Wednesday, October 21, 2009

Rambut Oh Rambut, Mengapa Engkau Panjang...



Setahun berlalu pergi,
Ia muncul ia kembali,
Moga pertalian tambah lestari,
Utuh dan mesra di Deepavali ini… Yerrrr…

Ya intro nya tek.. Dah abis Deepavali dah tuk. Mesti tokrang bizi time ya nak? Tebayang-bayang di mata, betapa gagonya sidak Aerol Antasha berpolah lemang, dak Titil dengan ketupatnya. Mesti kamboh Ms.Tikot ngejas langsir penjan nk sik belen-belen di Taman Sukma ya. Pejal odio lelah ngator sumbu pelita nk baruk dibeli ariya. Sumbu pendek gilak, nie ndak api malar jak padam.

Time raya kah, deepavali kah, kismes kah, urang salu nya gago bepolah rambut. Rompuan lah espesyeli nya. Urang laki lazimnya gago nak beguntin rambut. Tapi usu tok gago nginang rambut. Panjang dah koh.. dah pat diikat.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.






Tapi usu sik lah target nak berambut panjang kedak kumpulan Lefthanded. Ya kakan gilak. Lam sikit masa gik akan dipotong juak lah, nak molah square tek konok. Ikat ya sementara ajak, sebab mun sik diikat, ucei gilak upanya. Bob Marley pun takut nanggar.

So far usu lom penah nemu getah ikat rambut khusus untuk lelaki, jadi usu ngambik pendekatan ngikat kei getah biasa nk pekei miak main ‘zero point’ ya jak lah. Sikkan lah nak makei ikat rambut rompuan. Sanggupkah tokrang nanggar usu ngikat rambut makei getah nk berepol-repol, kalerful dan berlabuci? Atau makei sekang rambut berhiaskan hello kitty yang berlambak di pasaran? Tentunya sik sanggup, bukan..??

Sejak usu start makei stail rambut berikat tok eh, macam-macam jak respon kawan-kawan. Macam-macam jak komen daknya. Ada yang sapot, ada sik. Debah tok adalah senarai komen-komen yang sempat dirakam :

.

.

"Ada kelainan serta memberi imej baru" - Utusan Malaysia


"Sesuatu yang di luar jangkaan!" - New York Times

"Dia nampak gaok. Mungkin dia patut memikirkan untuk kembali berambut pendek" - Jakarta Post



Tapi usu sik kesah komen urang. Pendapat sorang-sorang bah. Sik pelu nak dibesa-besa hal ya. Benda kecik ajak. Tapi nak, ada ‘seseorang’ ya komen, usu kesah. Komen nya spesel kit. Nak kata nyokong, sik juak, sik nyokong pun ndak juak. Tapi lebih kepada ‘sik stuju’ lah.

“Mun kitak asa ok, kamek sik kesah. Tapi mek lebih suka rambut pendek kitak macam awal taun riya..” katanya.


Wassalam..

Wednesday, October 7, 2009

Pahitnya Ais Kacangku



Bersempena dengan Pesta Tanglung dan Karnival Kuih Bulan baru-baru ini, Blog Penglipurlara ‘Bena Tuk Pok?’ dengan sukacitanya mempersembahkan sebuah drama kehidupan masyarakat Cina Kebun.
Cerita ini tidak ada kaitan dengan sesiapa yang telah mati, tetapi ada kaitan dengan yang masih hidup, melainkan yang hidup itu tadi sudah mati. Kalau yang hidup itu tadi sudah mati, barulah ada kaitan dengan yang telah mati. Selagi yang hidup itu terus hidup, selagi itulah ianya ada kaitan dengan yang masih hidup, dan tiada kaitan dengan yang telah mati.



Pahitnya Ais Kacangku

Ahad itu merupakan hari paling mendebarkan buat Melisa Wong. Mana tidaknya, hari itu dia akan menempuh satu misi paling sukar pernah dilakukan seumur hidupnya.
Akalnya tanpa henti memikirkan bagaimana harus dia menyusun kata-kata, agar dapat dia perjelaskan semuanya dengan sebaik mungkin pada sahabat karibnya, Wendy Ngu.

Wendy akan terluka dengan penjelasannya nanti, itu adalah sesuatu yang pasti. Melisa resah. Bagaimana mungkin seorang gadis berjiwa lembut sepertinya sanggup melihat kesengsaraan yang bakal dialami kaum sejenisnya, lebih-lebih lagi seorang yang begitu rapat dengannya sejak zaman kanak-kanak lagi.

