. Sigek juak bestnya botol kaca, nya dapat dipakei berulang kali. Tahan lamak, janji pandei nyaga. Sik kedak besi, pandei betegar. Penah tokrang nengar botol kaca pandei betegar?
Rindok bah molah koleksi, sik kira lah apa2 koleksi. Sebena nya koleksi2 kedak tok merupakan satu cara terapi minda, sama macam urang betanam bunga, nginang pet dll, semua ya mampu menenangkan utak yang tensyen. Urang merajuk pun boleh bait.

Wassalam.

Sunday, July 19, 2009

Raminya Nak Nutup Blog..!


Salam. Gago juak usu tok eh, seminggu skali jak dapat nyengok dak anak2 buah usu, blogger2 tersayang. Pakaba tokrang?

Lam minggu tok, eran juak usu koh.. sorang demi sorang jak geng2 blogger madah nak nutup blog. Pa hal kah o..? Sedih ati ngenang. Asa nak nangis ada juak. Tokrang tunggu kejap k, usu nak nangis lok. Sik lamak, kejap jak..

.

Mun usu nangis, rambut usu nang otometik jadi camtok, boh eran.

.

K, dah nangis tek. Sambong balit cita kita.

Bila dah nengar sidak tek nak nutup blog, macam2 terpikir lam palak usu tok. Dah la sidak nk hebat2 gik ya. Barisan blogger2 lagenda. Tang macam serentak jak, nak o..??

Ada juak rasa ati nak merungkai misteri ya. Maklom lah, usu tok nang suka molah keja2 merungkai misteri.

Tapi, bila pikir2 agik, memang masin2 ada rizen atas apa2 tindakan & keputusan yang dipolah. Semua urang macam ya. Nak memahami rasional tindakan seseorang ya nang susah. Urang ya mpun lebih tauk. Kita pun macam ya juak.

Cuma, secara kebetulan daknya ngambik keputusan nak nutup blog ya, dalam masa yang hampir sama. Aniwei, kepada sapa2 yang rasa dah sampei waktu untuk bersara dari dunia blogging, usu nak ngambik peluang tok untuk ngucap terimak kasih banyak2, selamat berjaya dan usu berharap moga one day kelak kita akan berjumpa juak. Tuhan jak dapat mbalas jasa tokrang.

Sunyi usu pastok. Tapi sikhal, usu masih ada anak2 buah lain macam tokrang. Arap2 tokrang sik nutup blog juak pastok.

Bagi usu, usu belom ada sebab munasabah untuk nutup blog buat masa tok. Kelak2 sik tauk lah. Usu masih rindok becerita ngan tokrang, walaupun usu sedar usu tok sik lah sehebat tokrang, jauh skali mun nak dibanding ngan otai2 lagenda.

Usu masih hepi bersama tokrang, maca blog tokrang walaupun seminggu sekali. Dan usu akan tetap molah entry, selagik ada yang sudi maca...

Monday, July 13, 2009

Anak2 AngkatKu..



Mari membuat lawatan sambil belajar ke 'Wisma Puaka". Tahukah anda apakah Wisma Puaka iteww?? Itulah 'baiti jannati', rumahku syurgaku. Rumah bujang tempatku berteduh dari hujan dan panas. Teratak tempat kami menterjemahkan dan menzahirkan ilham.. (whoaa...).

Selain dihuni kami bertiga member2ku, ada beberapa makhluk lain turut menumpang kasih di teratak yang tak sepertinya ini. Itulah dia 'anak2 angkat' kitorang, dan kali ini aku perkenalkan wan-bai-wan mereka2 itu...

.



.



.



.










TiGer


Inilah kucing paling otai yang pertama sekali 'berdaftar' di rumah kitorang. Dijumpai somewhere kat Jln Keretapi dalam keadaan tidak bertuan. Tapi sekarang Tiger adalah haiwan paling 'berkuasa' di area Kpg No 5. Kawasan jajahan takluknya meliputi sepanjang Jln Hj. Kassan bermula dari simpang Jln Muhibbah, dan menganjur ke Jln Datuk Ajibah Abol dan berakhir di simpang Jln Hj Mataim. Semua pusak dalam lingkungan ya cukup rispek ngan nya, dan nya dianggap sbagai ketua serta penaung.



