Putera Mahkota mundar mandir di ruang tengah istana. Gelisah. Celaru. Kegelisahan dan kecelaruan itu jelas terpancar di wajahnya. Begitulah keadaannya semenjak malam itu.
Majlis keramaian dan tari menari dua malam yang sudah, ternyata memberi impak yang besar di jiwa sang putera bakal pewaris takhta kerajaan King Edward II itu. Majlis tersebut menjadi saksi segala-galanya. Di situlah segalanya bermula.
Semuanya berlaku begitu pantas. Entah bagaimana di tengah ribuan rakyat jelata yang sedang bergembira di majlis itu, Putera Mahkota tiba-tiba terpandang seraut wajah ayu, sedang melirik ke arahnya. Lalu, bagaikan ada satu kuasa tarikan yang membawa Putera Mahkota maju mendekati bidadarinya itu.
“Kasutnya,,,?” Itulah kata-kata yang terluah dari mulut Putera Mahkota bila matanya menangkap sesuatu yang berkilau dan begemerlapan di lantai istana. Ya, gadis itu tertanggal kasut kacanya, dek kerana sengaut gilak nak pulang.
Ketua panglima masuk dengan langkah gagahnya. Kemudian dengan penuh beradap, dia melutut di hadapan putera raja.
Belum pun sempat ketua panglima bersuara, Putera Mahkota segera mengajukan soalan. "Beta harap ada berita bagus. Camnie ngan tugas ko tek? Dapat tokrang nemu nk disuruh beta carik ya?
Ketua panglima hanya terdiam. Wajahnya tertunduk ke lantai.
"Aih..! Beta nanyak tok! Kenak ko diam ajak?" Putera Mahkota mula meninggikan suara.
"Tuanku!” Ketua Panglima mula bersuara. Dengan wajah yang masih tertunduk dia menyambung, “Patik ngan urang-urang patik dah selesai menjalankan perintah tuanku ariya. Mek urang dah try test kasut ya ngan semua rakyat jelata. Hasilnya, hanya ada sorang ajak di kalangan rakyat kita dapat makei nya. Kaki urang lain semua sikpat masok. Mun dah besa, besa gilak, mun kecik, kecik gilak. Tapi nok sorang tuk tek nang cun-cun kakinya, tuanku. Ngam-ngam. Errr… Cinderella namanya, tuanku."
Berseri-seri wajah Putera Mahkota bila mendengar laporan dari ketua panglima. Mana tidaknya, penantiannya selama ini bakal berakhir tidak lama lagi. Segala misteri akan terungkai sesaat saja lagi.
"Cinderella? Hmmm... Cinderella... kacak nama ya. Sekacak urangnya. Nie nya tek? Suruh nya masok."
"Ada di luar ya. Tapi tuanku.."
"Tapi apa lagikk??"
"Cinderella tok ada pelik kit, tuanku. Nya…”
“Eeehhhh… Boh nak banyak macam agik! Tugas ko dah setel. Timak kaseh, dan kau boleh chow . Guard! Suruh Cinderella ngadap beta. Kinektok!”
Tanpa membantah, pengawal istana segera menjalankan titah Putera Mahkota. Dengan segera, dia terus meninggalkan ruang itu. Langkahnya diiringi Ketua Panglima.
Kini, tinggal Putera Mahkota keseorangan di ruang balai istana. Dia sudah bersedia. Berdiri dengan gagah, penuh wibawa. Menunggu untuk kembali bertemu dengan sang bidadarinya yang telah menghilang selama tiga hari dua malam.
“Cinderella masuk mengadap, Tuanku!” kedengaran suara pengawal dari luar.
Dari dalam balai istana, Putera Mahkota sudah dapat mendengar bunyi ketak-ketok ketak-ketok kaki urang bejalan. Semakin bunyi itu hampir, semakin kencang degupan jantung Putera Mahkota. Dan akhirnya,…
Toklah rupa Cinderella tek konok...
Keadaan senyap dan sunyi seketika. Setelah lama berpandangan, Cinderella menundukkan pandangan, menanti butiran kata dari Putera Mahkota.
“So,… tok lah Cinderella tek? Partner beta menari malam ya…?” Putera Mahkota sekadar mahu memecah kebuntuan, berbanding kepastian.
“Benar, Tuanku Putera. Patik lah yang menari dengan tuanku malam ya. Dan patiklah yang bernama Cinderella. Tapi, ya nama glems patik ajak. Nama sebenar patik,.. aaa… tok nya, tuanku boleh nanggar dikmpun..” Terang Cinderella dengan panjang lebar, seraya menyerahkan mykad nya kepada Putera Mahkota.
Putera Mahkota menyambut perlahan, lalu dibelek-beleknya. Dengan tenang, Putera Mahkota meneliti, dan… mata sepetnya terbeliak bila menatap nama yang tertera…”.
“MOHD. FAIZAL BIN HAMDAN??? Tok nama penuh kitak?”
Cinderella mengangguk perlahan, tapi penuh keyakinan. “Ya lah hakikatnya dirik patik, tuanku.
Putera Mahkota menarik nafas panjang. Kemudian mengeluh perlahan. Tapi wajahnya tetap tenang, dan serinya masih kekal.
“Tuanku! Tuanku pun dah mengenali sapa dirik patik. Rasanya, dah sekda apa-apa lagik lah, nak? Jadi,.. patik mohon ngan tuanku, izinkan patik balit.”
“Balit? Lom abis gik cerita kita tok, koh..”