Namun, demi mengakhiri sebuah kekalutan yang saban hari semakin kusut, suka atau tidak, dia harus berani. Untuk tidak membiarkan sahabatnya itu daripada dihempas badai kesengsaraan yang lebih berat nanti, dia harus berusaha membina kekuatan untuk melakukannya.

Melisa tahu, betapa dalamnya cinta Wendy kepada Danny Lam. Danny adalah cinta pertama dan terakhir Wendy. Danny adalah segala-galanya buat Wendy..
Melisa tidak dapat membayangkan bagaimanakah penerimaan Wendy nanti apabila mengetahui hasrat Danny yang mahu mengakhiri hubungan mereka. “Tolong beritahu Wendy, Melisa. Kamu lah yang paling sesuai. Hanya kamu yang dapat menerangkan kepada Wendy.” Masih terngiang-ngiang kata-kata Danny di fikiran Melisa. Baru semalam kata-kata itu diluahkan. Danny sendiri tidak sanggup berdepan dengan Wendy lantaran cinta yang masih menebal. Namun, keadaan yang memaksa Danny membuat keputusan pahit itu.

Kini, Wendy sudah berada di depannya. Sengaja Melisa memilih tempat paling hujung dan agak jauh daripada meja-meja lain. Terpampang jelas nama ‘Swee Kang Ais Kacang’, betul-betul di atas kepalanya. Melisa sendiri kurang pasti apakah kelebihan kedai makan tersebut berbanding premis-premis makanan lain yang terdapat di sekitar Bandaraya Kuching, sehingga dia terfikir untuk mempelawa Wendy ke situ. Namun apa yang penting tempat itu akan memberikan sedikit keselesaan kepadanya untuk menyelesaikan misi penting itu.

“Macam mana hubungan kamu sama itu Danny?” Melisa mula membuka topik. Hanya itu ayat terbaik untuk muqadimah yang mampu difikirkannya.

Wendy yang sedang asyik menghirup ais kacang tercengang seketika. Wajah bundar keanak-anakannya menjadi semakin comel oleh gelagatnya itu.
“Eeiiy..! Pertama kali saya mendengar kamu tanya perkara ini.. Mengapa tiba-tiba saja kamu pandai tanya sedangkan selama ini tidak pernah..? Soal Wendy.

“Ermm.. saya suka-suka saja maa..” Balas Melisa ringkas. Wajahnya tetap serius.

Wendy tersenyum simpul.
“Huuh…!” Wendy mengeluh ceria. Dengan wajah girang dia memulakan cerita, “Semuanya berjalan sangat baik laa. Saya benar-benar bahagia mendapat kekasih yang seperti itu. Hati perempuan mana yang tidak suka kalau buah hatinya sangat kiut dan baik hati pula. Pandai mengambil hati orang tua dan keluarga saya. Penyayang… Caring… Romantik… Pandai memujuk…”.

Melisa terus mendengar. Namun dia sebenarnya sedang memikirkan adakah dia sudah bersedia untuk menjelaskan segala-galanya kepada Wendy.

Tanpa perasan keadaan itu, Wendy menyambung, “Sekarang ini aa.. saya rasa seperti ‘I can’t live without him’.. Macam Astro punya slogan lo..! nanti bila sudah kawin, saya akan kata ‘don’t leave home without him’.. sama macam slogan American Express..” Gurauan Wendy diikuti gelak tawanya.

“Enough, Wendy!” Sergah Melisa spontan.

“Eiii.??? Tadi kamu tanya hal saya dengan Danny.. sekarang macam tidak suka sajaaa… kenapa dengan kamu ini, Melisa..? Sungguh pelik saya melihat.”

Debaran Melisa semakin menjadi-jadi. Hatinya berbelah bagi untuk meneruskan niatnya. Kalau diikutkan perasaan, mahu saja rasanya dia berlari meninggalkan Kedai Swee Kang itu sekarang juga. Wajah ceria penuh pengharapan Wendy itu benar-benar mencengkam naluri kemanusiaan Melisa. Tapi, kalau dia tidak melakukannya sekarang, masalah itu tidak akan ada penghujungnya, malah akan bertambah parah, fikir Melisa lagi.

“Owh ya..!” Wendy semakin rancak. “Hari Rabu nanti adalah harijadi ibu saya. Dia kata mahu buat makan besar untuk keluarga kami di Rock Road Seafood. Ibu ada pesan suruh saya ajak Danny. Ibu pun suruh bawa kamu skali. Kamu mesti datang aa..! Danny mesti seronok. Dia suka makanan di Rock Road Seafood.”

