Saturday, June 20, 2015

PENGEMBARA DENGAN JANDA



Cerita ini adalah petikan dan transliterasi jawi ke rumi dari buku ‘TANGGA PENGETAHUAN BAGI DARJAH TIGA’ (Sekolah Melayu), terbitan tahun 1957. Ia dipetik dari bab 17 mukasurat 43.

Hikayat maka adalah pada suatu masa seorang laki-laki telah mengembara dari sebuah negeri ke sebuah negeri yang jauh. Maka dalam perjalanannya itu ia telah merasa tersangat lapar. Lalu menyinggahlah ia di rumah seorang janda di tepi jalan.
Kalakian dipintalah oleh pengembara itu sangat-sangat kepada janda itu kalau boleh kiranya ia menjamu akan dia dengan apa-apa makanan yang sedia di rumahnya. Maka kasihanlah janda itu lalu diangkatkannyalah sepinggan nasi dan semangkuk gulai.
Wah apatah lagi! Laksana orang mengantuk disorongkan bantal. Demi terletak sahaja dimakanlah oleh pengembara yang lapar itu.
Apakala nasi itu dekat akan habis sepatutnya dibawakan tambah lagi, tetapi nasi perempuan itu hanya sepinggan itulah sahaja yang ada maka pengembara yang kebulur itu hendak minta berasa segan lalu diangkatnya pinggannya seraya berkata “Ayuhai kakak! Berapakah harga pinggan ini dibeli dahulu?”
Maka janda itu pun mengertilah isyarat pengembara itu yakni hendakkan nasi lagi lalu diangkatnya pula periuknya yang kosong itu sambil menyahut “Akan harga pinggan itu bersamaan dengan periuk ini”
Apabila terpandang oleh pengembara akan periuk janda itu hampa, maka ia pun diamlah seraya membasuh tangannya dan menerima kasih banyak-banyak kepada janda itu lalu turun dari rumah itu menuju perjalanannya.

            Bagaimana bulung begitulah tingkahnya
            Bagaimana tepuk begitulah tarinya

Raja arif masuk ke taman
Taman larangan Betara Indra
Arif bertemu dengan budinya
Terindah daripada laut mutiara


SEKIAN dan Salam Ramadan..

Saturday, May 16, 2015

3 tahun...

Assalamualaikum. YAAAAAA.. 3 taun dah berlalu. Huhu. Tak sangka dah 3 taun. Bila bukak je blog. ramai kawan yang dah pencen. Latest entry pun ada yang 1 year ago, 2 years ago, 3 years ago. Masing2 dengan aktiviti & kesibukan tersendiri.
Aku.. sama gak.