........................................













SopHea (a.k.a. 'Aboo')



Ibu tunggal ini teramatlah sensitip emosinya, mungkin lantaran pengalaman pahitnya yang sering kematian anak. Kalau time meal, dia mesti layan solo. Sik boleh dirapat sidak lain time ya, waima anak nya mpun. Kehadiran kucing2 lain akan membawa kepada pergaduhan sengit, biasanya kemenangan akan berpihak kepada Sophea.


..........................................








MiMie (a.k.a. 'Kdoo')



Satu-satunya anak kepada Sophea yang masih idup. Ciri unik Mimie adalah corak pada badannya yang seakan-akan ukiran trdisional S'wak. Sebelum ini pernah melahirkan anak sebanyak 4 ekor, tapi kesemuanya pas awei satu persatu. Bulan lepas Mimie beranak untuk kali kedua, juga 4 ekor dan sekarang sedang menjaga putra putri nya itu secara intensif. Disebabkan anak-anaknya masih terlalu baby, Mimie ditahan di 'wad bersalin' (sangkar depan rumah). Sehari 2 kali dia akan dilepaskan untuk menikmati dunia luar, tapi anak2 dia tetap stay dalam wad. Mun sik dipolah giya, abis dak anak2 nya diangkut sana sini.

.


.


.


Sebahagian daripada anak2 Mimie



....................................








Mak DaRa



Satu-satunya spesis 'Himalayan' yang pure - Bulu sedikit lebat daripada spesis local, bulu pada bahagian ekor panjang dan lebat. Mak Dara adalah pemberian daripada kakak kawan kitorang, Banyak peminat dari kalangan kucing2 jiran. Tapi Mak Dara tetap humble dan pendiam. Sik lalek hal urang lain kerek kanan. Penyupan tapi mesra alam. Sama macam aku, Kerol Antasha dan Zatil.




........................................










GanGster



Anak bujang Mak Dara inilah yang paling aktif dan lasak. Pantang ada apa2 benda bergerak, tak kira kucing, kain langsir hatta kaki orang melimpas depan mata, semuanya akan cuba dicekup. Pak sakat, ala-ala Heinsen. Tapi dialah yang sering menemani tidurku. Yang paling bestnya Gangster akan membangunkan bila time subuh. Bukan apa, nak mintak tolong bukakan pintu, sebab time tu lah dia start aktif di luar rumah.



........................................









BlacKy


Anak gadis Mak Dara, adik kandung Gangster ini pun boleh tahan lasaknya. Tapi mesra alam tahap Felicia. Tak kira siapa pun yang datang rumah, Blacky tanpa segan silu akan mintak pangkuk. Makanan feveret nya adalah yang manis2 terutama kek lapis Sarawak dan kek ati parek (high class mpun taste bah..)




........................................









Long TeRm


Asalnya, Long Term ni dengan adik beradik dia yang lain, kawan kitorang yang kasi, 4 ekor kesemuanya. Kecik2. Pastu tinggal 2. Rupa pun sama sebijik, cuma bezanya sekor ekor panjang, sekor lagi ekor pendek. So untuk memudahkan ingat nama, aku bagi nama Short Term untuk yang ekor pendek, dan Long Term untuk yang ekor panjang ni. Tapi umur Short Term memang short. Skarang dah takde. Maka tinggal lah Long Term ni..

Skarang dah beranak untuk kali pertama, 4 ekor, lewa sikit daripada Mimie. Sama macam Mimie, Long Term masih ditahan di 'wad bersalin'.

Long Term bercitarasa 'kampung'. Dia tak pandang Whiskas @ friskies. Dia hanya pandai makan ikan original. Sebab tu waktu kitorang tengah buat kolam ikan keli kat rumah ni, Long Term lah yang paling heppi..



........................................