“Wendy!!!! Kamu dengar betul-betul apa yang saya mau cakap ini. Kekasih kamu, Danny Lam itu..“ Kata-kata Melisa terhenti. Wendy yang sedikit terperanjat, membesarkan matanya. Menunggu dengan ghairah butiran selanjutnya dari mulut Melisa. Lebih-lebih lagi bila Melisa ingin memperkatakan sesuatu tentang Danny.

Setelah berusaha mengumpul kekuatan, Melissa menyambung, “..kekasih kamu itu.. Danny Lam… akan berkahwin minggu depan!!! Bukan dengan kamu.. tapi dengan perempuan lain. Mereka sudah bertunang dua bulan lepas..!”

Wendy terpaku. Seluruh sendinya seakan terkunci begitu rapi. Urat sarafnya bagai disimpul-simpul. Hanya nadinya terasa berdegup perlahan. Dia cuba memikirkan kata-kata Melisa sebentar tadi.

“Hey!! Tidak mungkin! Jangan berjenaka dengan saya seperti ini Melisa! Danny seorang kekasih yang sangat baik hati. Dia cintakan saya!” Wendy mula naik berang.

“Memang betul dia cinta sama kamu Wendy.. Sebab itu dia tidak sanggup untuk memberitahu kamu. Dia meminta pertolongan dari saya, untuk menyampaikan kepada kamu. Dia sayang sama perempuan itu, dan sama kamu juga. Dua-dua dia sangat sayang. Tapi dia terpaksa memilih seorang saja. Dan dia sudah memilih untuk berkahwin dengan perempuan itu. Danny sendiri tidak sanggup untuk memberitahu kamu kerana hatinya masih sayang kepada kamu” Jelas Melisa dengan tenang.

Wendy terdiam lagi. Menahan perasaan. Matanya dipejam, sambil kepalanya digeleng-geleng perlahan.
Melisa amat faham akan apa yang dirasai Wendy saat ini. Semua itu sudah di dalam jangkaannya. Melisa cuba mengawal perasaannya sendiri. Dengan suara lembut, Melisa cuba mententeramkan Wendy, “Bertenang Wendy. Bawa mengucap (hah?) Banyak-banyak mengingat tuhan..”

Wendy menarik nafas panjang. Kelihatannya seperti cuba menstabilkan emosi.
“Okey..! Kalau betul begitu, mengapa dia suruh kamu yang memberitahu? Mengapa bukan orang lain? Mengapa bukan keluarga dia atau keluarga saya? Mengapa, Melisa?” Wendy masih enggan menerima hakikat.

“Kerana saya adalah sahabat kamu semenjak dahulukala. Kita berdua sangat rapat. Lagi pula, saya berkawan baik dengan Danny juga”

“Melisa! Semenjak kecil dahulu sehingga sekarang, ini adalah kali pertama saya menghilang kepercayaan sama kamu! Cerita kamu ini begitu meragukan hati saya.” Wendy tetap tidak berpuas hati.

“Jadi, apa yang harus saya membuat, supaya kamu percaya?” Melisa tanpa jemu berusaha untuk meyakinkan Wendy.

“Saya mahu berjumpa Danny! Saya mahu mendengar dari mulut Danny sendiri!” Tegas Wendy.

“Kamu boleh jumpa dan tanya Danny. Tapi bukan hari ini, kerana dia berkurung diri sepanjang hari. Henpon pun akan off hari ini. Dia kata mahu membiarkan saya memberitahu kamu. Esok hari baru dia bersedia bercakap dengan orang. Saya pun tidak tahu di mana dia berada sekarang”

“Kalau begitu, kamu bawa saya berjumpa perempuan itu laa!” Pinta Wendy lagi.

“Saya fikir itu tidak perlu.. Kamu tunggu esok saja. Nanti Danny akan terangkan kepada kamu.”

“Melisa! Tolong saya Melisa! Saya mesti bercakap dengan perempuan itu. Saya bukan mahu bergaduh. Mahu bercakap-cakap saja.. Saya tahu kamu mesti mengenali perempuan itu. Tolong lah saya Melisa.. Kalau saya tak dapat berjumpa dia sekarang, saya akan membunuhkan diri..!” Wendy mula merayu. Kedua matanya sudah digenangi air jernih.

Melihatkan kesungguhan Wendy, Melisa meminta kepastian lagi. “Kamu betul-betul mahu berjumpa perempuan itu?”

Wendy mengangguk perlahan, tapi penuh keyakinan.