Cinderella tersentak. Dia mula dilanda kebingungan. Entah apa lagi yang dimahukan Putera Mahkota daripadanya. Dihukum?? Biarlah dihukum.. Yang pasti, nalurinya dapat merasakan bahawa ada sesuatu yang bakal berlaku. Sesuatu yang dia tidak inginkan.
Sekali lagi suasana menjadi senyap. Cinderella hanya menunggu Putera Mahkota memulakan lagi bicara yang terhenti seketika. Putera Mahkota terus menerus merenung tajam, membuatkannya menjadi serba tidak kena.
“Cinderella!.. Beta tok sik pandei nak kelakar berbunga-bunga, atau berkias pantun segala.. So, beta akan direct to da poin ajak lah, k.. emmm, sudikah kitak beta jadikan suri hidup beta?”
“HAH??! Kenak tuanku madah cemya? Plentei kah apa soalan ya?..”
“I’m siries, no joking-joking. No play-play.”
“Tuanku! Tuanku dah clear sapa dirik patik, nak? Jangan, tuanku.. Kelak malu seluruh kerajaan ayahanda tuanku..” Resah Cinderella sudah tidak dapat disembunyikan lagi.
“Sebab beta kenal lah beta berani madah cemyaa...” Ujar Putera Mahkota sambil tersengih.
“Tuanku! Kita sejenis! Paham sikk?? Patik pun eran, ada juak urang laki yang bena-bena lelaki macam tuanku, pandei ada perasaan ngan urang macam patik. Pelik da jak!! Dah sekda rompuan kah negeri kita tok? Mun dah macam ya, kenak sik offer ngan pengawal ya tadik kah, ketua panglima ya kah.. Sama ajak nak??” Cinderella yang semakin geram sudah mula hilang kestabilan suara. Allignmentnya menjadi sebelah tinggi sebelah rendah.
“Sepelik-pelik beta, kitak ya sepuloh kali lebih pelik, tauk sikk?? Kitak dah set dirik kitak jadi macam ya, tauk apa maknanya? Maknanya, kitak meng’ekspress’ jiwa dalaman kitak yang sebenar! Kitak dah anggap dirik kitak macam ya. Dan ya adalah dirik kitak yang sebenanya! Mun dah macam ya, adakah kitak akan nulak rejeki? Kitak akan idup di istana, jadi permaisuri kepada seorang bakal raja. Bukankah ya jadi idaman dan tujuan akhir idup bagi urang macam kitak?”
Melihatkan Cinderella yang masih membungkam, dia menyambung, “Fine! Kitak, mun nak di’compare’ ngan dak ketua panglima, fisically, nang sama. Tapi dalaman? Sama sik? Beta menghayati dalaman. Bila dalaman lebih kuat tarikan, beta akan buta pada luaran.
Bukannya beta sik mandang rompuan. Tapi kekaguman beta lebih kepada cara layanan, dan cara penerimaan. Di mana ada layanan, di situlah jatuhnya hati beta. Beta sik pandang dari siapa.
Haa..! Apa gik hujah kitak? Kitak nak mangkit hal dosa pahla?? Nok bejual rah lorong-lorong ya pa cerita? Siap tawar-menawar, offer tok offer ya, pekej tok pekej ya.. Haa..! Jawap! Jawap!” Sesi perkenalan kini bertukar menjadi sesi cabar-mencabar.
“Tuanku Putera Mahkota Yang Mulia! Tuanku jangan ingat semua urang macam patik tok kejanya nyual dirik dan maruah. Nang bena kata tuanku ya, patik coba menzahirkan jiwa sebena patik. Maka jadilah rupa patik macam tok. Tapi income patik halal. Halalan toiyiban. Patik menyara idup dengan nyait baju. Dan rami kawan-kawan patik di luar nun molah bisnes nggubah bunga, molah pelamen etc.
Kamek urang tauk, ngubah dirik jadi kedak tok nang sik betol. Semua urang pun mandang serong. Tapi tuanku mesti ingat, setiap insan ada limit! Ada had. Dan sehina-hina patik, sejaoh nie perginya patik, tetap ada hadnya. Selembut dan se’feminin’ nie pun patik ngubah dirik patik, patik sedar sapa dirik patik. Patik sik akan penah tepikir pun nak idup jadi seorang isteri, lebih-lebih lagik dengan seorang Putera Mahkota, idola setiap rakyat jelata. The point is… patik sedar sapa dirik patik, dan patik tauk sinie tempatnya patik boleh pegi, dan sinie tempat patik sik akan pegi!” Begitu bersungguh Cinderella memperkemaskan kubu pertahanannya, walau diasak bertubi-tubi oleh pihak lawan.
Namun, Putera Mahkota seperti masih enggan mengalah.
“Mun beta tetap dengan pendirian beta?”
“Patik dengan pendirian patik..”
“Mun beta makei kuasa yang ada pakei menghalang kitak keluar dari istana tok?”
“Patik akan sedaya upaya akan keluar juak, walaupun sampei nyawa patik melayang! Patik mohon maap banyak-banyak, tuanku. Patik balit lok..” Cinderella mengakhiri permainan, dengan menidakkan sepakan penalti.
Tanpa memandang ke arah Putera Mahkota, Cinderella terus berlalu meninggalkan ruang balai istana. Berjalan laju dengan lenggang mautnya, sempat dia ngerepak sendirian "Sik peren-peren ak nem or lak mac in. Ram mat sekals jak..Eeee...!".
Untuk pertama kalinya, Putera Mahkota menjadi akur pada kemahuan dan pendirian seorang rakyatnya… Cinderella…yang tak rela.
T.A.M.M.A.T