'FantAstiC ThRee'


Ini adalah sekumpulan 3 beradik yang dihantar seseorang yang misteri, beberapa malam yang lepas. Ketiga2 nya sengaja ditinggalkan di hadapan rumah. Terkiak kaong, terngiau-ngiau jak daknya. Memula aku ingatkan baby2 kucing kitorang yang terlepas dari 'wad'. Tapi rupa2 nya ada seseorang 'menyerahkan' baby2 tu yang dalam keadaan kurus kering. Skarang diorang dah sihat2 setelah diberi rawatan intensif oleh member aku.

Belum ada nama lagi untuk ketiga2 Fantastic Three ini sebab masih terlalu comei. Tunggu sikit masa lagi, bila dah makin besar dan nampak karekter masing2, time tu baru ada idea nak bagi nama sekor2. Aku sedang mempertimbangkan untuk bagi nama2 blogger. Mungkin yang paling meher akan ku berik nama.... Audio!



.






.

Salah seekor 'Fantastic Three' sedang menerima 'rawatan' dari member aku..




........................................



Penutup


Itulah 'anak-anak angkat' kitorang. Kucing2 ni memang takde spesis mahal2, semua jenis local, kecuali Mak Dara (Himalayan). Kitorang tak pernah beli pun walau sekor, semuanya sama ada terjumpa yang sakit dan tak bertuan, ataupun orang lain kasi sebab rasa dah tak larat nak jaga.Kalau nak dikira semua jumlah kucing2 yang pernah menghuni rumah kitorang dari dulu sampai skarang, rasa2nya dah lebih dari 50 ekor. Tapi kebanyakannya ada yang mati, ilang atau diserahkan pada orang lain. Ini belum termasuk lagi yang menumpang secara 'part-time', yang skali skala menumpang makan dan menumpang dating. Kebanyakannya kucing2 jiran atau kucing2 liar lah.
Kucing2 ni, kalau diberikan kasih sayang, boleh menjadi sumber ketenangan dan kedamaian kepada tuannya (jangan dijadikan sumber pendapatan pulak..). Berikan kasih sayang, dan mereka akan menghargainya...










Wednesday, July 8, 2009

Projek Terbaru..

Salam. Lamak dah ku sik nyengok blog tok, o... Jaik ati ku ngenang. Nasib juak ku sik lupak password blog, koatan bizi. Blog dikmpun dah sik diabas, blog urang lain apatah lagik.

Bukan apa, lam bulan tok, aku ngan dak memberku ada projek mega. Tapi tok sekda kaitan ngan kraf lah. Projek lain. Projek menternak ikan keli..hehe..!

Biasa lah, nak start benda baru nang banyak benda pelu dipolah. Maok kursus agik, belajar sikit2 hal ikan kelik. Pasya molah kolam. Last2 siap juak kolam sakti ya :



Kacak nak? Siap ngan rimbunan pohon2 tropika yang menghijau. Kombinasi tiang2 batu dan jeriji besi ala2 kedai pajak gadai mampu membangkitkan keceriaan para pengunjung. Manakala kehadiran net wana itam mewujudkan rasa kadamaian kepada penghuni kolam.


Molah kolam2 tok sekda nyuruh urang, jimat kos. Kamek 4 orang molah sekadar termampu, dengan kepakaran yang sik seterer sidak kontrakter Ting Pek King. Sik hal, jadi buruh kasa lok time tok. Sampei dah itam kulit mek urang bejemur mbak nyemen kolam. Pastok tepaksa lah aku meli Fair & Lovely sekatun besa pakei mutih balit.

Bila dah siap smua, sigek masalah gik timbul - bekalan benih kelik lom ada! Mek urang dah coba carik seluruh Kuching & kawasan2 yang sewaktu dengannya, tapi smua saplayer madah benih ikan daknya lom ada. Gik kecik gilak, lom pat dijual.

Alu ku tringat ada sorang geng blogger ada molah pembenihan ikan keli. Sik lain dan sik bukan - AmirFX, si raja keli!

Terus ku mesej nya, nanyak hal anak ikan kelik. Amir riplai mesej, dan aku kechewa agik bila nya madah : 'masih baby. Gik nyusu maknya time tuk. haha..'

