Tuesday, January 6, 2009

Land of The Lost Borneo...


MENCARI venue yang betul-betul adventure? Banyak tempat kita boleh pegi. Tapi aku nak introduce satu tempat, Kampung Tringus namanya. Letaknya tak jauh dari sempadan Sarawak-Kalimantan, dalam Daerah Bau. Kalau daripada Bandaraya Kuching tak sampai satu jam perjalanan dengan kereta. Itu pun kalau bawa laju-laju.


Menarik lah tempat dia, macam-macam ada. Cakap je lah, nak adventure yang macam mana. Jangan kata jungle trekking, 'river trekking' pun ada. Kat sini banyak kawasan sungai cetek.


Bagi yang nak bermalam kat homestay, boleh memilih sama ada untuk tinggal bersama keluarga masyarakat tempatan, ataupun bersendirian di rumah-rumah yang disediakan khusus untuk pelawat.




Kaki pancing? This is d'rite place! Banyak ikan sungai, anda bebas memancing. Air kat situ bersih & jernih sangat, sampai nampak warna dasar sungai yang blond kemerahan.



Nak naik gunung, boleh, nak masuk gua pun ada. Janji, sanggup bertrekking ke tempat-tempat tersebut. Kawasan lapangan mendarat (helli-pad) zaman British dulu pun masih kekal, kalau nak tengok.
Inilah antara kawasan hutan tua tropika yang masih belum terusik atau tercemar. Tapi semua urusan kemasukan pelawat luar ke kawasan ini diuruskan oleh Tringus Wild Adventuring & Homestay. Ada beberapa pakej menarik yang ditawarkan. berbaloi, memang berbaloi, sebab harga yang ditawarkan adalah termasuk pengangkutan pergi balik daripada Bandaraya Kuching, serta pemandu perjalanan berpengalaman dari kalangan masyarakat setempat. Anda hanya perlu datang dan menikmati satu adventuring yang hebat... Ada berani?

7 comments:

  1. Pelik juak kaler aek sungei ya?? Milo pekat ka?? P gambar gunung ya kacak pok...

    ReplyDelete
  2. Pok... aku dtg Kuching bulan 2 atau 3 tok ko mesti ngembak ku sia.. Reya kenak sik padah... Uwaaa...

    ReplyDelete
  3. usu, ado head hunter x kat cyo?hehe!

    ReplyDelete
  4. macam rah belah lubok antu jak pok!

    ReplyDelete
  5. yobi, mcm best da jak tmpat tok. nang benture eyh. berani.. pi x cukup korum nak g ke cya. huhu

    ReplyDelete
  6. Minimum 3 orang jak, koh... Pasya ada 2 orang sidak kampong ya dengan skali. One day lak ku cia, k..

    ReplyDelete

kOMEN JE..