Sunday, February 13, 2011

Aturcara Majlis Persandingan


10.00 pagi


Ketibaan para jemputan. Sambil menjamu selera, hadirin dihiburkan dengan persembahan karaoke artis jemputan seperti Justin Bibir, Adam Lambat dan Lady Gago.



11.00 pagi


Ketibaan pasangan pengantin, Man (pengantin lelaki) dan Meen (pengantin perempuan), diiringi para pemain kompang terdiri daripada kanak-kanak Tadika Kemas. Ketibaan pengantin disambut dengan persembahan pencak silat oleh 2 pesilat warga emas.



11.05 pagi


Kedua mempelai dibawa menuju pelamin. Berlaku sedikit kegawatan bila semua pihak mula menyedari salah satu kerusi pengantin didapati hilang. Majlis tepung tawar terpaksa diadakan dengan pengantin perempuan duduk di atas riba pengantin lelaki.


11.15 pagi


Tanpa diduga, Maon (bekas gerek Meen) turut hadir untuk mengucap tahniah kepada pengantin.Sebaik terpandang Maon, Meen tiba-tiba pengsan dan terjatuh dari pelamin. Para hadirin menjadi kecoh. Man segera mengangkat Meen. Sambil memandang tajam ke arah Maon, Man berkata "Ko tok nang belukuk! Sapa nyuruh ko gi sitok..!"



11.10 pagi


Haji Muan (bapak Meen) merenjis air ke muka Meen, seraya menyanyikan lagu 'direnjis-renjis dipilis...'. Meen yang telah sedar dari pengsan turut memarahi Maon. "Kamek dah mesan riya, boh kitak datang mejelis kamek..". Maon menjawab, "Kamek mintak maap, kamek tauk tok salah kamek. Tapi ati kamek sik akan tenang mun kamek sik datang majlis persandingan kitak. Kamek cuma datang nak ngucap tahniah ajak".


.


11.13 pagi


Meen menambah "Inggar mek nanggar kitak ya, jiwang li jak. Kamek ompuan tok pun sik jiwang gilak kedak ya". Maon sedikit tersinggung dengan teguran Meen, lalu menjawab, "Mun kitak sik jiwang, kenak kitak leput tek? Sejiwang-jiwang kamek, kamek sik leput!".


.


11.15 pagi


Mak cik Moon (emak Man) turut masuk campur. "Udah gik takduak ya. Dah sekda jodoh ginie nak molah. Terimak ajak lah. Kau pun satu hal juak, Maon. Tauk ko Meen ya lemah semengat, gik juak ko nak ngeso dirik ko time nya nikah tok."


.


11.30 pagi


Maon akhirnya bersetuju untuk beredar, tapi dengan satu syarat. Pihak pengantin mesti membekalkannya dengan 'kandong' mengandungi semua jenis menu juadah yang ada pada majlis hari itu. Ini kerana beliau dari tadi belum sempat menikmati jamuan disediakan.


.


11.45 pagi


'Kandong' Maon siap. Maon beredar.


.


12.00 tengahari


Majlis tamat. Para hadirin bersurai, dengan bantuan pasukan polis anti-rusuhan.






10 comments:

  1. Polis anti rusuhan dah diberik kandong sekali ka? Mok sidaknya datang dari Mesir nun...

    ReplyDelete
  2. amir,
    aok, ada. Bukan dari mesir, tapi daknya yang di antar ke mesir.

    ReplyDelete
  3. ahaha..lawak aih...nama2 sidak pun style.lady gago nama pusak kmk..huhuhu

    ReplyDelete
  4. Nang kreatip. Mulai hari tuk semua hakcipta dan kuasa yang diberikkan telah ditarit balit. Sepatutnya ada perbincangan, tapi perjanjian berat sebelah. Bila berat sebelah, naya kat org lain. :P

    ReplyDelete
  5. haha...lucu jak.. ktk tok nang kreatif..

    ReplyDelete
  6. miss fida,
    lady gago nama pusak kitak?? Pusak kmk lady Gigi.

    Onggonz,
    apa2 pun perlukan perbincangan, baruk sik berat sebelah.

    vivian,
    aok, kurang lebih lah ya. ktk boleh cek lam google translate.

    khaisha,
    sbenanya life kita nang penuh dgn benda2 lucu. Kita jak sik perasan.

    ms.tikot,
    Yang nikah ya Man dgn Meen. hehe..

    ReplyDelete

kOMEN JE..