“Kalau kamu jumpa dia, apa yang kamu akan berbuat?” Soal Melisa lagi.

“Saya sudah kata, saya mahu bercakap saja.”

“Kalau begitu, kamu beritahu saya apa yang kamu mahu beritahu sama perempuan itu.”

“Saya mahu bercakap sendiri dengan dia. Tidak perlu melalui kamu” Wendy tetap bertegas.

“Kamu mesti beritahu sama saya, sebab… kamu sekarang sedang bercakap dengan perempuan yang dimaksudkan!” Jelas Melisa dengan tenang, seraya menggetap bibir manisnya.

Wendy tersentak lagi. Direnungnya tepat ke wajah Melisa dengan pandangan tajam.
“Melisa…??? Kenapa begitu tergamak kamu merampas kekasih kawan sendiri? Saya sangka kamu selama ini adalah kawan baik saya. Rupa-rupanya menjadi gunting dalam lipatan. Sanggup potong jalan rakan sendiri..!”
Lantaran suara yang agak nyaring, gelagat mereka berdua mula menjadi perhatian beberapa pelanggan lain. Ada yang menjeling dengan ekor mata. Yang lain menoleh sekali sekala.

“Ini bukan soal merampas kekasih atau potong jalan, Wendy! Persoalannya terletak pada Danny. Dia..”

“Aaaah..! Kenapa disalahkan Danny? Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Kamu sudah tahu dia ada kekasih, tapi kenapa masih mahu menggatal? Kamu langsung tidak memikirkan perasaan saya. Kamu memang seorang perempuan yang sangat gatal!!” Amarah Wendy sudah tidak terbendung.

Semakin ramai pelanggan yang memerhati ke arah mereka. Terdengar satu suara perlahan berkata “Itu jantan punya pasal la..Haiya..” Namun keadaan terlalu genting bagi Wendy maupun Melisa untuk memperdulikan itu semua.

“Kamu jangan melampau, Wendy! Kamu yang sebenarnya tidak memikirkan tentang perasaan saya! Hanya fikirkan perasaan sendiri saja. Kamu tentu masih ingat bahawa saya yang memperkenalkan Danny kepada kamu dulu, bukan? Waktu itu kami baru hendak mula bercinta. Tapi tidak lama selepas itu Danny kata dia sudah jatuh hati pada dua wanita serentak. Saya kata saya rela mengundur diri kalau dia sudah suka sama kamu, sebelum perasaan saya pergi lebih jauh. Tapi Danny kata tunggu dulu sebab dia sayang sama saya, seperti dia sayang sama kamu juga. Dia sendiri tidak dapat melarikan dirinya daripada perasaan seperti itu. Saya tidak pernah menyalahkan Danny atau sesiapa.
Keadaan sudah berlaku seperti ini. Masa tidak dapat diundurkan. Kalau Danny mahu buang saya ketika ini untuk dia memilih kamu pun saya rela. Tapi dia sudah membuat keputusan. Ini semua keputusan Danny sendiri.” Terang Melisa dengan panjang lebar.

Wendy bingkas bangun. Handbag di atas meja lantas disambarnya.
“Baik! Saya akan jumpa Danny esok. Saya akan mendengar dari mulutnya sendiri. Kalau dia memang fikir kamu lebih baik dari saya, saya akan terima. Tapi, jangan ingat saya akan mendiam diri! Walau apa pun yang akan terjadi nanti, bermula saat ini saya tidak kenal kamu lagi. Selamat tinggal Melissa..!!” Gertaknya dengan geram sambil berlalu meninggalkan Melisa.

Ayat terakhir Wendy itu pun memang sudah dijangka, namun tetap mengguris perasaan dan mencipta impak yang bercampur baur di jiwa Melissa. Itulah hakikat dunia, fikirnya. Tidak semua yang diimpikan akan tergapai, dan tidak semua yang dibenci itu mampu dibuang..


Melisa Wong dan Danny Lam akhirnya berkahwin. Wendy Ngu pula membatalkan niatnya untuk membunuh diri kerana takut rohnya akan menjadi hantu. Wendy berkenalan dengan seorang tukang tarik kereta bernama Ah Keong atau ‘The Non-stop Sleeping Dragon’. Ah Keong pula telah memperkenalkan Wendy kepada seorang bomoh wanita keturunan Melayu bernama Isot (yang pernah dikecewakan oleh Pawi dan Udin). Apakah kesudahannya nanti? Sama-sama kita tunggu kisah selanjutnya yang akan disiarkan menjelang Deepavali nanti…