Tapi kechewa ku sik lamak bila mesejnya besambung camtok : '...Mun maok segera ada juak. Brapa byk dirik mauk anaknya?'

Nya introdius aku ngan sorang gik pembekal benih ikan dari Semariang. Nya ngembak gik mek urang, nunjuk jalan gi tempat ya.

Makaseh banyak2 ngan Amir. Nasib ada kawan kedak Amir ngan apiz. Mun sik, sampei ari tok lah kolam hikmat ya sik bepenghuni. Ujong2, ku inang boyak jak sia..


Tok opis merangkap makmal tempat ngetest & memantau kolam2 kelik.

Pastok, ada banyak kit masa ku untuk memblog. Dan aku akan coba untuk terus bercerita dan bekarya.. wassalam..






Tuesday, June 23, 2009

Wabak Tag Melanda Lagi


Setelah aku pulih dari trauma pedih mata mbak ngupak bawang, aku pun terus kenak tag bertalu2 tanpa rasa kesian, dan tanpa segan silu oleh sidak blogger. Tag datang bertubi2 daripada Shaffix, Kerol Antasha, Heinsen dan lebih drpd 6,845 orang blogger lain dari seluruh rantau Asia Pasifik. Ya belum kira sidak Afrika & Eropah Utara gik.
Jadi, untuk mengelak sidak tuk dari terus beramok ngan urang kampong, aku dengan penuh rasa tanggungjawab, menjawab tag2 itteww..

1. Bekas kekasih saya adalah :~~>seorang gadis bawah umur, sebab aku masa ya pun di bawah umur juak.


2. Saya sedang mendengar :~~> Sora urang mpuan nangis. Pasya ada sora urang laki bisin2 nganoknya "apa gik kurang di umah tok?". Paduhal tek kawanku tengah mukak radio S'wak, rancangan 'Jiran Sekampong' edisi malam..


3. Mungkin saya patut:~~> nikah


4. Saya suka :~~> bila urang nanyak saya soalan no. 3.


5.Sahabat-sahabat baik saya :~~> telah mengetag saya


6.Saya tak paham : Soalan no 6


7.Saya kehilangan:~~> sila rujuk jawapan no 14


8.Ramai yang berkata :~~> kenak ko tuk berolah gilak?


9.Makna nama saya :~~> "manusia yang sik pandei nak berolah macam urang lain". Ya mun ditranslet dari bahasa sidak suku kaum Nazca di Banjaran Andes lah.. sik cayak cek tokrang sinun.


10.Cinta itu adalah :~~> *sila rujuk jawapan no 16*


11.Di suatu tempat, seseorang sedang :~~> nie ku tauk..


13.Ayat SELAMANYA membawa maksud :~~> Forever.


14.Telefon bimbit saya :~~> telah hilang


15.Bila saya terjaga dari tidur :~~> saya akan sambung tidur


16.Saya paling meluat apabila :~~> menjawab soalan no 10


17.Pesta/Parti adalah :~~> mun pesta, tempat urang rami2, kadang2 ada konsert, ada makan2, ada pameran. mun parti, macam BN, PAS, PKR, DAP, ya parti...


18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :~~> manok


19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :~~> umur warga emas!


20.Hari ini :~~>


21.Malam ini saya akan :~~> tidur


22.Esok pula saya akan :~~> bangun dari tidur


23.Saya betul-betul inginkan :~~> kepastian


24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :~~> saya dapati wajah saya dalam cermin itu sedang melihat saya..


25.Pusat membeli-belah atau arked permainan :~~> duak2 sik!!


26.Makanan Barat atau Jepun :~~> jepun barat


27.Bilik yang terang atau gelap :~~> ada masa kita pelu terang, ada masa pelu gelap. Pelik da jak soalan...


28.Makanan segera adalah :~~>makanan kedei mamak. Lom abis kita ngoder "roti ca..." alu ada roti canei depan mata. Sungguh segera makanan itu..


29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?~~> mengucap lah...


30.Siapa yang anda nak Tag?


Sapa2 lah yang sudi. Ku ngecek lam direktori tek, smua nama dak blogger dah kenak tag.


.



.



...Sekian Berita...


.